KANGAR: Kerajaan Perlis akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menyelaraskan pusat pemindahan sementara (PPS) sekiranya berlaku banjir di negeri ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad berkata 122 tempat dijadikan PPS dan daripada jumlah itu 102 PPS adalah sekolah yang juga digunakan sebagai pusat pembuangan undi bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Kita sedang menunggu pengumuman yang akan dibuat oleh pihak SPR bagi mencari kaedah terbaik untuk menyusun gerak kerja sekiranya berlaku banjir ketika tarikh mengundi nanti," katanya pada Sidang Media Khas Pengurusan Bencana Negeri Perlis di sini pada Rabu.
Beliau berkata sekiranya pihak SPR tetap mengunakan sekolah yang menjadi PPS sebagai pusat pembuangan undi, pihaknya akan mencari alternatif lain seperti menggunakan balai raya dan dewan orang ramai.
Dalam pada itu, Hasnol yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata jumlah 'hotspot' banjir yang dikenal pasti di Perlis menurun daripada 40 kepada 20 lokasi pada musim monsun timur laut (MTL) tahun ini.
Menurutnya penurunan jumlah itu selepas kerajaan negeri dan agensi terlibat mengambil beberapa pendekatan aktif bagi mengurangkan risiko banjir.
"Kita gerakan agensi seperti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain untuk membuat kerja-kerja penyelenggaraan sistem perparitan, terusan dan longkang bagi mengurangkan impak banjir kepada rakyat," katanya.
Menurutnya antara kawasan yang dikenal pasti sebagai 'hotspot' banjir di Padang Besar ialah Petronas Padang Besar, Kampung Kubang Tiga, Kampung Panggas, Kampung Titi Tinggi, Kampung Sahabat, Kampung Batu 17 Sungai Chuchoh, Kampung Masjid dan Kampung Guar Jentik.
Di Arau pula adalah Ulu Pauh, Kampung Paloh, Kampung Titi Besi, Kampung Batu Bertangkup, Kampung Kok Klang dan Klinik Gial, manakala di Kangar antara kawasan yang dikenal pasti Kampung Belanga Pudak, Kampung Tebing Tinggi serta Belanga Pudak.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 19 2022
Daripada 122 tempat yang dijadikan PPS, 102 adalah sekolah yang juga digunakan sebagai pusat pembuangan undi bagi PRU15. - Foto fail/BERNAMA
Baki lima anggota 'Bali Nine' bakal dipindahkan ke Australia
Indonesia bersetuju untuk membenarkan lima baki anggota 'Bali Nine' warga Australia yang terbabit dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal Indonesia - Bali, dikembalikan ke negara kelahiran mereka itu. Kesemua lima suspek berkenaan yang kini dalam tempoh pemenjaraan seumur hidup di Bali antara sembilan individu yang terbabit dalam kes penyeludupan heroin 8.3 kilogram di pulau berkenaan.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS100 juta Apple
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Gempa bumi dengan magnitud 6.4 gegarkan barat Ishikawa, Jepun
Pihak berkuasa menasihatkan agar pemantauan terus dilakukan. Tiada amaran tsunami dikeluarkan.
Ugut bunuh Presiden Filipina, Naib Presiden terima sepina
Biro Penyiasatan Nasional (NBI) Filipina hari ini memanggil Naib Presiden, Sara Duterte supaya memberi keterangan mengenai ancaman bunuh ke atas Presiden, Ferdinand Marcos Jr.
PBB amat khuatir serangan di Lubnan semakin memuncak
Suruhanjaya tinggi bagi hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) (OHCHR) menyatakan kebimbangan terhadap situasi yang berlaku di rantau Asia Barat terutama di selatan Lubnan yang semakin memuncak.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Kekhuatiran itu dinyatakan ketua OHCHR, volker turk disampaikan jurucakapnya Jeremy Laurence pada Selasa.
Rasionalisasi subsidi diesel bukan faktor utama kenaikan kos barangan sektor pembuatan - MOF
Menurut MOF, rekod pencapaian bulanan PMI sektor pembuatan bagi 2024 boleh dianggap lebih baik dan stabil berbanding 2023.
Kerjasama mesti adil, bukan formula elit - PM
Kerjasama antara negara melalui platform ASEAN, Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) atau lain-lain mesti bersifat adil untuk menangani isu-isu kepentingan bersama.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Rakyat Malaysia di Pakistan dinasihatkan supaya berhati-hati berikutan perarakan di ibu negara Islamabad oleh penyokong bekas perdana menteri Pakistan yang kini menjalani hukuman penjara, Imran Khan.
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh
Empat anggota pasukan keselamatan Pakistan terbunuh pada Selasa dalam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang menuntut supaya bekas Perdana Menteri, Imran Khan, dibebaskan dari penjara.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Tan Sri Nazir Razak, Pengerusi ASEAN Business Advisory Council, menyeru kerjasama lebih erat antara Rusia dan ASEAN dalam bidang perdagangan digital, kecerdasan buatan (AI), pasaran karbon, modal teroka, serta keselamatan makanan. Beliau menyifatkan Forum Perniagaan Antarabangsa World of Opportunities Russia-ASEAN sebagai platform strategik untuk memperkukuh hubungan ekonomi, dengan menekankan keutamaan ASEAN menjelang 2025 dan mengundang pelaburan serta kepakaran Rusia.
KUIPs dinaik taraf jadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail hari ini mengumumkan KUIPs kini dinaik taraf menjadi Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin.
Pengambilan vape haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis
Pengambilan rokok elektronik atau vape adalah dilarang dan haram berdasarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengenai peranti itu pada 2022.
BN Perlis diyakini bangkit semula pada PRU16
Zambry yakin rakyat sudah mulai membuat perbandingan dan melihat prestasi wakil rakyat dalam Kerajaan Perpaduan pada masa ini.
Perlis dijangka jimat lebih RM113,000 setahun melalui pemasangan panel solar fotovoltik
Penjimatan itu amat penting kerana ia menunjukkan komitmen kerajaan negeri kepada pentadbiran lebih cekap dengan penggunaan tenaga hijau yang lebih efisien.
Kerajaan sedia peruntukan pembangunan RM942.85 juta untuk Kedah, Perlis
Kerajaan Persekutuan telah menyediakan peruntukan pembangunan berjumlah RM942.85 juta di Kedah dan Perlis bagi mewujudkan kawasan perindustrian baharu di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Woodball: Amsyar Sirhan impikan berada lima teratas bagi kategori terbuka lelaki
Beliau optimis dengan sasaran tersebut berdasarkan kemahiran bermain sukan itu sejak berusia 12 tahun lagi.
Tiga pelajar SMK Guar Nangka hasilkan bateri biojisim daripada hampas tebu
Penampilan bateri biojisim yang memanfaatkan hampas tebu sebagai sumber tenaga, hasil inovatif tiga pelajar SMK Guar Nangka menang pingat emas pertandingan inovasi Karnival MSN Perlis.
Banjir: Mangsa di Kedah, Perlis meningkat sedikit malam ini
Di Kedah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,419 orang daripada 447 keluarga berbanding 1,157 orang daripada 347 keluarga petang tadi.
Enam premis perniagaan disyaki berkaitan GISB dikesan di Perlis
Sebanyak enam premis perniagaan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan GISB dikesan sekitar Perlis berdasarkan semakan Majlis Perbandaran Kangar Perlis (MPKPs).
Banjir di Perlis pulih, PPS ditutup sepenuhnya
Kesemua mangsa dibenarkan pulang ke rumah masing-masing berikutan air di kawasan kediaman mereka surut sepenuhnya.