PUTRAJAYA: Usaha dan tumpuan kini diberikan untuk menyediakan satu perkhidmatan awam yang lebih peka serta responsif kepada keperluan semasa bagi mencapai sasaran dan objektif dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12), kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Beliau berkata, kecekapan dan produktiviti organisasi serta penjawat awam juga perlu ditambah baik kerana sasaran dan objektif RMK12 adalah mustahil untuk dicapai sekiranya tiada sokongan dan usaha gigih daripada semua ahli 'Keluarga Perkhidmatan Awam' sebagai satu pasukan.
"Perkhidmatan awam akan ditransformasi melalui pendekatan keseluruhan kerajaan, dengan mengambil kira bahawa kejayaan pelaksanaan inisiatif memerlukan keterlibatan semua peringkat kerajaan," katanya pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perkhidmatan Awam secara maya hari ini.
RMK12 menetapkan sasaran dalam memacu produktiviti perkhidmatan awam iaitu untuk Malaysia mencapai kedudukan 30 teratas dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, dan mencapai kedudukan sembilan teratas bagi sub-indeks kecekapan Kerajaan dalam World Competitiveness Yearbook terbitan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD).
Sasaran RMK12 lain adalah meningkatkan capaian kepada perkhidmatan dalam talian daripada peringkat awal ke akhir kerajaan Persekutuan kepada 80 peratus dan mencapai kedudukan 12 teratas bagi sub-indeks Perkhidmatan Dalam Talian dalam United Nations EGovernment Development Index (EGDI).
Pada 27 September lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membentangkan RMK12 dengan tema Keluarga Malaysia: Makmur, Inklusif, Mampan yang menjadi landasan hala tuju pembangunan lima tahun negara.
Mohd Khairul Adib berkata, dasar-dasar yang digariskan dalam RMK12 penting dalam memandu negara bagi mendepani situasi mencabar akibat wabak COVID-19 dan disusun bagi mencapai pertumbuhan ekonomi secara mampan dengan memfokuskan kepada agihan kekayaan yang lebih saksama, kesejahteraan rakyat serta kelestarian alam sekitar.
Beliau mahu semua ketua jabatan dan pegawai mengambil tindakan segera bagi menyelesaikan isu kecekapan serta memastikan kerja-kerja tertunggak sedia ada diselesaikan sebaik-baiknya.
"Keputusan-keputusan harus dibuat dengan segera agar tidak membebankan jabatan, pelanggan dan orang ramai daripada segi kos dan masa," katanya yang mahu amalan tidak produktif dalam jabatan dibasmi untuk membawa kemajuan dalam produktiviti di pejabat masing-masing.
Dalam tempoh RMK12, Mohd Khairul Adib berkata perkhidmatan awam perlu menjadi lebih cekap dengan meningkatkan keupayaan dan penyampaian melalui pendigitalan dan inovasi.
"Organisasi yang dinamik perlu sentiasa berfikir dan bertindak ke arah penambahbaikan penyampaian perkhidmatan berterusan, atau dalam budaya Jepun dikenali sebagai kaizen, dalam menjalankan proses perubahan," katanya.
Pada masa sama, katanya penjawat awam harus menghormati dan menghargai amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan, dan juga terhadap jawatan disandang.
"Penjawat awam harus kembali kepada dasar seperti mana Aku Janji kita untuk berkhidmat sehabis baik dan cemerlang, serta mengikis sebarang unsur 'kepentingan diri' dalam menjalankan tugas," katanya.
Mohd Khairul Adib berkata semangat persaudaraan dan kerjasama kesemua penjawat awam harus digembleng dan disepadukan ke arah mengukuhkan penyampaian perkhidmatan.
"Hakikatnya semua kementerian, jabatan dan agensi kerajaan mempunyai fungsi dan peranan masing-masing serta saling melengkapi dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 28 2021

Mohd Khairul Adib berkata semangat persaudaraan dan kerjasama kesemua penjawat awam harus digembleng dan disepadukan ke arah mengukuhkan penyampaian perkhidmatan. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.

Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.

Lima penumpuan utama jayakan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam - KPPA
Lima penumpuan utama digariskan dalam Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) bagi merealisasikan pembaharuan perkhidmatan awam yang lebih telus, berintegriti dan diyakini.

Pusingan Kerja Petugas Kaunter semua kementerian bermula hari ini
Langkah ini selaras dengan matlamat reformasi perkhidmatan awam untuk mewujudkan sistem kerja yang lebih dinamik serta responsif kepada keperluan rakyat.

WBB: Cuepacs sokong langkah tubuh jawatankuasa khas kaji waktu kerja
Cuepacs menyokong langkah Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penjadualan waktu kerja dan pemerkasaan penyampaian perkhidmatan kesihatan.

Petugas kaunter perlu cerminkan sikap harmoni - Dr Zaliha
Petugas kaunter harus memiliki sikap yang mencerminkan keharmonian, mesra pelanggan dan integriti agar dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 25 Januari 2025.

Pertukaran petugas kaunter dilaksana secara berfasa, elak urusan rakyat terjejas - KPPA
Ia selaras dengan arahan KSN mengenai dasar penggiliran kerja bagi penjawat awam yang bertugas di kaunter lebih lima tahun.

MyBorderPass catat 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari - Saifuddin Nasution
Aplikasi MyBorderPass mencatatkan lebih 150,000 pengguna dalam tempoh 21 hari sejak diperkenalkan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.