Kerajaan Pakatan Harapan (PH) gembira melihat perkembangan positif dalam usaha menubuhkan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Penasihat Khas kepada Perdana Menteri berhubung Media dan Komunikasi, Datuk A. Kadir Jasin.
Tokoh wartawan veteran itu berkata MMC dijangka dapat dibangunkan tahun ini.
"Saya sudah berbincang dengan beberapa pihak bagi menggalakkan mereka untuk membangunkan Majlis ini secepat mungkin. Kerajaan baru sudah menghampiri tempoh setahun pentadbirannya dan masih ada banyak janji-janji yang belum dilaksanakan, terutama dalam aspek pembaharuan, banyak lagi undang-undang yang dijanjikan untuk dimansuh atau dipinda, yang masih belum dilaksanakan," katanya.
"Saya dah lihat sekurang-kurangnya dua draf yang agak baik mengenai bagaimana seharusnya MMC ini dibentuk, dan ia mungkin dapat dibincangkan di sini dalam masa dua hari. Saya harapkan beberapa idea yang lebih jelas akan dapat ditampilkan dalam persidangan ini nanti supaya ia akan dapat dibentangkan kepada kerajaan," katanya semasa menyampaikan ucaptama di majlis Rundingan Nasional Bagi Penubuhan MMC 2019 di sini pada Isnin.
Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Shakib Ahmad Shakir menghadiri majlis itu sebagai mewakili Timbalan Menteri Eddin Syazlee Shith.
Mengulas lanjut Kadir berkata penubuhan MMC adalah penting, namun kerajaan tidak akan terbabit dalam prosesnya.
"Ia penting kerana kerajaan mahukannya, namun kerajaan tidak akan mengambil langkah pertama... ia bukan dasar kerajaan baharu, kami tidak mahu campur tangan dengan media.
"Kami mahukan supaya media lebih bebas tapi kami juga mahukan media lebih bertanggungjawab. Jadi Majlis Media ini penting buat wartawan dan pengamal media. Ia penting kerana ia adalah sebahagian deripada proses pembaharuan kepada kerajaan baharu," kata Kadir.
Persidangan dua hari itu dianjurkan bersama oleh Pusat Kewartawanan Bebas dan Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR) dengan sasaran menghimpunkan pemegang taruh bagi melakar pelan pengawalan kendiri untuk media Malaysia.
Sementara itu Shakib semasa membaca ucapan Eddin berkata MMC boleh mencontohi badan-badan pengawalan kendiri dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina.
Beliau memberi contoh di Indonesia, pengawalan kendiri amat berjaya dalam membantu para wartawan menangani cabaran, daripada usaha kerajaan untuk campur tangan sehingga kepada isu-isu ekstremism, dan mereka menampilkan set peraturan standard bagi liputan konflik etnik dan isu pengaman.
"Di Filipina, Cebu Citizen Press Council juga membantu menampilkan standard dalam liputan di persekitaran yang mencabar, mereka bekerjasama dengan polis bagi membantu menegakkan keadilan seperti menjunjung anggapan bahawa seseorang itu tidak bersalah (sehingga dibuktikan).
"Mereka juga menganjurkan perjumpaan dengan badan-badan agama bagi membantu dalam memupuk persefahaman dalam kalangan pelbagai kepercayaan berbeza, dan membantu dalam membaiki persekitaran buat pemberita mahkamah termasuk dalam menangani isu-isu berkaitan gangguan," katanya.
Sementara itu menurut siaran media CIJ, idea penubuhan majlis media itu mulai diusulkan buat Malaysia sejak tahun-tahun 1070-an lagi dan beberapa kali kemudiannya, dengan yang terbaru pada tahun 2011.
Idea itu bagaimanapun tidak menerima banyak sokongan para wartawan, yang rata-rata menganggap bahawa MMC boleh dibangunkan hanya apabila Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dimansuhkan, sebagai isyarat awal kerajan komited kepada konsep pengawalan kendiri dan kebebasan media.
Dengan kerajaan Pakatan Rakyat menegaskan komitmen memansukan Akta itu dan menubuhkan badan kawalan kendiri, kini tiba masa bagi pihak-pihak yang berkepentingan dalam Majlis Media, termasuk para wartawan, editor, penerbit, dan orang awam, untuk bersatu; menurutnya kenyataan itu.
MMC adalah badan pengawalan kendiri yang boleh meletakkan standard tinggi buat komuniti media bagi membantu dalam membina dan mengekalkan amanah dalam industri itu, dan bertindak sebagai badan timbang tara antara orang awam dan media dalam menjaga kepentingan seluruh rakyat Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 04 2019
Kadir berkata MMC dijangka dapat dibangunkan tahun ini. - Gambar fail/BERNAMA
Trend kematian akibat lemas membimbangkan
Trend kematian akibat lemas masih berada pada tahap membimbangkan, malah tidak menunjukkan sebarang penurunan setiap tahun.
PM tetap sokong Hyundai masuk Kedah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusannya untuk membawa masuk pelaburan Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Menteri Kesihatan jawab isu berbangkit berkenaan penambahan waktu bekerja tiga jam
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad jawab isu yang dibangkitkan oleh Ahli-ahli Parlimen berkenaan penambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat.
Polis kesan sekumpulan lelaki samun barang kemas lebih RM1.5 juta
Polis giat mengesan sekumpulan lelaki disyaki melakukan samun bersenjata terhadap dua lelaki dan melarikan barang kemas dianggar bernilai RM1.54 juta di sini hari ini.
AWANI Borneo [26/11/2024] – Amanah, berintegriti | Isu tular | Permohonan kerakyatan
AWANI Borneo bersama Nickyson Nyambar
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
1) Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri - Hajiji
2) Isu tular: DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
3) Pendaftaran Perkara 15A kini dilakukan lebih awal bagi permohonan kerakyatan
Menteri Kesihatan luah rasa sebak dengar perbahasan Ahli Parlimen hari ini
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad meluahkan rasa sebak ketika berucap selepas mendengar semua perbahasan Ahli-ahli Parlimen yang melibatkan ketanggungjawaban kementerian dibawahnya.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Polis selamatkan remaja perempuan diculik sekumpulan individu
Polis melakukan serbuan di sebuah pangsapuri di Seksyen 7 pada 11 malam, 18 Nov dan menemukan mangsa dalam keadaan selamat.
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
'Pemenjaraan Najib bukan sebab untuk rakyat gembira' - Kadir Jasin
Pemenjaraan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa individu kenamaan lain serta perbicaraan kes-kes rasuah berprofil tinggi bukanlah sebab untuk rakyat bergembira.
Cubaan lagakan UMNO dan Bersatu tindakan tidak bertanggungjawab
Kunjungan daripada pemimin UMNO itu langsung tidak membimbangkan malah ia sebenarnya perkara yang baik.
Kerjasama UMNO dan DAP bukan mustahil - Kadir Jasin
Menurut Kadir, UMNO mungkin boleh menimbangkan kerjasama dengan DAP untuk menarik sokongan bukan Melayu yang sudah tidak bersama Barisan Nasional.
Pemimpin politik sedia ada perlu beri peluang kepada orang muda - Kadir Jasin
Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Dr Mahathir Mohamad masing-masing berusia 48 dan 45 tahun telah berusaha mengubah sejarah dan hala tuju negara.
[KEMAS KINI] Mesyuarat MPT Bersatu fokus selesai isu dalaman
Jemputan ke mesyuarat itu dihantar oleh Setiausaha Kerja Bersatu Kapten Muhammad Suhaimi Yahya menerusi aplikasi WhatsApp.
Kerajaan Perpaduan yang dicadang tidak bergantung kepada parti-parti politik - Abdul Kadir
Kerajaan Perpaduan kerana beliau tidak mahu atau berasa mampu menjadi Perdana Menteri yang bergantung kepada parti-parti politik.
Semua MP Bersatu selesai menghadap YDP Agong, nyata sokongan kepada Dr Mahathir
Ketua Penerangan Bersatu, Dr Radzi Jidin menyeru ahli-ahli Bersatu agar bertenang dan memberi keyakinan penuh kepada pimpinan untuk menangani situasi politik semasa.
Tun M rayu MPT Bersatu tidak paksanya mungkir janji dengan Anwar - Kadir Jasin
Beliau merayu kepada ahli MPT agar tidak memaksa beliau melanggar prinsip dan janji yang dibuat terhadap Anwar.
Hishammuddin, Khairy adalah masa depan UMNO
A Kadir percaya kedua-dua pemimpin yang dianggap sebagai Melayu moderat itu, mampu membawa kembali UMNO kepada prinsip kesederhanaannya
Berhenti cakap politik, buat kerja, pesan Kadir Jasin pada menteri
Video intim Sandakan yang tular baru-baru ini seolah-olah mempunyai kehidupan tersendiri dalam arena politik negara.