KUALA LUMPUR:Perlu adanya nilai-nilai kepercayaan antara negara-negara maju dan negara-negara membangun dalam melihat perkembangan integrasi ekonomi.
Menurut Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Mohammad Fajar Ikhsan tanpa nilai kepercayaan itu sukar keseimbangan dalam negara yang menyertai Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).
Jelas beliau, sejak lima tahun lalu, kebanyakan negara APEC cenderung memilih pendekatan tertutup.
"Negara-negara besar perlu memberi peluang, kepercayaaan atau ruang khususnya kepada negara kecil yang tergabung dalam APEC.
"Ia bertujuan untuk melihat apa yang kita jalankan, bagaimana kesan rangsangan perdagangan yang didasari oleh liberalisasi ekonomi itu memberi positif impak kepada negara-negara di dalam APEC," katanya kepada Astro AWANI.
Beliau juga menjelaskan perlu adanya pendekatan baharu dalam melihat kerjasama APEC biarpun ia tidak bersikap mengikat.
Dr Mohamad Fajar berpendapat perlu mewujudkan satu norma atau identiti baharu yang boleh digunakan untuk kepentingan negara-negara APEC.
"Kita perlu menubuhkan satu doktrin baharu atau norma-norma baharu, dimana kita dapat gunakan dokrin itu untuk kepentingan negara-negara APEC.
"Perlu diketepikan segala jenis persaingan seperti geo politik dan geo ekonomi yang merugikan untuk kita bertindak secara konstruktif.
"Ia bertujuan untuk membina dasar-dasar yang lebih baik, dan juga untuk memetingkan nilai-nilai ekologis di dalam pembangunan manusia dan juga negara," katanya lagi
Dr Mohamad Fajar juga menjelaskan keputusan India yang enggan menyertai Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dibuat kerana kebimbangan negara itu terhadap ancaman kepada industri dalam negara.
Beliau menjelaskan timbulnya kebimbangan ketidakadilan dalam perjanjian sehingga India membuat keputusan tersebut.
"Faktor lain adanya perjanjian tidak adil hingga menimbulkan kekhuatiran India untuk ikut dan masuk dalam RCEP serta untuk melanjutkan kerjasama.
"Selain itu wujud ketidakseimbangan perdagangan dengan negara-negara yang terlibat termasuk juga China kerana India tidak boleh melakukan eksport kepada China.
"China sekarang membuat had untuk negara dari India untuk masuk dan juga ada tekanan dari parti pembangkang untuk Modi tidak menyertai RCEP," jelas beliau.
Mengulas mengenai pentadbiran Amerika Syarikat dibawah bakal presiden baharunya, Joe Biden, beliau berpendapat negara itu akan kembali menyertai Perkongsian Trans-Pasifik Komprehensif dan Progresif (CPTPP).
Namun, Dr Mohamad Fajar berpendapat pentadbiran baru Amerika Syarikat perlu membuat perjanjian baharu dalam CPTPP.
"Amerika Syarikat di bawah Biden akan cuba menggunakan pendekatan multi lateral untuk masuk kembali dalam CPTPP.
"Tetapi perlu ada perjanjian baru dalam CPTTP tersebut sehingga kita nampak dari segi politik ia menguntung Amerika sebab pengaruh China terlalu kuat dalam RCEP.
"Perlu ada keseimbangan bagi pengaruh termasuk ekonomi iaitu China di Asia," katanya.
Malaysia memilih tema 'Mengoptimumkan Potensi Insan ke arah Masa Depan Perkongsian Kemakmuran' bagi APEC 2020, yang mencerminkan bahawa falsafah yang mendokong forum ini adalah 'Perkongsian Kemakmuran'.
Irwan Muhammad Zain
Sat Nov 14 2020

Dr Mohamad Fajar berpendapat perlu mewujudkan satu norma atau identiti baharu yang boleh digunakan untuk kepentingan negara-negara APEC. - Gambar FB Pusat Alumni UUM

Wakil wanita dalam pengurusan kanan dijangka turun kepada 36.2 peratus pada 2025
Laporan bertajuk Women in Business oleh Grant Thornton mendedahkan berlaku penurunan yang membimbangkan melibatkan perwakilan wanita dalam jawatan pengurusan kanan di Malaysia.

1,821 veteran terima kenaikan kadar pencen hilang upaya
Sebanyak 1,821 veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan menerima Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) yang berkuat kuasa 1 Jan lepas.
AWANI Borneo [12/3/2025] – Peruntukan baik pulih| Balik kampung| Pendidikan Tinggi Percuma
AWANI Borneo bersama Assim Hassan
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
1. Sekolah terjejas banjir di Sabah akan terima peruntukan baik pulih
2. Lee Kim Shin beri jaminan penerbangan untuk Sarawak mencukupi untuk hari raya.
3. Senarai kursus terlibat Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak diumum November ini.
Thailand ramal jana RM131 bilion Sambutan Tahun Baharu
Festival Songkran menarik minat ramai pelancong khususnya daripada kalangan pelawat antarabangsa, tidak ketinggalan juga rakyat Malaysia.
Agenda AWANI: Mengurus perpaduan, cakap baik-baik
Apa cabaran terbesar dalam menguruskan perpaduan dan mempromosi hidup bersama dalam budaya damai di Malaysia? Jadikan media sosial sebagai platform semai kecintaan, bukan kebencian? Diskusi 8.30 malam
Suara Rakyat: Dulu syurga beli-belah, kini sepi daripada pengunjung
Peniaga di Kompleks Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu berharap pihak berwajib dalam mengambil langkah segera menghidupkan semula Kompleks Hentian Bas Majlsi Bandaraya Kuala Terengganu yang suatu ketika dulu menjadi syurga beli belah bagi pelancong dan penduduk setempat, tetapi kini sepi.

Rusia, AS bakal berbincang dalam beberapa hari lagi - Kementerian Luar Rusia
Pegawai Rusia dan Amerika Syarikat (AS) boleh mengadakan rundingan dalam beberapa hari akan datang.

70 peratus pelajar baharu SBP, MRSM perlu pilih STEM mulai tahun hadapan - PM Anwar
Perlu ada usaha untuk menambah jumlah pelajar dalam bidang displin Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di negara ini, bagi menampung keperluan dalam bidang berkaitan.
Rakyat Malaysia terjebak penipuan sindiket selamat pulang
25 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di Mywaddy, Myanmar selamat tiba di kompleks ICQS, Bukit Kayu Hitam, Kedah.
12 direman kes rasuah pendaftaran kelahiran
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan reman 12 individu kerana disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran lewat kelahiran bertaraf bukan warganegara kepada warganegara dan pendaftaran kelahiran menggunakan dokumen sokongan palsu.

Perlu ada nilai kepercayaan untuk wujud keseimbangan dalam APEC - Pensyarah
Sejak lima tahun lalu, kebanyakkan negara-negara Apec cenderung memilih pendekatan-pendekatan yang tertutup.