Kerajaan Amerika Syarikat (AS) memperketatkan syarat Program Pengecualian Visa Amerika Syarikat (US VWP) berikutan situasi keselamatan semasa, terutama serangan keganasan di Eropah dan Turki.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas semasa pertemuan mereka di pejabat Mayorkas di sini Rabu.
Beliau dimaklumkan bahawa "terdapat beberapa penambahbaikan dalam syarat-syarat statutori US VWP berikutan situasi keselamatan semasa".
Syarat-syarat baharu ini bukan sahaja melibatkan negara baharu yang memohon untuk menyertai program itu tetapi juga negara yang telah menyertai program tersebut, katanya kepada pemberita Malaysia selepas mengadakan perjumpaan dengan Mayorkas.
Ahmad Zahid berkata Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS (DHS) menyatakan kesediaan mereka membantu Malaysia bagi mencapai syarat-syarat statutori yang telah ditetapkan.
Berikutan penambahan syarat tersebut, kedudukan permohonan Malaysia ke program tersebut perlu melalui pemantauan setahun mengenai peratus penolakan permohonan visa rakyat Malaysia, berdasarkan tahun fiskal AS yang bermula 1 Okt 2016 hingga 31 Sept 2017, katanya.
Ahmad Zahid berkata pada masa ini kadar penolakan permohonan visa AS dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 3.34 peratus, melebihi syarat yang ditetapkan oleh kerajaan negara berkenaan iaitu di bawah tiga peratus.
Jika kadar penolakan jumlah permohonan visa rakyat Malaysia di bawah tiga peratus sepanjang tahun fiskal tersebut, maka Malaysia dapat menyertai program itu selewat-lewatnya pada tahun 2018, katanya.
Semalam, Ahmad Zahid berkata sebab permohonan visa rakyat Malaysia ditolak adalah kerana masalah teknikal, iaitu kesalahan dalam mengisi borang permohonan.
Beliau berkata pihak DHS bagaimanapun memuji usaha dan kejayaan yang dicapai oleh Malaysia dalam memenuhi syarat-syarat statutori US VWP.
"Malaysia akan terus komited dalam memenuhi semua syarat statutori ini bagi memastikan Malaysia berjaya menyertai US VWP selewat-lewatnya pada tahun 2018," katanya.
Ahmad Zahid berkata beliau dan Mayorkas turut berbincang mengenai pengurusan bencana dan AS menawarkan templat standard operasi Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan (FEMA) AS bagi digunakan dalam aspek pengurusan bencana negara.
Selain tawaran templat berkenaan, AS juga bersetuju menawarkan latihan kepada pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (APBN) bagi melancarkan operasi agensi tersebut.
Beliau berkata tawaran yang dikemukakan AS itu akan digunakan oleh APBN berdasarkan keperluan dan persekitaran negara.
Ahmad Zahid berkata FEMA merupakan sebuah organisasi yang mempunyai struktur pengurusan bencana yang kemas dan telah melalui proses penambahbaikan selepas tragedi taufan Katrina di New Orleans pada 2005.
Bernama
Thu Mar 31 2016

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu dimaklumkan kepadanya oleh Timbalan Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri Amerika Syarikat Alejandro Mayorkas. - Foto Twitter Ahmad Zahid Hamidi
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Biden umum lantikan 6 jawatan penting, beri bayangan pulihkan dasar luar AS
Biden umum enam jawatan penting pada Isnin, sebahagian besarnya alumni dari pentadbiran Barack Obama.

AS perketat syarat program visa US VWP berikutan serangan di Eropah, Turki - Zahid
Terdapat beberapa penambahbaikan dalam syarat-syarat statutori US VWP berikutan situasi keselamatan semasa.