KUALA LUMPUR:Satu pembaharuan diperlukan pasca COVID-19 untuk mengukuhkan pemulihan semula ekonomi Malaysia, kata Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali.
Ini juga bagi menjamin ekonomi dapat dikukuhkan lagi berbanding sebelum ini.
"Agak sia-sia kalau kita membuat pemulihan tanpa sebarang pembaharuan. Maksudnya kalau kita pulih, berpatah balik seperti sebelum ini bererti kita melepaskan peluang untuk perubahan," katanya malam tadi dalam program Bicara Naratif oleh RTM bertajuk 'Landskap Ekonomi Baharu: Bersediakah Malaysia'.
Beliau berkata aspek digital, pendidikan dan kebergantungan kepada pekerja asing adalah antara isu yang perlu dilihat semula dalam pembaharuan struktur.
Oleh itu, AEC telah mengenal pasti pelan dan elemen jangka panjang yang perlu diperhatikan.
Selain itu, beliau berkata krisis penjagaan kesihatan juga memberi kesedaran mengenai kepentingan data semasa, sambil menambah bahawa AEC menggunakan data frekuensi tinggi dalam mengenal pasti aktiviti ekonomi.
"Episod ini memberi satu maklumat pengumpulan data yang amat penting," katanya.
Beliau memberikan contoh data mengenai pendaftaran kenderaan dari Jabatan Pengangkutan Jalan yang dikumpulkan untuk mengukur kuasa beli rakyat Malaysia.
Pelbagai maklumat daripada Lembaga Lebuhraya Malaysia juga dikumpulkan bagi mengukur perbelanjaan rakyat.
"Ini memberi gambaran apakah aktiviti ekonomi berlaku," katanya lagi.
Beliau berkata data itu juga penting untuk mengenal pasti golongan yang memerlukan bantuan.
Sekarang ini, terdapat kira-kira 15 juta pekerja di pasaran buruh, tetapi hanya tujuh juta didaftarkan dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial.
"Hanya beberapa juta pekerja yang mempunyai perlindungan. Dalam sektor tidak rasmi mungkin terdapat empat juta pekerja, jadi bagaimana kita hendak bantu mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 05 2021

Noor Azlan berkata aspek digital, pendidikan dan kebergantungan kepada pekerja asing adalah antara isu yang perlu dilihat semula. - Facebook
Tiga kanak-kanak antara maut akibat banjir di Gaborone
Menurut Presiden Botswana, Duma Boko, daripada jumlah kematian yang direkodkan tiga daripadanya adalah kanak-kanak.
Memasuki tahun ke-3, bukan lagi membiasakan diri
Ketika kerajaan memasuki tahun ketiga pentadbiran, cabaran utama bukan lagi untuk membiasakan diri dengan peranan dalam kabinet, sebaliknya, Prof Datuk Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, ia lebih kepada bagaimana setiap kementerian dan agensi dapat menonjolkan pencapaian yang boleh dirasai rakyat.
Thaksin Shinawatra lawat tiga wilayah selatan Thailand
Thaksin berkata, lawatan itu susulan perbincangan beliau dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini.

Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Pasukan pendudukan Israel telah memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.

KPKT bentang 12 komitmen untuk kesejahteraan rakyat
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah membentangkan 12 komitmen untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat sempena Permukiman Jemaah Menteri Kerajaan MADANI yang berlangsung semalam.
AWANI Ringkas: Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK DUN Ayer Kuning: Ahmad Zahid harap SPR ambil kira Ramadan
Ahmad Zahid berkata pihaknya berpendapat tidak perlu tergesa-gesa mengadakan pilihan raya kecil itu memandangkan ketibaan Ramadan.

Turkiye di kedudukan ke-11 dunia dalam eksport industri pertahanan - Erdogan
Erdogan berkata negara itu berada di ambang transformasi besar dan kejayaan ekonomi yang memberangsangkan.

Polis Perak berkas 15 ahli sindiket tawar pekerjaan tidak wujud
Polis menahan 13 warga China terdiri daripada 12 lelaki dan seorang wanita berusia antara 26 hingga 41 tahun.

Laluan udara baharu hubungkan Xi'an dengan Malaysia
Perkhidmatan penerbangan harian baharu yang menghubungkan Xi'an, China dengan Kuala Lumpur dibuka secara rasmi pada Ahad.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.