KUALA LUMPUR: Parti Warisan Sabah (Warisan) belum memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO.
Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, buat masa ini, semua jentera dan ahli Warisan diminta untuk memperkukuhkan parti itu berbanding memikirkan tentang gabungan.
"Tiadalah... apa yang selalu saya ingat kepada pemimpin dan ahli parti adalah kita bangunkan atau perkukuhkan Warisan itu sendiri. Rumah kita, kita jaga dan bangunkan.
"Jangan kita sibuk dengan parti orang lain. Mereka boleh buat apa yang mereka mahu tetapi kita (Warisan) mahu memperkukuhkan parti ini dahulu. Kita akan memaklumkan dengan siapa kita akan bekerjasama kelak," katanya ketika sidang media secara dalam talian pada Selasa.
Mohd Shafie mengulas pertanyaan media yang ingin tahu kebenaran desas-desus gabungan antara Warisan dengan UMNO di Sabah.
Astro Awani
Tue May 11 2021
Buat masa ini, semua jentera dan ahli Warisan diminta untuk memperkukuhkan parti itu berbanding memikirkan tentang gabungan.
Lelaki ditahan, 2 OKU mangsa pemerdagangan diselamatkan
Seorang lelaki tempatan berusia 67 tahun ditahan polis dalam operasi khas berkaitan kes pemerdagangan orang di Taman Ungku Tun Aminah, Skudai, Johor.
PJH tidak dibenarkan iklankan promosi visa mujamalah
Agensi pelancongan yang telah menerima lesen Pengelola Jemaah Haji (PJH) daripada Tabung Haji (TH) tidak dibenarkan membuat sebarang promosi berkaitan visa mujamalah atau furada semasa musim haji.
PDRM laksana OP lancar bermula hari ini hingga 2 Jan
Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman akan melaksanakan Op Lancar bermula hari ini hingga 2 Jan depan sempena musim perayaan dan cuti akhir tahun persekolahan.
Lelaki maut selepas terjun dari jambatan di Klang
Mangsa berusia 41 tahun disahkan mempunyai masalah psikiatri selain mempunyai sejarah menghidap diabetes dan darah tinggi.
Polis rampas rokok putih bernilai RM473,000
Komander Briged Tenggara PGA Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata tangkapan dan rampasan dilakukan sepasukan anggota Batalion 8 PGA pada kira-kira 1.30 pagi ketika menjalankan Op Taring Wawasan Kelantan.
Situasi COVID-19 dan influenza terkawal - KKM
Situasi COVID-19 dan influenza di Malaysia terkawal dengan tiada peningkatan kes memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan tiada kematian dilaporkan.
Kremlin nafi dakwaan isteri Bashar al-Assad mohon cerai
Jurucakap Kremlin Dmitry Peskov menafikan dakwaan bahawa isteri pemimpin rejim Syria yang digulingkan, Bashar al-Assad memohon cerai.
Israel pamer rampasan senjata di selatan Lubnan
Dalam kenyataan kepada media, jurucakap tentera Nadav Shoshani menyatakan bahawa banyak senjata tersebut berasal dari Iran dan dibawa melalui Syria.
Bangladesh minta Hasina diekstradisi
Penasihat luar kerajaan sementara berkata telah menghantar nota rasmi kepada Kerajaan India bahawa Kerajaan Bangladesh mahu Hasina kembali ke negara itu untuk menjalani proses kehakiman.
Bangladesh tidak benarkan lagi kemasukan Rohingya
Bangladesh tegaskan, ia tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya, lebih-lebih lagi apabila kira-kira 60,000 pelarian itu memasuki negara Asia Selatan itu dalam tempoh dua tahun lalu
Perkukuhkan dahulu Warisan... tiada kerjasama dengan UMNO - Shafie Apdal
Parti Warisan Sabah (Warisan) belum memikir dan memutuskan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti termasuk UMNO.