MAJLIS persandingan Pasangan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berlangsung dengan penuh adat istiadat.
Istiadat gilang-gemilang itu berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada Ahad.
Majlis itu bermula dengan keberangkatan ahli-ahli Kerabat Diraja Brunei disusuli keberangkatan masuk Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan Raja Isteri Pengiran Anak Saleha.
Sejurus bersemayam, istiadat dimulakan dengan awang-awang menunu Dian Empat atau lilin sebagai lambang keunikan adat istiadat diraja.
BACA: Istiadat Perkahwinan Diraja: Puteri Sultan Brunei sah bergelar isteri Awang Abdullah Nabil
Pengantin perempuan yang anggun memakai Persalinan Songket Brunei kemudian diarak masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana diikuti pengantin lelaki yang turut memakai songket sedondon.
Sebelum pengantin lelaki berarak masuk ke singgahsana Diraja dihias indah, beliau disiapkan dengan air pandan yang dicampur bunga-bunga segar untuk memberi aroma wangian ketika bersanding.
Sejurus tiba di Singgahsana, Sultan Brunei menapakkan tangan pengantin lelaki ke atas jemala anakandanya sambil diiringi selawat yang dibacakan oleh Mufti Kerajaan Pehin Datu Seri Maharaja Ustaz Awang Abdul Aziz Juned.
Seiring istiadat itu, 17 das meriam turut dilepaskan.
Atas titah perintah Sultan, Baginda berkenan mengurniakan kurnia nama pengantin lelaki kepada Yang Amat Mulia Pengiran Suami Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
Istiadat diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Kerajaan sebelum Pengiran Muda 'Abdul Mateen mengiringi kedua-dua mempelain turun singgahsana.
BACA: Ini tentatif 10 hari Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei yang penuh tradisi
Pasangan pengantin kemudian bersalaman dengan Baginda Sultan, Permaisuri serta bonda kepada pengantin perempuan, Puan Hajah Mariam Haji Abdul Aziz.
Hadir sama sebagai tetamu jemputan khas adalah Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Ismail Abdul Rahman Sultan Ibrahim.
Ini merupakan hari kelapan daripada keseluruhan 10 hari istiadat perkahwinan tersebut.
Pasangan mempelai ini diijab kabul pada Khamis, 20 Januari lalu di Masjid Omar 'Ali Saifuddien di sini.
Esok bakal berlangsung Majlis Persantapan Diraja sebelum Majlis Istiadat Membaca Doa Selamat diikuti Menutup Gendang Jaga-jaga pada Selasa.
Harits Asyraf Hasnan
Sun Jan 23 2022
Majlis persandingan Pasangan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berlangsung dengan penuh adat istiadat. - Ihsan foto RTB
Kanak-kanak sembilan tahun antara enam tercedera dirempuh teksi
Menurut jurucakap Jabatan Polis New York (NYPD), dua orang termasuk kanak-kanak lelaki itu dibawa ke Weill Cornell Medical Center, seorang lagi dibawa ke Bellevue Hospital manakala 3 mangsa yang lain menolak rawatan perubatan.
Peguam pertahankan perintah darurat Yoon Suk Yeol
Dalam satu sidang media pada Khamis, Yoo Seung Soo dan Rhee Ha Sang menyatakan langkah tersebut wajar dilaksanakan untuk memberi amaran mengenai penyalahgunaan proses demokrasi oleh parti pembangkang.
Bekas Datuk Bandar Taipei didakwa tuduhan rasuah dan salah guna kuasa
Ko Wen-Je yang menjadi datuk bandar dari 2014 hingga 2022 dibawa ke Pejabat Pendakwa Raya daerah Taipei, Taiwan bersama suspek lain dan diiringi sekumpulan pegawai polis ke dalam bangunan.
Pembangkang kemuka usul pecat Han Duck Soo, undi ditetapkan Jumaat
Usul itu dikemukakan oleh parti pembangkang utama, Parti Demokratik (DP) sejurus selepas Han menyatakan bahawa beliau tidak akan melantik tiga hakim untuk mengisi jawatan di Mahkamah Perlembagaan yang sedang meneliti kes pemecatan Presiden Yoon Suk Yeol.
Tiada rakyat dipinggirkan, kesejahteraan rakyat jadi tunjang - PM
Kerajaan MADANI akan terus bekerja untuk membina masa depan Malaysia yang lebih terangkum dan gemilang, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kastam rampas rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia berjaya menumpaskan aktiviti penyeludupan rokok dan minuman keras bernilai lebih RM1.6 juta dalam tiga serbuan berasingan di Johor dan Selangor.
Lebih 50,000 pelarian Syria pulang dari negara jiran dalam tempoh 3 minggu - PBB
Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Pelarian berkata, bilangan pelarian Syria yang kembali ke kediaman mereka meningkat perlahan-lahan.
Sita, lucut hak kenderaan perdagangan gagal patuhi peraturan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menyita dan lucut hak kenderaan yang gagal mematuhi peraturan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715) dan kaedah-kaedah di bawahnya menerusi operasi khas ‘Gempur Teknikal’ di seluruh negara.
Kimchi, Yogurt buatan Malaysia jadi sumber pendapatan ibu tunggal
Naib Presiden Kanan Bahagian sokongan Industri Bioeconomy Corporation Sdn Bhd (Bioeconomy Corporation), Nora Mohamed berkata, setakat ini, seramai 35 ibu tunggal telah diberi tunjuk ajar menghasilkan dua produk makanan itu.
Bapa dakwa bayi jatuh akibat kecuaian hospital
Seorang bapa mendakwa kakitangan sebuah hospital di Kuala Terengganu cuai sehingga mengakibatkan bayi sulungnya yang baru berusia dua hari jatuh dari atas katil bayi.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Mohd Syarifuddin Manan mendakwa, susulan kejadian itu, anaknya sering diserang sawan.
Perkahwinan Diraja Brunei: Istiadat persandingan Anak Puteri Fadzilah-Awang Abdullah penuh tradisi
Majlis persandingan Pasangan Pengantin Diraja Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi berlangsung dengan penuh adat istiadat Diraja.
Ini tentatif 10 hari Istiadat Perkahwinan Diraja Brunei yang penuh tradisi
Istiadat Perkahwinan Diraja itu bermula dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja yang berlangsung di Balai Persantapan, Istana Nurul Iman, Bandar Seri Begawan.