YOODO, syarikat telekomunikasi mudah alih mampu milik yang dikelola oleh Celcom sebelum gabungan CelcomDigi mengumumkan bahawa syarikat tersebut akan ditutup pada 29 Ogos 2024.
Ini adalah kerana sebahagian daripada perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai.
Pengumuman penutupan ini nampaknya telah menandakan bahawa CelcomDigi masih belum menemui pembeli untuk perkhidmatan telekomunikasi tersebut, dan ini menyebabkan Yoodo membuat pengumuman ini.
Pihak Yoodo mengatakan bahawa pelanggan sedia ada masih boleh menggunakan perkhidmatan ini seperti biasa, dan boleh memindahkan nombor mereka ke syarikat-syarikat telekomunikasi lain jika diingini, dan perkhidmatan mereka tidak akan menerima sebarang gangguan sehinggalah tarikh penutupan 29 Ogos nanti.
Yoodo juga mengatakan bahawa butiran mengenai fasa peralihan syarikat telekomunikasi tersebut, mungkin untuk memindahkan pengguna ke syarikat telekomunikasi lain (seperti CelcomDigi) akan dikongsikan pada 17 Jun 2024 ini.
Untuk butiran lanjut mengenai pengumuman ini, anda boleh melayari laman web Yoodo. -Amanz
Amanz
Sat May 18 2024

Menurut perjanjian gabungan Celcom dan Digi sebelum ini, Celcom harus menutup ataupun menjual perniagaan Yoodo 18 bulan selepas gabungan tersebut dimeterai. -Amanz

Jerman mungkin perbaharui atau mansuhkan undang-undang kanabis di bawah Konservatif
Undang-undang kanabis yang dilaksanakan pentadbiran sebelum ini disifatkan sebagai "kesilapan berbahaya" dan ia perlu "dibatalkan."

Pentagon hantar kira-kira 3,000 anggota tambahan ke sempadan AS
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat akan menghantar kira-kira 3,000 anggota tentera ke sempadan selatan negara itu dengan Mexico.
Pertumbuhan ekonomi stabil antara faktor prestasi KWSP kukuh
Menurut Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, pertumbuhan KDNK Malaysia sebanyak 5.1 peratus tahun lalu serta kenaikan 12.9 peratus Bursa Malaysia membantu meningkatkan prestasi KWSP serta kadar dividen tahun ini.
Kementerian, Jabatan dibenarkan guna peruntukan sedia ada
Kementerian Kewangan membenarkan program perayaan utama seperti Hari Raya Aidilfitri, majlis berbuka puasa, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krisman dianjurkan di peringkat kebangsaan, kementerian dan jabatan menggunakan peruntukan sedia ada.
881 kes direkodkan sejak 2022, Kelantan tertinggi
Sebanyak 881 kes perkahwinan kanak-kanak direkodkan di Malaysia sejak 2022 hingga 2024.
Peniaga akui terkesan dengan kenaikan harga santan
Kenaikan harga santan ketika ini menyebabkan peniaga kuih terpaksa menaikkan harga jualan mereka berbanding Ramadan tahun lalu.
Warga asing tidak dibenarkan berniaga
Tiada warga asing dibenarkan untuk berniaga di tapai Bazar Ramadan atau Bazar Aidilfitri di Johor.
Polis giat kesan Thavamalar
Remaja dikenali sebagai Thavamalar itu kali terakhir dilihat berada di kawasan Jalan 12/6, Seksyen 12 Petaling Jaya pada 28 Februari kira-kira jam 7.05 malam.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 2 Mac 2025.

Rangkaian Celcom bermasalah, pengguna desak SKMM siasat
Celcom berkata, gangguan itu adalah disebabkan isu teknikal dan mereka sedang berusaha menyelesaikan masalah itu.