Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa memberi jaminan bahawa anggota perkhidmatan awam akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan peruntukan yang disalurkan melalui Bajet 2018 memanfaatkan rakyat dan negara sepenuhnya.
Katanya, perkhidmatan awam akan memberi komitmen sepenuhnya untuk melaksanakan Bajet 2018 dengan segera berdasarkan prinsip Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) bagi membolehkan rakyat dapat terus menikmati dan memperolehi faedah seperti yang telah diumumkan oleh kerajaan.
"Perkhidmatan Awam Malaysia akan terus berdiri teguh bersama-sama dengan kerajaan berasaskan prinsip wala' dan setia bagi merealisasikan aspirasi pembangunan negara dan jaminan kesejahteraan rakyat," katanya dalam kenyataan yang diedarkan di Parlimen.
Ali turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan di atas pemberian insentif dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam seperti kenaikan pangkat secara "time-based" kali kedua untuk kumpulan pelaksana, waktu kerja fleksi bagi pakar perubatan dan penambah waktu kerja berperingkat.
Selain itu, penjawat awam turut diberikan cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah dan peningkatan pencen terendah ke RM1,000 bagi mereka yang berkhidmat sekurang-sekurangnya 25 tahun.
"Penghargaan juga dirakamkan kepada kerajaan di atas keputusan pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM1,500 kepada penjawat awam yang akan dibayar pada Januari 2018 sebanyak RM1,000 dan RM500 sempena Hari Raya Aidil Fitri.
Pesara pula akan menikmati sebanyak RM750, di mana RM500 dibayar pada Januari 2018 dan selebihnya menjelang Hari Raya," katanya.
--BERNAMA
Bernama
Fri Oct 27 2017
ALI HAMSA: Berdiri teguh bersama-sama dengan kerajaan berasaskan prinsip wala' dan setia bagi merealisasikan aspirasi pembangunan negara dan jaminan kesejahteraan rakyat. - Gambar fail
Tumpuan Isnin – 08 Julai 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
'Jeff' dinobat siput terpantas dunia, menang Kejohanan Dunia Lumba Siput
Tahun ini, siput bernama Jeff dinobatkan sebagai pemenang, menang saingan akhir dengan masa 4 minit dan 3 saat. Begitupun, kepantasan Jeff tidak dapat memadam rekod yang dibuat pada tahun 1995 oleh seekor siput bernama Archie.
Pentadbiran Prabowo-Gibran dijangka perkukuh industri sawit Indonesia
Kerajaan baharu yang akan dipimpin oleh Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka dijangka memperkukuh daya saing produk minyak sawit sebagai komoditi strategik untuk pasaran domestik dan antarabangsa.
Kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh ke dalam tasik
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas terjatuh ke dalam tasik dipercayai ketika sedang mencari lokan di Taman Tasik Teratai Fasa 2 Serendah, Hulu Selangor.
Ribuan umat Islam zahir solidariti kepada Palestin di Shah Alam
Bertemakan Gaza Bangkit, program pada Ahad malam itu turut mengundang pendakwah dari Indonesia, Ustaz Abdul Somad Batubara untuk menyampaikan ceramah.
NGO, belia perlu ambil iktibar peristiwa hijrah - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan dan gerakan belia mengambil iktibar daripada peristiwa Hijrah Nabi Muhammad SAW untuk mengembalikan kegemilangan negara.
Kehadiran ATM di Timur Sabah berikan keyakinan masyarakat setempat
Kehadiran pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Timur Sabah meningkatkan keyakinan masyarakat setempat serta merancakkan lagi pembangunan sektor pelancongan, ekonomi dan sosial di kawasan itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
Jenazah Ali Hamsa selamat dikebumi
Jenazah disembahyangkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan diimamkan Imam Besar Nor Azamir Alias yang disertai lebih 500 jemaah.
PM Ismail Sabri beri penghormatan terakhir kepada Ali Hamsa
Ahli Parlimen Bera itu turut meluangkan masa kira-kira 20 minit menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham.
Jenazah Ali Hamsa dijangka tiba 6.30 pagi Isnin
Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Presint 3, Putrajaya.
Penghormatan terakhir bagi Ali Hamsa pada Isnin
Penghormatan terakhir diadakan di Dewan Sheikh Daud Al-Fathoni, Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dari 8 hingga 9.45 pagi.
Ali seorang mentor, pendengar yang baik - Mohammad
KSU K-KOMM, Mohammad Mentek rakam penghargaan di atas budi dan jasa Allahyarham Ali Hamsa kepada penjawat awam.
Agong, Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Ali Hamsa
Seri Paduka Baginda berdua mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan ditempatkan bersama para solihin.
Bekas KSN Ali Hamsa meninggal dunia
Allahyarham yang dilahirkan di Kluang, Johor pada 29 Ogos 1958 memegang jawatan tersebut dari tahun 2012 hingga 2018.
Mesyuarat tidak akan berlaku jika tiada mesyuarat awal dengan Najib - Ali Hamsa
Sebelum ini, Ali memberi keterangan bahawa semasa mesyuarat penyelarasan yang dipengerusikan beliau, terdapat empat isu dipersetujui untuk dipadamkan daripada laporan.
Kes Laporan Audit 1MDB: Rakaman audio 2 jam 40 minit mesyuarat di Putrajaya didedah
Rakaman berkenaan antara lain dikaitkan dengan keputusan yang dibuat untuk menghapuskan empat isu daripada laporan audit 1MDB.
Ali Hamsa dakwa Najib tidak puas hati laporan audit 1MDB
Bekas Ketua Setiausaha Negara Ali Hamsa berkata perkara itu dimaklumkan oleh Najib ketika beliau (Ali) dipanggil ke Pejabat Perdana Menteri pada 22 Feb 2016.