KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Industri Muzik Malaysia (Music Malaysia) menyokong sepenuhnya tindakan tegas kerajaan yang menghentikan persembahan kumpulan dari British iaitu The 1975 kerana melakukan perbuatan jelik di Festival Good Vibes 2023 (GVF 2023) semalam.
Pengerusi Music Malaysia Datuk Freddie Fernandez berkata perbuatan jelik sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan.
"Apa yang kita dapat lihat ialah jurucakap kumpulan itu tidak berpuas hati dengan peraturan dan syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa Malaysia ke atas mereka yang disampaikan oleh penganjur tempatan. Daripada mematuhinya, jurucakap kumpulan itu sebaliknya ingkar dan memilih untuk menghina kerajaan Malaysia dengan melontarkan kecaman yang penuh dengan kata-kata kotor.
"Saya menggesa semua penganjur di negara ini agar memaklumkan terlebih dahulu kepada semua artis luar yang ingin dijemput ke sini bahawa ada peraturan yang perlu dipatuhi dan jika mereka tidak setuju maka lebih baik tidak usah datang langsung," menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata Malaysia tidak perlu mengulangi insiden di mana seorang penghibur yang tidak boleh dikawal boleh mencemar nama naik negara yang begitu menyokong industri muzik dan konsert oleh artis luar sejak lebih lima dekad.
"Kami mengutuk sekeras-kerasnya perlakuan jelik kumpulan ini dan pada masa sama, berharap tiada reaksi atau tindakan susulan mengejut bagi memperkenal peraturan dan syarat baharu yang mentadbir konsert hanya kerana disebabkan oleh insiden terpencil ini yang menyaksikan ramai peminat muzik Malaysia meluat dengan perlakuan jelik mereka," katanya.
Music Malaysia terdiri daripada Persatuan Armada Seni Sarawak, Konsortium Industri Muzik Malaysia, Persatuan Penyanyi dan Pelakon India, Persatuan Komposer dan Penerbit Video Sabah, Persatuan Karyawan Malaysia, Persatuan Dikir Barat Kelantan serta Persatuan Seni, Festival Langsung dan Acara.
Turut bergabung Persatuan Pendidikan Muzik Malaysia, Persatuan Artis Pulau Pinang, Persatuan Artis Cina, Persatuan Pemuzik Kedah serta Persatuan Pub dan Pemilik Restoran.
Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan bahawa beliau telah mengarahkan agar GVF 2023 dibatalkan serta-merta kerana pendirian Kerajaan Perpaduan adalah jelas selain tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang mencabar, memperkecil atau melanggar undang-undang Malaysia.
Keputusan itu diumumkan selepas Fahmi memanggil penganjur festival itu, Future Sound Asia, untuk memberi penjelasan mengenai insiden kontroversi membabitkan The 1975 semasa konsert yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Pengerusi Music Malaysia Datuk Freddie Fernandez berkata perbuatan jelik sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan.
Projek ECRL capai kemajuan lebih 78 peratus setakat Januari - Amir Hamzah
Tahap kemajuan jajaran fasa pertama dari Kota Bharu ke Terminal Bersepadu Gombak selari dengan jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
AWANI Ringkas: Kes pelawak, netizen hina Islam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 4 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 4 Februari 2025
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
1️⃣ Pemberi maklumat tidak dilindungi jika buat pendedahan umum
2️⃣ Kes pelawak, netizen hina Islam
3️⃣ Jumlah kemalangan, angka kematian menurun
#awaniringkas
Penangguhan kenaikan tarif AS bantu ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4400/4495 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.4710/4800 pada Isnin.
Pembantu tadbir kewangan ditahan buat tuntutan palsu RM20,000
Suspek lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM di sini, kira-kira 10 pagi hari ini.
Lebih 66,000 kes bencana kerja dilaporkan Perkeso pada 2024 - Abdul Rahman
Kes kemalangan semasa perjalanan meningkat sedikit kepada 33,638 kes pada 2024, berbanding 33,181 kes pada tahun sebelumnya.
Agenda AWANI: Bina Semula Gaza
Apa cabaran untuk membangunkan semula Gaza selepas hampir keseluruhan kawasan musnah akibat dibedil rejim Zionis sejak Oktober 2023? Sejauh mana keperluan untuk melaksanakan gencatan senjata sepenuhnya demi capai kedamaian berpanjangan dan berkekalan di semenanjung itu? Diskusi 9 malam.
Agenda AWANI: Perang Dagang Global, Apa Nasib Kita?
Apa ‘plan B’ oleh Malaysia jika wujud kesan secara tidak langsung perang dagang global akibat langkah pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat terhadap beberapa buah negara? Diskusi 8.30 malam.
Ibu bapa serbu premis jual pakaian seragam sekolah RM5, tudung RM1
Sebuah premis di Jalan Telaga di Butterworth, Pulau Pinang menjual pakaian seragam sekolah serendah RM5 dan tudung RM1.
Tarif Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia - Penganalisis
Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik Universiti Malaya (UM), Dr. Lam Choong Wah berkata kenaikan tarif yang ditetapkan oleh Amerika Syarikat dibawah pentadbiran presiden Donald Trump mungkin dikenakan keatas Malaysia. Jelasnya, ia berikutan eksport barangan yang berasal dari China melalui negara ini. #AgendaAWANI
Perlakuan jelik: Music Malaysia sokong penuh tindakan tegas kerajaan terhadap The 1975
Pengerusi Music Malaysia Datuk Freddie Fernandez berkata perbuatan jelik sedemikian adalah tidak wajar dan tidak sepatutnya dilakukan.