Perkhidmatan WiFi percuma di negeri ini atau 'Penang Free WiFi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan.
Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir negeri, Zairil Khir Johari berkata Kerajaan Negeri kini dalam usaha untuk menambah baik perkhidmatan sedia ada memandangkan kelajuannya tidak setimpal dengan kualiti perkhidmatan dan jumlah penggunaannya.
"Pada kelajuan sedia ada, PFW kini berkelajuan 512 kbps bagi setiap AP (access point) manakala kelajuan keseluruhannya pula 375 mbps.
"Jadi, untuk kelajuan PFW akan datang kita akan tingkatkan kepada 1.5 gbps dengan minimum 1,560 APs yang bermaksud 2 mbps setiap AP dengan kemampuan menampung 50 orang pengguna pada setiap masa," katanya pada sidang media selepas merasmikan pembukaan HMC Clinic di Solaris Square, di sini pada Sabtu.
Beliau berkata perkhidmatan PFW sedia ada hanya mampu menampung 30 pengguna bagi satu-satu masa dan jumlah maksimum penggunaannya ialah 46,800 orang.
"Dari tahun 2009 ia dilancarkan sehingga kini, terdapat lebih 670,000 jumlah login," katanya.
Zairil berkata Kerajaan Negeri memutuskan perkhidmatan PFW diteruskan secara 'co-branding' melalui penawaran secara permohonan cadangan (RFP) yang dijangka dimulakan pada suku pertama tahun ini.
Beliau berkata tujuan penawaran melalui RFP itu untuk menggalakkan idea kreatif dan inovatif daripada syarikat yang telibat dalam pembangunan jaringan infrastruktur telekomunikasi selain meningkatkan pengalaman pengguna.
"Ia juga seiring dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam menuju Bandar Pintar Bertaraf Antarabangsa dan Visi Penang 2030: A family-focused Green and Smart State to Inspire the Nation," katanya yang turut mengumumkan Syarikat PDC Telecommunication and Services Sdn Bhd sebagai agensi pelaksana RFP.
Menurut beliau, perkhidmatan PFW yang baharu akan diumumkan pada Julai ini.
PFW dilancarkan pada 2009 oleh Kerajaan Negeri dengan jumlah AP sebanyak 1,560 di 40 kawasan Dewan Undangan Negeri.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 19 2019

Perkhidmatan WiFi percuma di Pulau Pinang akan dihentikan bermula 13 Feb ini. - Gambar hiasan/freepik.com
#AWANIRingkas 9 Mac 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 9 Mac 2025
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
1️⃣ Bukan eksklusif untuk rakyat China
2️⃣ Bantu mangsa keganasan rumah tangga
3️⃣ Polis: Tiada rakyat Malaysia terlibat
#awaniringkas
AWANI Ringkas: Program Malaysia Rumah Keduaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Lelaki maut kereta kemalangan dengan treler muatan besi
Seorang lelaki berusia 23 tahun didapati tersepit di bahagian tempat duduk pemandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

11 terbunuh dalam serangan Rusia di timur Ukraine
Pasukan Rusia menyerang Dobropillia menggunakan peluru berpandu balistik, roket pelbagai laras dan dron.
![[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir? [KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/81716537874_ParentsHandKids.jpg)
[KOLUMNIS] “Childfree” di Malaysia: Kebebasan memilih atau krisis sosial yang semakin hampir?
Fenomena childfree bukan sekadar trend moden, tetapi ia adalah isyarat kepada perubahan sosial yang lebih besar.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 Mac 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama GeeGee Ahmad & Farhan Hakimi
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.
Dasar Wanita Negara 2025-2030 tumpu bantu mangsa keganasan.
Kelibat buaya sekali lagi dikesan di Sungai Klang.
Malaysia bantah cadangan 'ambil alih' Gaza.

Ribuan wanita berkumpul dan berarak di Dataran Taksim
Peserta percaya perarakan 8 Mac adalah tempat terbaik untuk wanita menuntut hak mereka.

Kerjasama Planworth, PKMM tawar manfaat kepada 60,000 ahli kontraktor
Kerjasama ini membantu menyelesaikan cabaran modal pusingan yang dihadapi oleh kontraktor, khususnya dalam kalangan kontraktor kecil dan sederhana.

Dua wanita termasuk pelancong warga Israel dirogol di India
Polis telah menahan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam serangan itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

PRN Sabah: Warisan akan bergerak solo, tanpa gabungan dan kerjasama
Sejarah pernah membuktikan parti politik seperti Berjaya dan Parti Bersatu Sabah (PBS) pernah memerintah Sabah tanpa sebarang gabungan.

Malaysia terus menerajui prestasi rangkaian 5G di Asia Tenggara - Ookla
Malaysia terus mendahului di Asia Tenggara dari segi prestasi rangkaian 5G, dengan kelajuan muat turun median 5G negara berada pada paras 451.79 megabait sesaat (Mbps).

Kerajaan usaha percepat tingkat kelajuan internet di seluruh negara - Fahmi Fadzil
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kerajaan melalui kementeriannya akan terus berusaha mempercepatkan perluasan capaian, serta meningkatkan kelajuan internet di seluruh negara.

Time tawar pelan internet berkelajuan tinggi sehingga 2Gbps
Ia turut menawarkan produk Same Day Internet untuk memenuhi gaya hidup pantas pelanggan yang menggunakan internet di mana-mana sahaja pada masa ini.

Sabah Memilih: Kerajaan janji tambah baik kelajuan internet di Sabah
Kerajaan Persekutuan berjanji untuk menambah baik kelajuan Internet di Sabah dalam tempoh terdekat.

Perkhidmatan WiFi percuma di P. Pinang dihenti mulai 13 Februari
Perkhidmatan WiFi percuma di negeri ini atau 'Penang Free WiFi' (PFW) akan dihentikan bermula 13 Feb ini berikutan kelajuan internetnya yang kurang memuaskan.

Telco perlu pastikan kelajuan internet seperti dijanjikan
Semua syarikat telekomunikasi (Telco) yang menawarkan pakej perkhidmatan internet perlu memastikan pengguna mendapat kelajuan internet seperti yang ditawarkan dalam pakej-pakej mereka.

Kerajaan tingkatkan kelajuan internet secara berterusan
Kerajaan akan meningkatkan kelajuan internet secara berterusan dengan pemasangan lebih banyak fiber dan pemberian spektrum kepada syarikat telekomunikasi.