Perintah Kawalan Pergerakan yang berkuat kuasa selama 14 hari bermula hari ini, menyaksikan orang ramai akur dengan arahan yang dikeluarkan kerajaan itu dalam usaha menangani penularan COVID-19.
Keadaan sesak yang biasanya dialami pada sebelah pagi hari bekerja di ibu negara tidak berlaku hari ini dengan keadaan tenang dan trafik lancar.
Namun pengangkutan awam seperti bas dan rel beroperasi seperti biasa.
Perintah itu antara lain menetapkan larangan menyeluruh pergerakan dan perhimpunan ramai di seluruh negara dengan semua rumah ibadat dan premis perniagaan ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.
Selain itu, perintah itu juga melibatkan penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dengan perkhidmatan penting negara.
Namun orang ramai tidak perlu terlalu khuatir dengan perintah itu. Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador perintah itu bukan perintah berkurung yang sama sekali melarang orang ramai keluar rumah.
Malah orang ramai juga tidak perlu membuat pembelian panik kerana Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri telah memberi jaminan bahawa bekalan makanan, keperluan harian dan barangan penjagaan kesihatan adalah mencukupi.
Sikap panik berhadapan dengan situasi tidak diduga ini masih jelas dilihat pada orang ramai, yang masih belum memahami tentang Perintah Kawalan Pergerakan itu, sehingga berlakunya beberapa masalah seperti pembelian panik serta kesesakan yang serius di balai-balai polis malam tadi berikutan orang ramai mahu mendapat permit pergerakan rentas negeri terutama untuk pulang ke kampung.
Selain itu, orang ramai turut memenuhi stesen pengangkutan awam seperti Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk pulang ke kampung halaman.
Hakikatnya, kesesakan yang berlaku dan ramai orang berada di tempat awam pada satu-satu masa itu berkemungkinan boleh meningkatkan lagi jumlah kes penularan COVID-19, pada ketika tindakan kerajaan itu adalah untuk mengelakkan orang ramai berkumpul.
Sehubungan itu, perintah mendapatkan permit rentas negeri itu ditangguhkan buat sementara waktu bagi menyelesaikan kesesakan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua pihak terbabit.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 18 2020
Keadaan sesak yang biasanya dialami pada sebelah pagi hari bekerja di ibu negara tidak berlaku hari ini dengan keadaan tenang dan trafik lancar. -Gambar fail
[TERKINI] MKN bincang status 500 pelajar guna pangkalan haram hari ini
Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengadakan mesyuarat pagi ini bagi membincangkan isu sempadan termasuk status hampir 500 pelajar dari Thailand yang menggunakan pangkalan haram di Sungai Golok untuk ke sekolah di Rantau Panjang, Kelantan.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
AWANI Ringkas: Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemandu lori mengundur sebabkan kematian penunggang motosikal ditahan
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes lori mengundur secara tiba-tiba dan melanggar sebuah motosikal, mengakibatkan penunggangnya maut.
Dasar Kanak-Kanak Negara yang baharu pastikan suara kanak-kanak didengar
Nancy berkata dasar itu juga akan memastikan suara kanak-kanak didengar dan diambil kira dalam setiap keputusan.
Jurulatih dari Jepun, Katsuhito Kinoshi dilantik kemudi Selangor FC
Katsuhito Kinoshi dilantik sebagai Ketua Jurulatih Selangor FC yang baharu menggantikan Nidzam Jamil, yang meletak jawatan secara mengejut bulan lepas.
Pernah empat kali diserang strok, Sheqal sebak terima bantuan
"Saya sedih, dulu kita tolong orang, sekarang orang bantu kita pula."
TFC perlu kekal fokus, pastikan layak ke suku akhir
Badrul Afzan Razali berkata momentum kemenangan itu perlu diteruskan dalam perlawanan timbal balik di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
#AWANIRingkas 24 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 24 November 2024
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa menurun 481 di enam negeri pagi Ahad
2️⃣ MCMC teliti notis bencana terus ke telefon tanpa SMS
3️⃣ Kertas siasatan kes Faisal Halim dirujuk ke Peguam Negara
#awaniringkas
23 terbunuh, 45 cedera dalam serangan udara terbaharu Israel di timur Lubnan
Israel membunuh 23 orang dan mencederakan 45 yang lain pada Sabtu dalam siri serangan udara yang menyasarkan beberapa bandar.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.
Laporan PBB: Kemiskinan tegar dunia meningkat pertama kali dalam tempoh 20 tahun
Dunia menyaksikan peningkatan kemiskinan tegar buat pertama kali dalam tempoh 20 tahun dan ketidaksamaan meningkat dengan ketara serta kekal tinggi.
Kerajaan Sarawak belanja RM601 juta untuk 17 projek pembaharuan bandar - Awang Tengah
Kerajaan Negeri memperuntukkan RM601 juta di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) bagi melaksanakan 17 projek Pembaharuan Bandar di Sarawak.
COVID 19: Peniaga bebas, lepas tuduhan sebar berita palsu
COVID 19: PENIAGA BEBAS, LEPAS TUDUHAN SEBAR BERITA PALSU
Persidangan Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita bertujuan tingkat kesedaran - Nancy
Persidangan Antarabangsa mengenai Kesejahteraan Mental dan Pemerkasaan Wanita Khamis ini bertujuan meningkatkan kesedaran.