KOTA KINABALU:Perintah Berkurung di tujuh kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 1 Disember 2020.
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hazani Ghazali berkata lanjutan itu dibuat kerana maklumat mendedahkan terdapat cubaan penculikan dan jenayah rentas sempadan dilakukan kumpulan Abu Sayyaf serta penculik untuk tebusan (KFR).
"Pengisytiharan lanjutan perintah berkurung ini bermula 17 November 2020 (Selasa) mengikut Seksyen 31 (4) Akta Polis 1967.
"Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal dikawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah (dan orang lain tidak dibenarkan memasuki atau berada) di kawasan yang telah diisytiharkan antara jam 6 petang sehingga 6 pagi pada tarikh 16/11/2020 sehingga 01/12/2020," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan pada Ahad.
Menurut Hazani perintah berkurung terbabit meliputi kawasan yang sama dengan perintah sebelum ini.
Kawasan perairan melibatkan daerah Sandakan, Sandakan dan Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
"Ini adalah bagi nenjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan dan yang berada di daratan dikawasan Esszone," katanya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sun Nov 15 2020
Perintah Berkurung di tujuh kawasan perairan di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dilanjutkan sehingga 1 Disember 2020.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Keganasan: Perintah berkurung dikuatkuasakan di bandar pedalaman Australia
Pihak berkuasa di sebuah bandar pedalaman Australia telah menguatkuasakan perintah berkurung susulan beberapa siri insiden keganasan.
Polis Perancis tahan 176 orang dalam protes kes polis bunuh remaja
Pihak berkuasa turut mengumumkan penggantungan perkhidmatan bas dan trem dalam dan sekitar Paris selepas 9 malam hari Khamis.
Enam maut ditembak di Mississippi
Pejabat Gabenor Tate Reeves berkata, seorang lelaki telah ditahan susulan kejadian tersebut.
Uganda laksana sekatan perjalanan, perintah berkurung bendung Ebola
Museveni berkata perintah berkurung di laksanakan di daerah berkenaan dari 7 malam hingga 6 pagi waktu tempatan.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 22 September
Perintah berkurung dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjut sehingga 7 September
Perintah dari 6 petang hingga 6 pagi itu melibatkan perairan Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Perintah berkurung perairan ESSZone dilanjutkan hingga 23 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir hari ini, dilanjutkan sehingga 23 Ogos ini.
Perintah berkurung di perairan ESSZone dilanjut sehingga 8 Ogos
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 8 Ogos ini.
Perintah berkurung di Sri Lanka, rakyat Malaysia dinasihat kekal di rumah
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Sri Lanka gesa rakyat Malaysia patuhi perintah berkurung yang dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan.
Perintah berkurung di perairan tujuh daerah ESSZone dilanjut sehingga 24 Jun
Perintah berkurung membabitkan perairan tujuh daerah di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok dilanjutkan sehingga 24 Jun ini.