KUALA LUMPUR: Seorang Ahli Dewan Negara hari ini mencadangkan bilangan senator di Dewan Negara ditambah seiring reformasi Parlimen seterusnya memperkasakan badan legislatif itu.
Senator Susan Chemerai Anding berkata mengambil kira bilangan Ahli Dewan Rakyat sebanyak 222 orang, terdapat keperluan menambah bilangan Ahli Dewan Negara yang ketika ini 70 orang bagi memastikan keberkesanan peranan semak dan imbang.
"Dalam hal ini, adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menambah jumlahnya daripada 70 orang sebagaimana 222 orang Ahli Parlimen di Dewan Rakyat...saya percaya jumlah ini harus ditambah sebagai usaha memperkasakan institusi Parlimen.
"Data pada November lepas merekodkan hanya 10 senator wanita atau 16 peratus daripada jumlah keseluruhan 70 Ahli Dewan Negara, jadi saya rasa perkara ini perlu diberi pertimbangan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara hari ini.
Julai lepas, Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan boleh menambah jumlah kuota Ahli Dewan Negara yang dipilih daripada setiap negeri daripada dua orang kepada tiga orang, jika terdapat keperluan.
Wan Junaidi berkata di bawah Perkara 45 (1) (a), Perlembagaan Persekutuan jelas memperuntukkan dua wakil boleh dipilih dari negeri masing-masing untuk ke Dewan Negara, namun jumlah itu boleh ditambah.
Susan dalam pada itu juga ingin mengetahui status terkini mengenai perancangan terhadap reformasi Parlimen seperti penggubalan Akta Perkhidmatan Parlimen untuk mencapai pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman.
Sementara itu, Senator Datuk Mohd Hatta Ramli berkata industri pertanian tempatan di utara dan pantai timur tanah air serta bersempadan dengan negara jiran harus diberikan lonjakan melalui usaha bersepadu melibatkan pihak berkepentingan untuk keterjaminan makanan.
"Oleh itu, kerajaan harus memanfaatkan hubungan dua hala yang baik dengan negara jiran terutamanya Thailand yang mempunyai industri pertanian yang maju," katanya.
Persidangan Dewan Negara bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 04 2023
Susan berkata terdapat keperluan menambah bilangan Ahli Dewan Negara yang ketika ini 70 orang bagi memastikan keberkesanan peranan semak dan imbang. - Gambar Parlimen
Kerangka Madani penting kepada kerjasama Jepun-Malaysia - Ishiba
Jepun dan Malaysia mengesahkan komitmen mereka untuk memperkukuhkan kerjasama, dengan fokus terhadap meningkatkan pemerkasaan rantaian bekalan selaras dengan kerangka Madani.
PDRM diarah lengkapkan semula kertas siasatan pembunuhan Yap Xin Yuan
Polis mendapat arahan daripada Pejabat Pendakwa Raya untuk melengkapkan semula kertas siasatan berhubung kes pembunuhan seorang remaja berusia 15 tahun, Yap Xin Yuan.
Pasangan 'kekasih gelap' berdepan tali gantung
Pasangan kekasih gelap berdepan hukuman mati di Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat bagi enam pertuduhan mengedar dan memiliki dadah, bulan lalu.
Belia fikiran lembab, hambar, rasuah gagal hati nurani - PM
"Kalau belia itu umurnya muda, fikirannya lembab, sikapnya hambar dan mudah 'toleransi' dengan penyelewengan, rasuah kerana terikat dengan kelompok tertentu maka ini gagal dari segi cetusan hati nurani kesedaran rakyat," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Terbuka Malaysia: Sejarah tercipta! Soon Huat-Shevon lolos ke separuh akhir
Gandingan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, membawa cabaran negara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.
Trump umum mesyuarat sedang dirancang bersama Putin
Presiden terpilih Donald Trump mengumumkan bahawa satu mesyuarat dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin sedang diaturkan.
AWANI Ringkas: Pembangunan semula Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
61 unit Proton e.MAS 7 digunakan sebagai kereta rasmi
61 unit Proton e.MAS 7 akan digunakan sebagai sebahagian kereta rasmi sepanjang Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada tahun 2025.
Sindiket punca utama pindah milik berleluasa
Tindakan segelintir kakitangan Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bersubahat dengan sindiket antara punca utama kartel pindah milik tanah berleluasa.
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
Dua pemimpin UMNO angkat sumpah Senator hari ini
Dua Ahli Dewan Negara mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, di Dewan Negara, hari ini.
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan mulakan pra-perbicaraan ke atas Presiden Yoon
Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan memulakan sesi pra-perbicaraan pertama pada Jumaat membabitkan Presiden Yoon Suk-yeol.
Institusi kewangan sekat RM302 juta transaksi tidak sah, mencurigakan setakat Sept 2024
Institusi kewangan dalam negara berjaya menyekat sejumlah RM302 juta transaksi tidak sah dan mencurigakan setakat September lepas.
288,000 ahli KWSP daftar caruman melebihi kadar 11 peratus - Lim
Seramai 288,000 ahli KWSP telah mendaftar untuk membuat caruman pekerja melebihi kadar berkanun sebanyak 11 peratus setakat Oktober 2024.
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Dewan Negara luluskan lima RUU berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan
Dewan Negara hari ini meluluskan lima rang undang-undang (RUU) di bawah Kementerian Kewangan berkaitan aktiviti perniagaan di Labuan.
56 kes penipuan logo, sijil halal libatkan lebih RM1.8 juta nilai rampasan tahun ini
Fuziah berkata kesalahan itu dilakukan di bawah Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011 dan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Definisi, pengelasan T15 akan diputuskan dalam masa terdekat - Rafizi
Cadangan berkaitan definisi dan pengelasan kumpulan pendapatan T15 sedang diperhalusi dan akan diputuskan oleh Jemaah Menteri dalam masa terdekat.
Huraian 'jelik melampau' dalam pindaan Akta 588 tidak bersifat muktamad
Huraian itu adalah sebagai panduan kepada pegawai penyiasat, pihak pendakwaan dan mahkamah.
KPKM salur RM13.23 juta kepada pesawah terjejas banjir tahun ini
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) telah menyalurkan bantuan sebanyak RM13.23 juta kepada 6,747 pesawah yang terjejas banjir pada tahun ini.