Kemunculan individu-individu pengamal perubatan dengan gelaran yang diragui kesahihan dan kelayakannya banyak menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat negara ini.
Rasa kurang senang itu juga disuarakan golongan profesional yang benar-benar layak menggunakan gelaran tersebut.
Selain berhempas pulas melalui tempoh pengajian panjang di institusi yang sah, pentauliahan mereka dalam sesuatu bidang turut disertakan dengan pengalaman dalam perkhidmatan selama bertahun-tahun.
Namun, ada yang mudah meraih gelaran tersebut melalui jalan pintas, malah berani menonjolkan diri dan menyalahgunakannya bagi mencipta pengaruh.
Perkembangan itu jelas dilihat apabila mereka terlibat secara agresif dalam perniagaan pemasaran jualan langsung pelbagai peringkat (MLM) dengan menyokong testimoni secara ‘hard sell’ bertujuan melariskan produk.
Timbalan Presiden Persatuan Perubatan Integrasi Profesional Malaysia (MiMPA) Dr Hidayatul Radziah Ismawi ketika dihubungi Astro AWANI berkata, kewujudan golongan tersebut merupakan masalah besar yang boleh mengakibatkan keresahan umum.
“Malangnya, orang ramai mudah untuk terpedaya kerana imej individu yang membawa gelaran tersebut memberi keyakinan kepada kumpulan pengguna sesuatu produk.
“Ini sangat bahaya kerana mereka yang bukan dari kalangan pengamal perubatan bertauliah hanya mampu mendakwa pelbagai ‘keajaiban’ melalui produk mereka.
"Begitupun, mereka tidak pula memahami dan mendedahkan aspek kesan sampingan atau kesan jangka panjang bagi penggunaan sesetengah jenis produk, lebih-lebih lagi berkaitan kesihatan,” ujarnya.
Hidayatul juga memberitahu, golongan tersebut lazimnya sekadar mahu melariskan jualan produk tanpa rasa tanggungjawab akan kesan yang mungkin dialami seseorang pengguna di kemudian hari.
“Salah satu cara untuk mengenali mereka ini adalah dengan melihat testimoni atau dakwaan mengenai sesuatu produk yang mereka uar-uarkan.
“Selalunya, produk yang dipromosi golongan tersebut digambarkan memiliki nilai khasiat yang ‘terlalu hebat’ dan dikatakan mampu merawat atau menyembuh pelbagai jenis penyakit,” ujar Hidayatul yang juga ketua editor The Malaysian Medical Gazette.
Ini termasuklah produk yang popular dalam kalangan pengguna seperti ubat cepat kurus, ubat merawat penyakit seperti angin ahmar, sakit jantung dan diabetes, serta suplemen atau aksesori penambah daya kesihatan tubuh.
Hidayatul berpesan agar pengguna terlebih dahulu merujuk kepada senarai daftar pengamal perubatan berlesen di Majlis Perubatan Malaysia (MMC) yang dikemas kini, sebelum meletakkan kepercayaan sepenuhnya.
Dalam senarai tersebut, nama-nama pengamal perubatan disertakan sijil perakuan penuh dan kesahihannya diperbaharui setiap tahun.
Namun berdasarkan senarai itu, kata Hidayatul, agak sukar untuk mengesahkan identiti mereka yang melabelkan diri sebagai pengamal perubatan alternatif.
Sebagai langkah pertama, Hidayatul menyarankan orang ramai yang curiga terhadap gelaran seseorang individu atau ke atas sesebuah produk agar membuat aduan dan rujukan kepada pihak Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM) atau persatuan pengguna.
Melalui pelbagai saluran, banyak pendedahan sudah dibuat selama ini mengenai kewujudan individu dengan gelaran 'doktor' yang diragui.
Ada sebahagian daripada mereka mendapat gelaran tersebut dengan menduduki 'ujian' mudah dan intensif daripada intitusi pengajian tertentu dalam talian.
Hal yang mengejutkan ialah, institusi yang mereka nyatakan itu sebenarnya tidak wujud ataupun tidak diiktiraf dalam bidang yang dinyatakan.
Mengenal pasti penipuan
Mengulas isu kekeliruan orang ramai tentang hal tersebut, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman, berkata masyarakat pada awalnya perlu tahu membezakan antara istilah asas ‘dokter’ dan ‘doktor’ .
Menurutnya, jika di negara jiran, ‘dokter’ yang dieja ringkas sebagai ‘Dr’ merujuk kepada pengamal perubatan manakala ‘doktor’ yang dieja sebagai ‘DR’ lazimnya merujuk kepada lulusan falsafah kedoktoran.
“Jika kita benar-benar mengikut dan membuat klasifikasi tersebut, pemahaman pertama mengenai gelaran 'Dr' yang digunakan sudah terjawab.
"Namun yang menjadi masalah hari ini adalah penipuan yang dilakukan selain daripada dua golongan tersebut,” ujar Maamor yang menambah, kekeliruan itu banyak melibatkan kumpulan pengamal dalam rawatan homeopati dan alternatif.
Maamor menambah, sudah sampai masanya kerajaan menggubal dan menguatkuasakan akta yang membolehkan pengesahan atau pengiktirafan sesuatu gelaran bagi pengamal perubatan.
“Ini perlu memandangkan perkembangan semasa yang tidak baik hingga menimbulkan kesengsaraan kepada ramai orang, lebih-lebih lagi bagi yang terpedaya.
“Mereka yang tidak bertanggungjawab itu kini terlalu berani membuat dakwaan yang bermacam-macam mengenai sesuatu produk kesihatan,” ujar Maamor yang mencadangkan agar akta tersebut digunakan pihak berkuasa untuk menahan, menjalankan siasatan dan seterusnya mengambil tindakan jika disabitkan kesalahan.
Maamor turut mengingatkan tentang senarai daftar MMC untuk memeriksa kesahihan status seseorang pengamal perubatan.
Di situ, bukan sekadar nama-nama pengamal perubatan berkelayakan tersenarai, malah terdapat maklumat terperinci tentang aspek seperti etika perubatan, pendidikan dan perkhidmatan, kepentingan pesakit dan pengurusan awam.
“Kita tidak nafikan bahawa golongan perubatan homeopati dan alternatif ini mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang mereka, tapi janganlah sampai menggunakan gelaran ‘Dr’ untuk mengelirukan kumpulan pengguna.
“Kalau tok bomoh, gunalah saja gelaran itu. Atau kalau perubatan alternatif, jelaskanlah ia kepada umum,” ujarnya.
Hamzah Hamid
Wed Dec 03 2014

Pengguna di negara ini mudah terpedaya pada testimoni sesuatu produk jika yang mengesyorkannya ialah individu dengan gelaran tertentu. -Gambar fail
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Memorandum Jemaah Menteri akan dibentang berkaitan program undang-undang di Sabah, Sarawak
Menteri Pendidikan Tinggi akan membentangkan satu memorandum Jemaah Menteri bagi membolehkan penawaran program undang-undang sebagai bidang fakulti yang baharu di Sabah dan Sarawak.

Cuepacs mohon kerajaan pertimbang beri Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) memohon kerajaan mempertimbangkan pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri kepada penjawat awam.

Persidangan Antarabangsa MAAFIM 2023 beri ilmu kepada pakar perubatan
Bertemakan 'Kaedah Yang Lebih Baik', lebih 350 pengamal perubatan dan peserta tempatan dan antarabangsa terlibat dalam persidangan itu kali ini.

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Hartal Doktor Kontrak: Beri perhatian, selesaikan tuntutan mereka - Anwar
Anwar mendesak kerajaan menyelesaikan isu Hartal Doktor Kontrak yang menyaksikan pegawai perubatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di seluruh negara hari ini.

WHO lancar piagam tingkat kadar keselamatan pekerja kesihatan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melancarkan sebuah piagam menggesa negara-negara meningkatkan langkah keselamatan melindungi pekerja sektor kesihatan.

Balu kepada doktor temui COVID-19 terima 'hadiah terakhir' dari suami
Balu kepada seorang doktor yang pernah memberi amaran tentang penularan wabak virus pembunuh COVID-19, Dr. Li Wenliang, selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

Noor Hisham minta petugas terus tabah, jaga keselamatan diri
Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyeru petugas kesihatan agar terus tabah dan sentiasa menjaga keselamatan diri kerana mereka perlu terus memikul tanggungjawab penting dalam memerangi pandemik COVID19

COVID-19: Dalam menempuh cabaran ini, setiap daripada kita ialah wira!
Setiap profesion malah setiap orang dari pelbagai lapisan usia dan latar kerjaya memainkan peranan berdasarkan skop tugas masing-masing dalam tempoh ujian ini.

MyFundAction sumbang 1,242 smile pack kepada petugas barisan hadapan
Petugas barisan hadapan terutamanya doktor dan jururawat sudah tentu berdepan detik sukar dalam membantu pesakit dijangkiti Covid-19 di seluruh negara.

WHO puji kesiapsiagaan Malaysia tangani COVID-19 - Dzulkefly
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memaklumkan WHO memuji kesiapsiagaan dan keupayaan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19.

Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis
Lelaki gila seks menyamar sebagai doktor diberkas polis