Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Keningau menyelesaikan tuntutan faedah dua waris pencarumnya berjumlah RM66,086.72 sen yang masing-masing tertangguh selama 24 tahun dan lima tahun.
Lumah Binsaluk, waris kepada mandiang Ansat @ Ansapat Andaku @ Anduto seorang pekerja buruh yang meninggal dunia pada tahun 1993 disebabkan serangan tekanan darah tinggi menerima cek bernilai RM33,602.78 dan geran pencen sebanyak RM255.67.
Jaminah Paling iaitu waris kepada bekas pekerja pengawal keselamatan, Savarinus Tamalang yang meninggal dunia pada 2012 disebabkan jangkitan bakteria pula menerima cek bernilai RM32,483.94 dan geran pencen RM475 sebulan.
Cek tuntutan faedah berkenaan diserahkan oleh Pengurus Perkeso Keningau Rijal Jamaluddin.
"Seluruh warga Perkeso bangga dengan kejayaan ini. Ia adalah hasil daripada usaha melalui Skuad Perkeso yang diaktifkan di Keningau awal bulan ini," kata Rijal kepada Bernama pada majlis Penerimaan Cek Faedah Pencen kepada kedua-dua waris di sini.
Rijal berkata siasatan pihaknya mendapati waris tidak mengetahui fungsi Perkeso, selain keliru sama ada penyakit yang mengorbankan nyawa suami mereka tersenarai dalam perlindungan agensi itu.
"Waris juga menghadapi masalah dokumentasi. Melalui perkhidmatan yang dijalankan oleh Skuad Perkeso, segala masalah yang dihadapi oleh waris dapat diselesaikan," katanya.
Sementara itu, Rijal berkata sehingga September 2017, agensi itu merekodkan sebanyak 298 tuntutan kes faedah melibatkan pembayaran berjumlah RM650,957.38.
Katanya bayaran faedah berkenaan melibatkan kes tuntutan Hilang Upaya Sementara sebanyak RM92,247.23, Hilang Upaya Kekal (RM320,200.05), Faedah Orang Tanggungan (RM9,658.49), Faedah Pengurusan Mayat (RM67,500.00, 47), Faedah Pemulihan (RM20,606.84), Faedah Perubatan (RM1,375), tuntutan pencen ilat dan pencen penakat (RM139,369.77).
"Fokus dan matlamat kami ialah untuk menjaga kebajikan pekerja, membantu waris-waris pencarum yang menghadapi masalah tuntutan...sebab itu saya berulang menasihatkan majikan agar mendaftarkan industri serta pekerja mereka kepada agensi ini bagi memastikan kebajikan pekerja terjaga," katanya.
Katanya Perkeso telah mengenal pasti majikan yang belum mendaftarkan industri serta pekerja kepada agensi itu dan menasihatkan agar berbuat demikian dengan kadar segera sebelum sebarang tindakan diambil.
Menurutnya sehingga Jun tahun ini, sebanyak 13 kompaun bernilai RM10,000 telah dikeluarkan ke atas majikan yang gagal mendaftar pekerja dan perusahaan kepada Perkeso.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 13 2017
![Perkeso Keningau selesai tuntutan tertangguh 24 tahun Perkeso Keningau selesai tuntutan tertangguh 24 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2017-10/51507862351_PERKESOGeneric.jpg)
PERKESO Keningau menyelesaikan tuntutan faedah dua waris pencarumnya berjumlah RM66,086.72 sen yang masing-masing tertangguh selama 24 tahun dan lima tahun.- Gambar Fail.
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739744657_JohariTunOpeng.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738851622_Sindiketseluduprok.jpg)
Polis tumpas sindiket seludup rokok, minuman keras lebih RM4 juta di Keningau
Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki barangan tidak berkastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
![Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728797835_TBterbakar.jpg)
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
Disambar api ketika tidur, lelaki terjun tingkap selamatkan diri
![Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41725115142_PDRM.jpg)
Polis buru lelaki terlibat kes bunuh di Keningau
Seorang lelaki dikehendaki polis selepas dipercayai terlibat dalam kes bunuh di Kampung Lingkudau, Keningau, semalam.
![Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81721526049_tbkemalanganmaut.jpg)
Anggota tentera Brunei maut ketika berkonvoi ke Sandakan
Sarjan Mejar Mohammad Joeriman disahkan meninggal dunia selepas menerima rawatan di Hospital Keningau.
![Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51717409264_Pintukacadilastik.jpg)
Pintu kaca dilastik, stesen minyak dipecah masuk
Sebuah stesen minyak dipecah masuk selepas cermin pintu kaca premis tersebut dilastik sehingga pecah dalam kejadian di Pekan Sook di Keningau.
![Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/51711256367_Maut.jpg)
Dua beranak maut: MPV berpusing hilang kawalan, tujuh lagi parah
Kenderaan MPV dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan pacuan empat roda, lalu berlaku pertembungan.
![Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41711250351_tbmautkemalangan.jpg)
Bapa, anak perempuan maut dalam nahas di Keningau
Mangsa dikenali sebagai Masino Gelong, 45, dan Claeryina Mecthildis Masino, 4.
![Anak dituduh mencuri punca lelaki maut Anak dituduh mencuri punca lelaki maut](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/81692698330_mayat.jpg)
Anak dituduh mencuri punca lelaki maut
Mangsa, warga Indonesia berusia 47 tahun ditemukan pada jam 4 petang dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.
![Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024 Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-04/41587964750_ArthurJosephKurup.jpg)
Jambatan baharu Sungai Liau, Keningau bernilai RM7.2 juta dijangka siap 2024
Projek pembinaan jambatan baharu Sungai Liau di Kilometer 117.1 Jalan Kota Kinabalu-Keningau-Tenom bernilai RM7.2 juta telah mula dilaksanakan dan dijangka siap pada Februari 2024.
![Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41651931852_lemas.jpg)
Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Pagalan bersama keluarganya di Kampung Baru Durok pada Sabtu.