Di sebalik kekeliruan yang berlaku, Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ekspres Kuala Lumpur (KL)-Padang Besar oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dilancarkan pada Sabtu.
Perjalanan pertama perkhidmatan ETS untuk jajaran itu berlepas dari stesen KL Sentral tepat 9.30 pagi dengan membawa kira-kira 80 orang penumpang.
Menurut Ketua Unit ETS, Azizullah Kinayatullah, segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekalutan pada perjalanan pertama perkhidmatan ekspres itu.
“Tren berlepas tepat pada masanya, pintu masuk dalam keadaan terkawal, penumpang juga masuk dan duduk di tempat duduk masing-masing dengan tertib. Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik.
“Mengambil kira notis pendek yang dikeluarkan berhubung perkhidmatan ini, saya kira setakat ini pengguna dan penumpang memberi maklum balas yang sangat baik”, katanya ketika ditemui di KL Sentral.
ETS Ekpsres KL-Padang Besar sepatutnya dijadualkan untuk memulakan perkhidmatannya pada September, namun diawalkan atas permintaan tinggi oleh pengguna menjelang perayaan Aidilfitri.
Perkhidmatan kereta api elektrik itu sebagai menggantikan kereta api lama yang digerakkan oleh diesel, dilancarkan pada Ogos 2010 untuk jajaran KL-Ipoh.
Setakat ini, ETS jajaran KL-Ipoh mencatat jumlah purata penumpang sekitar 5000 orang setiap hari.
Dalam pada itu, Azizullah turut memberi jaminan bahawa ETS memberikan perkhidmatan yang lebih cepat, tepat dan selamat.
“Oleh kerana ia digerakkan tenaga elektrik, perjalanan menjadi lebih lancar, selesa dan lebih cepat jika dibandingkan dengan perjalanan menaiki tren jenis lama. Pencemaran udara juga dapat dikurangkan.
Tren jenis lama yang digerakkan diesel memakan masa kira-kira 12 jam untuk perjalanan KL-Padang Besar.
Dengan kelajuan 160 kilometer sejam, tren elektrik ini mampu mencatat masa perjalanan jauh lebih pendek iaitu kira-kira empat hingga ke lima jam sahaja.
“Kami juga jamin penumpang akan berlepas dan tiba ke destinasi masing-masing tepat pada waktu sepertimana yang dimaklumkan," ujarnya.
Selain itu katanya, ETS Ekspres turut menjanjikan pengalaman perjalanan yang berbeza kepada setiap penumpang.
“Keunikan perkhidmatan dalam ETS ini adalah wujudnya kru kabin sepertimana perkhidmatan pengangkutan udara.
“Setiap penumpang ETS Ekspres akan mendapat layanan kru kabin yang sedia membantu apa sahaja berkaitan perjalanan dan keadaan dalam gerabak bermula daripada penumpang masuk ke dalam tren sehinggalah mereka tiba ke destinasi masing-masing.
“Fasiliti yang disediakan seperti cafe mini, soket elektrik, tempat duduk boleh laras, skrin LCD yang menayangkan filem untuk hiburan penumpang selain persekitaran gerabak yang bersih turut melengkapkan perkhidmatan istimewa yang disediakan," katanya.
Dengan bermulanya operasi ETS Ekspres, pengguna tidak lagi perlu menukar tren di Ipoh dan kemudiannya Butterworth untuk ke stesen terakhir di utara iaitu stesen Padang Besar.
Perkhidmatan ETS Ekspres akan berjalan dua kali sehari dengan harga tiket RM80 untuk dewasa sementara RM40 untuk kanak-kanak bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Padang Besar, Perlis dan sebaliknya.
Projek landasan berkembar elektrik Ipoh-Padang Besar bermula pada 2008 yang memakan belanja kira-kira RM13 bilion itu turut menyediakan perkhidmatan pengangkutan kargo.
KTMB turut merancang untuk memanjangkan laluan tersebut sehingga ke Johor Bahru.
Israr Khalid
Sat Jul 11 2015

Perjalanan pertama perkhidmatan ETS untuk jajaran itu berlepas dari stesen KL Sentral tepat 9.30 pagi dengan membawa kira-kira 80 orang penumpang. - Foto Astro AWANI
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Tiket ETS KTMB sempena Aidilfitri hanya berbaki 20 peratus
Tiket ETS yang dijual sejak 3 Mac lepas kini hanya berbaki 20 peratus daripada lebih 100,000 tiket yang ditawarkan sempena Aidilfitri.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Krismas, cuti sekolah Disember ini
KTMB akan menyediakan dua perkhidmatan tren eletrik ETS tambahan bagi laluan KL Sentral-Padang Besar sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah Disember ini.

KTMB sedia laporan insiden penumpang tarik brek kecemasan ETS
Semua pengguna tren KTMB dinasihat tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengganggu perkhidmatan tren semasa ia beroperasi.

KTMB sedia dua tren ETS tambahan sempena Deepavali
KTMB akan menyediakan perkhidmatan tambahan dua ETS bagi laluan Kuala Lumpur Sentral (KL Sentral) ke Padang Besar dan sebaliknya sempena Deepavali.

Tiket tambahan tren ETS sempena cuti Awal Muharram dijual mulai esok
Perkhidmatan tambahan itu bermula 5 hingga 7 Julai itu menawarkan 2,520 tiket termasuk dalam koc kelas perniagaan.

Penumpang ETS KL-Ipoh nikmati perjalanan lebih pendek mulai Ogos
Pengguna Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan sebaliknya akan menikmati masa perjalanan lebih pendek dengan pengenalan perkhidmatan ETS Ekspres bermula Ogos ini.

KTMB sedia empat tren tambahan sempena Aidiladha
Sebanyak 9,450 tiket tren tambahan termasuk koc kelas perniagaan akan mula dijual pada 3 petang hari ini.

Tambang perjalanan ETS terganggu dipulangkan secara penuh - KTMB
KTMB akan memulangkan semula tambang perjalanan secara penuh, kepada penumpang yang tidak dapat meneruskan perjalanan akibat gangguan perkhidmatan ETS.

Jualan tiket ETS KTMB Aidilfitri: Lebih 80 peratus telah dijual
Lebih 80 peratus daripada 119,880 tiket perkhidmatan ETS KTMB yang ditawarkan bagi tempoh perjalanan Aidilfitri dari 1 hingga 15 April, telah terjual setakat pagi tadi.

Trip ETS ditambah dari Kuala Lumpur ke Ipoh dan Padang Besar sempena Tahun Baharu Cina
Terdapat penambahan empat perkhidmatan sehari bagi laluan KL Sentral - Ipoh - KL Sentral sepanjang tempoh 7 Februari hingga 13 Februari 2024.