KUALA LUMPUR: Pencapaian setiap kementerian perlu dipantau oleh sebuah badan bebas dianggotai pihak luar yang berkaitan supaya ketelusan dan kecekapannya dapat dipastikan.
Pengarah Eksekutif Sekretariat Majlis Tindakan Ekonomi (EAC) Prof Tan Sri Dr Noor Azlan Ghazali berkata, kementerian perlu terbuka dalam hal ini agar matlamat yang dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dapat dicapai dalam tempoh 100 hari diberikan.
“Ini kita katakan sebagai ‘governing by network’.
"Maksudnya, pihak wakil industri, wakil persatuan dikenali ramai yang mempunyai reputasinya, wakil NGO mengikut bidang masing-masing dan mereka harus menjadi satu badan untuk menilai.
“Penting (untuk dibentuk) dari awal lagi. Dan sebolehnya, badan ini bukan dipengerusikan oleh menteri, tetapi kita perlu terbuka dan telus,” kata Noor Azlan.
Beliau merujuk kepada ucapan Perdana Menteri yang mengatakan bahawa kita mesti bekerja dengan pantas, bersepadu dan melibatkan rakyat serta industri dengan idea-idea baharu.
Maka tegasnya, kita tidak boleh lagi mengulang cara lama setiap kali kabinet berubah, maka perlu diperkenalkan badan bebas ini untuk memastikan kelancaran dan keberkesanan gerak kerja kementerian dalam memulihkan negara daripada krisis hari ini.
Badan ini perlu duduk berbincang dengan kementerian dan bersama menetapkan Indeks Prestasi Utama (KPI) yang munasabah untuk dicapai dalam tempoh 100 hari pertama, sebelum beranjak ke peringkat seterusnya dengan matlamat lebih besar, tambah Noor Azlan.
“Kedua-dua pihak mesti sama-sama setuju. Maksudnya, panel pemantau pun tidaklah boleh menetapkan sesuatu yang terlalu di awangan.
“Jadi, duduk bersama, bincang apa yang mahu dicapai. Kemudian kita setuju dengan apa dan bila nak dicapai, dan daripada situ kita boleh buat pemantauan secara berkala,” katanya.
Pada masa sama, beliau turut mencadangkan supaya setiap kementerian dinilai daripada keberhasilan, bukan sekadar bilangan program atau skala aktiviti semata-mata.
Katanya, setiap perancangan kerajaan haruslah berpaksikan kepada realiti di akar umbi yang perlu difahami sebaiknya supaya ia dapat benar-benar menyelesaikan setiap masalah yang dicetuskan oleh krisis yang berlaku.
Beliau berkata demikian dalam program bual bicara Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar pada Rabu. Tontonnya di sini:
Israr Khalid
Wed Sep 01 2021
Noor Azlan turut mencadangkan supaya setiap kementerian dinilai daripada segi keberhasilan, bukan sekadar bilangan program atau skala aktiviti semata-mata. - Gambar fail
Ekonomi AS, beras & ASEAN antara fokus Dewan Rakyat hari ini
Guan Eng bertanya kepada Perdana Menteri mengenai kedudukan Malaysia dalam perang perdagangan dunia susulan pelaksanaan tarif oleh AS.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [4 Februari 2025]
Bahas kepentingan rakyat dan negara, bukan maki hamun atau tabur fitnah - Agong
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
Insiden tembakan: Anggota Maritim Malaysia terbabit direhatkan - Saifuddin
Waktu menunggu di klinik kerajaan kini 30 minit - Dr Dzulkefly
KJTS Group cadang ambil alih Malakoff Utilities pada harga RM65.5 juta
MUSB akan menjadi anak syarikat tidak langsung milik penuh KJTS setelah selesai pengambilalihan.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 4 Februari 2025
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
1️⃣ Isu perang dagang global jadi tumpuan
2️⃣ Kedah umum 11 Februari sebagai cuti peristiwa
3️⃣ Naib Canselor UKM letak jawatan
#awaniringkas
Anak syarikat AZRB terima projek bina jambatan bernilai RM63.5 juta
Ia satu lagi pencapaian penting kumpulan selain merupakan bukti rekod prestasi cemerlang AZRB dalam menyiapkan projek seumpamanya.
Rangka manusia ditemukan di ladang sawit
Polis Daerah Port Dickson menerima panggilan daripada orang awam berkenaan penemuan itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Institusi Parlimen berperanan besar semak dan imbang pentadbiran – KP J-KOM
Katanya, Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang punyai peranan penting dalam mencapai agenda kepentingan rakyat serta kemakmuran negara.
Pilihan Raya Presiden Syria 4 hingga 5 tahun lagi
Presiden Interim Syria, Ahmed al-Sharaa, menyatakan pilihan raya presiden pertama selepas peralihan kuasa dijangka mengambil masa antara empat hingga lima tahun.
Kedah umum 11 Feb cuti peristiwa sempena Thaipusam
Cuti peristiwa sempena sambutan Thaipusam adalah selaras dengan Seksyen 9(1) Akta Hari Kelepasan Am 1951 (Akta 369).
WHO seru negara anggota desak Amerika Syarikat batal hasrat keluar
Ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru pegawai kesihatan negara-negara anggota agar mendesak Washington membatalkan keputusan Presiden Donald Trump untuk menarik diri daripada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Perlu ada badan pemantau bebas sorot pencapaian setiap kementerian - Noor Azlan
Badan tersebut akan memastikan ketelusan dan keberkesanan gerak kerja kementerian dalam mencapai KPI yang ditetapkan bersama.