KUALA LUMPUR: Perkhidmatan perbankan Maybank seperti penggunaan kad debit, aplikasi Maybank2U dan MAE serta laman web Maybank2U tergendala untuk sementara waktu pada Isnin.
Perkembangan tersebut dimaklumkan oleh bank komersial itu menerusi media sosial kira-kira jam 5 petang.
“Kepada pengguna, ambil maklum bahawa penggunaan kad debit tidak boleh digunakan buat sementara waktu dan kami mengalami masalah dari semasa ke semasa di aplikasi MAE, M2U MY dan laman web Maybank2u.
“Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan dan sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini secepat mungkin,” menurut Maybank menerusi Twitter.
Berdasarkan aduan beberapa pengguna Maybank di Twitter, mereka mengalami masalah membuat pembayaran menggunakan kad debit sehingga dikenakan bayaran berulang kali.
Beberapa pengguna lain pula bimbang kerana tidak dapat mengakses baki simpanan melalui aplikasi atau laman web bank berkenaan.
Astro Awani
Mon Apr 18 2022
Perkhidmatan perbankan Maybank tergendala untuk sementara waktu pada Isnin. - Gambar fail
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 perkukuh ekosistem pembangunan belia - Ahmad Zahid
Pelan Pemerkasaan Sosioekonomi Belia 2030 yang dilancarkan hari ini dijangka memperkukuhkan ekosistem pembangunan belia Malaysia menjelang 2030.
Pekerja Boeing terima cadangan kontrak baharu, tamatkan mogok
Mogok oleh puluhan ribu pekerja Boeing berakhir selepas mereka menerima tawaran yang lebih baik oleh pengeluar pesawat AS itu,
Warga emas 70 tahun rugi lebih RM170,000 ditipu skim pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas berusia 70 tahun kerugian RM176,500 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pantau Agenda Reformasi: Pilihan Amerika Syarikat, masa depan Malaysia
Ikuti kupasan Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat mengenai kesan keputusan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kepada agenda pembangunan dunia dan Malaysia secara menyeluruh.
Pavilion Malaysia dilancar cerminan pembangunan lestari, kepelbagaian
Pavilion yang diberi nama Rumah Malaysia itu dirasmikan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming di Kaherah, Mesir.
Pekerja Boeing tandatangani persetujuaan
Selepas piket selama tujuh minggu, Kesatuan Pekerja Boeing akhirnya menandatangani persetujuan dengan syarikat pengeluar pesawat itu.
Penswastaan MAHB dianggap positif, bakal tingkatkan prestasi
Keputusan itu satu langkah positif ke arah meningkatkan prestasi keseluruhan lapangan terbang negara.
Mahkamah Narathiwat tolak permohonan ikat jamin 6 warga Malaysia disyaki miliki dadah
Mahkamah Narathiwat telah menolak permohonan ikat jamin bagi kesemua enam warga Malaysia, termasuk seorang penyanyi dikir barat dari Kelantan yang ditahan reman semalam kerana disyaki memiliki dadah.
Pelabur asing jual RM1.77 bilion ekuiti tempatan Oktober 2024
Firma penyelidikan Maybank Innvestment Bank, perubahan itu didorong ketidaktentuan susulan serangan iran ke atas Israel, serta pilihan raya presiden Amerika Syarikat pada November.
Pantai timur Sabah selamat, terkawal - Shamsul Anuar
Situasi keselamatan di kawasan pantai timur Sabah adalah selamat dan terkawal, walaupun terdapat 14 negara yang masih belum menarik balik nota nasihat perjalanan yang melarang rakyat mereka daripada melancong ke kawasan tersebut.
Bursa Malaysia ditutup tinggi, lepasi paras 1,600
Indeks utama dibuka tinggi naik 10.82 mata kepada 1,591.06, bergerak antara 1,589.27 dan 1,607.04 sepanjang sesi dagangan.
Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur disokong belian lewat saham wajaran tinggi
Bursa Malaysia berjaya pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup bercampur-campir pada Khamis apabila indeks utama mendapat sokongan daripada pembelian lewat dalam saham wajaran tinggi.
Bursa Malaysia ditutup rendah ketika prestasi suram pasaran serantau
Bursa Malaysia meneruskan penyusutan minggu lepas apabila ditutup lebih rendah pada Isnin, sebahagian besarnya mencerminkan trend aliran serantau yang negatif.
Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal
Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.67 mata kepada 1,659.42 daripada 1,660.09 pada Jumaat lepas.
BNM denda Maybank RM4.32 juta, CIMB RM760,000 berikutan gangguan perkhidmatan berpanjangan
Bank pusat itu melaporkan bahawa Maybank membayar penalti penuh untuk AMP yang dikenakan pada 8 Ogos, manakala CIMB menjelaskan penaltinya pada 12 Ogos 2024.
Bursa Malaysia ditutup tinggi dipacu minat belian, IK naik 2.46 pct
Bursa Malaysia kembali ke zon positif selepas ditutup lebih tinggi pada Selasa, didorong oleh aktiviti belian saham-saham yang berharga rendah.
Aplikasi Maybank2u MY ditamatkan sepenuhnya hujung bulan ini
Ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan mereka untuk meningkatkan dan menambah baik pengalaman perbankan dalam talian dalam kalangan pengguna.
Maybank jamin data pelanggan, sistem selamat
Maybank menjelaskan bahawa sistemnya kekal selamat dan maklumat pelanggan dilindungi sepenuhnya, susulan wujud dakwaan pangkalan data bank itu diterbitkan di forum web gelap.
Maybank perkenal tempoh bertenang 12 jam untuk peningkatan had pemindahan wang
Langkah ini dilakukan dalam usaha mengekang penipuan perbankan dalam talian, serta mencegah penipuan yang cuba meningkatkan had pemindahan transaksi.
Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal
Pada 9.16 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.57 kepada 1,584.80 daripada 1,590.37 pada Jumaat lepas.