KUCHING: Kontroler Lembaga Sungai-Sungai Sarawak (LSS) menangguhkan sementara sektor pengangkutan awam sungai melibatkan bot ekspres di bahagian Kapit dan Sibu.
Penangguhan sementara itu bermula hari ini, 30 Mei 2021 sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
“Setelah menerima persetujuan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah memutuskan untuk penangguhan sementara perkhidmatan pengangkutan sungai.
“Penangguhan sementara ini melibatkan laluan ulang alik dari Kapit-Putai, Sibu-Putai, dan Kapit-Belaga,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.
LSS dalam masa yang sama menasihatkan agar semua pengusaha bot ekpres serta bot penumpang memberikan kerjasama bagi membantu memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19 di bahagian Kapit.
Kegagalan untuk mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) boleh membawa kepada tindakan undang-undang, penarikan balik kebenaran beroperasi atau apa-apa tindakan yang berkaitan.
Sementara itu Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Lee Kim Shin memaklumkan penangguhan itu adalah usaha kerajaan negeri untuk mengelakkan penularan wabak COVID-19 di kawasan pedalaman khasnya di bahagian Kapit.
“Keputusan itu dibuat bagi mengelakkan penduduk melakukan aktiviti merentas daerah atau bahagian terutama semasa musim perayaan Gawai Dayak yang akan tiba.
“Baru-baru ini kita melihat bagaimana suasana di terminal bot ekspres yang ramai penumpang dan ada antara mereka gagal untuk mematuhi SOP walaupun sudah dikawal selia dengan baik oleh pihak terminal,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dua hari lalu, Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing menggesa perkhidmatan bot ekspres di Sarawak dihentikan serta-merta.
Gesaan Masing itu susulan tindakan masyarakat yang ingkar dan pulang ke kampung halaman di Kapit menggunakan perkhidmatan tersebut.
BACA: Video tular: Masing gesa henti segera perkhidmatan bot ekspres
BACA: Alexander setuju perkhidmatan bot ekspres Kapit dihentikan sementara demi keselamatan
Nuzuluddin Abdul Razak
Sun May 30 2021
Tangkap layar video tular yang memaparkan keadaan orang ramai berpusu-pusu keluar masuk dari bot ekspres di jeti pelabuhan Kapit baru-baru ini - Sumber:Facebook/N64Baleh
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Balik Gawai: Penumpang dijangka meningkat, operator bas dan bot ekspres perlu mohon penambahan perjalanan
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lee Kim Shin berkata permohonan itu perlu dibuat sekiranya berlaku peningkatan permintaan daripada pengguna sepanjang tempoh perayaan..
Perkhidmatan bot ekpres Kapit dan Sibu ditangguh sementara
Penangguhan sementara ini melibatkan laluan ulang alik dari Kapit-Putai, Sibu-Putai, dan Kapit-Belaga.
Alexander setuju perkhidmatan bot ekspres Kapit dihentikan sementara demi keselamatan
Ahli Parlimen Kapit, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mahu perkhidmatan bos ekspres ke Kapit dihentikan sementara bagi memastikan keselamatan orang ramai di daerah itu.
Bot ekspres tersadai di beting pasir kerana jarak ketampakan terhad
Kejadian dipercayai berlaku akibat jarak ketampakan terhad berikutan cuaca berjerebu dan berkabus.
Dua bot ekspres terbakar di terminal
Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar jam 6.40 pagi.
Sarawak rancang modenkan urusan beli tiket bot ekspres
Sarawak merancang untuk memodenkan urusan pembelian tiket bot ekspres kepada sistem e-tiket pada masa akan datang.
SPRM tahan pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam tahun lalu
SPRM tahan pemilik syarikat bot ekspres 'Kawan Mas' yang karam di Sungai Rajang tahun lalu berhubung kes penyelewengan diesel bersubsidi.
Pengangkutan bot ekspres di Sarawak
Penduduk Sarawak masih memilih menggunakan bot ekspres untuk pulang ke kampung halaman Hari Raya ini walaupun beberapa tragedi bot karam terjadi.
Bot karam: Seorang lagi akui hidup, dua masih hilang
Seorang lagi mangsa yang dilaporkan hilang sebelum ini masih hidup dalam perkembangan hari ke-enam operasi mencari dan menyelamat bot karam di Giam Bungan, Belaga.
Bot Karam: Infrastruktur dan keselamatan penting - Twitterjaya
Twitterjaya mahu kerajaan Sarawak memberi tumpuan kepada infrastruktur dan aspek keselamatan setelah bot ekspres karam di Sungai Rajang.