Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta rakyat menjadikan setiap peristiwa pahit atau manis yang dialami negara sebagai iktibar untuk mempertahan kemerdekaan tanahair.
Dalam menyambut Hari Kebangsaan, baginda bertitah mereka perlu menghargai pengorbanan pemimpin dan rakyat terdahulu dan memastikan kemerdekaan dipertahan untuk diwarisi generasi muda.
Baginda bertitah demikian semasa merasmikan program 'Pengisahan Sejarah dan Pameran Nostalgia Perlis Negeriku' di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia Negeri Perlis (PNMNPs) di sini, pada Khamis.
Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil turut berangkat hadir pada program anjuran PNMNPs itu.
Tuanku Syed Faizuddin juga mengajak rakyat khususnya generasi muda supaya menghayati erti kemerdekaan dan tidak menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sekadar sambutan tahunan sahaja.
Menurut baginda penghayatan kemerdekaan bererti mengekalkan sosio-budaya sebagai warisan bangsa daripada dipengaruhi atau dijajah budaya yang tiada kaitan dengan bangsa dan rakyat negara ini.
"Saya suka program pengisahan sejarah seperti ini dianjurkan kerana ia membuka minda generasi pewaris negara memahami sejarah negara, perjuangan, pengorbanan dan erti kemerdekaan,"kata baginda.
Bernama
Fri Aug 28 2015
![Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440722440_TuankuSyedFaizuddi.jpg)
Tuanku Syed Faizuddin mengajak rakyat khususnya generasi muda supaya menghayati erti kemerdekaan dan tidak menjadikan sambutan Hari Kebangsaan sekadar sambutan tahunan sahaja. - Gambar Fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81723343252_Palestiniansmourn.jpg)
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
![Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-08/41440722440_TuankuSyedFaizuddi.jpg)
Peristiwa pahit, manis negara jadi iktibar pertahanan kemerdekaan - Raja Muda Perlis
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah meminta rakyat menjadikan peristiwa pahit atau manis yang dialami negara sebagai iktibar untuk mempertahan kemerdekaan tanahair.