SHAH ALAM: Pemeriksaan kewangan terhadap anggota polis yang mempamerkan gaya hidup mewah perlu dilaksanakan secara teliti dan segera dalam membendung rasuah dalam pasukan itu.
Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim berkata, kerjasama erat antara pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) amat penting bagi mengatasi masalah berkenaan dengan lebih berkesan.
"MCW menyokong penuh dan menyanjung tinggi semangat Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (CID), Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain yang tampil ke hadapan menzahirkan komitmen dengan serius untuk membanteras rasuah dalam pasukan polis menerusi ucapan beliau yang tular baru-baru ini.
"Kenyataan tegas beliau (Mohd Shuhaily) adalah langkah proaktif yang amat dihargai. Ini merupakan rahsia umum yang telah diketahui majoriti rakyat Malaysia.
"Beliau dengan jelas menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan-tindakan yang merosakkan imej dan integriti pasukan polis serta melemahkan keyakinan masyarakat terhadap sistem keadilan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Berdasarkan laporan Sinar Harian pada Sabtu, anggota mahu pun pegawai polis diberi amaran keras sekiranya masih terlibat dan bersekongkol dengan sindiket jenayah.
Menurut Mohd Shuhaily, ada yang sanggup menjual nyawa rakan semata-mata untuk mendapatkan duit imbuhan daripada sindiket berkenaan.
Tambah Jais, kenyataan tegas dan proaktif tersebut merupakan pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan polis dan berharap ia menjadi titik permulaan serta galakan agar lebih banyak usaha memerangi rasuah dalam semua lapisan masyarakat.
"MCW juga bersedia bekerjasama dengan beliau, polis dan masyarakat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya rasuah dan kepentingan pemupukan budaya integriti dalam organisasi yang menjaga keamanan negara.
"Rakyat dan pihak berkuasa perlu berganding bahu dalam usaha menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju dan benar-benar bebas rasuah," ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Oct 09 2023

Jais (gambar) berkata, kenyataan tegas dan proaktif Mohd Shuhaily menjadi pemangkin untuk membawa perubahan positif dalam pasukan polis. - Foto Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Polis bongkar makmal haram proses cecair vape mengandungi dadah di Seri Kembangan
Tujuh suspek termasuk lima lelaki warga asing ditahan dalam serbuan melibatkan JSJN Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri.

Datuk rugi RM26.6 juta ditipu skim pelaburan kripto
Lelaki berusia 74 tahun itu tertarik dengan iklan pelaburan tersebut selepas membuat carian di Google.

Polis bongkar taktik sindiket sembunyi dadah dalam but kereta
Dalam serbuan pertama di parkir sebuah kondominium, polis merampas 4.12 kilogram (kg) dadah yang disembunyikan dalam ruangan but kereta.

25 cedera dalam letupan bom di Narathiwat
Seramai 25 individu, termasuk tiga anggota sukarelawan, cedera dalam kejadian letupan bom motosikal di hadapan Pos Kawalan Keselamatan Sukarelawan Pertahanan Weng, petang semalam.

Dua wanita rugi RM50,000 disamun dengan parang
Seorang lelaki mengugut mahu memotong rantai dipakai wanita itu jika enggan bekerjasama, selain menendang mangsa.

Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
Risikan awal mendapati ketika kejadian suspek dipercayai berada di bawah pengaruh dadah.

Pengurus rugi RM2.56 juta ditipu pelaburan kripto tidak wujud
Mangsa berusia 42 tahun mula menyertai pelaburan berkenaan sejak Julai tahun lepas setelah melihat iklan di Facebook.

Lepaskan lapan das tembakan di pusat beli-belah, lelaki warga tempatan sedang dijejaki polis
Penembak itu bertindak melarikan diri dari pusat beli-belah tersebut, dia dipercayai masih berada di kawasan berhampiran.

Siasatan kes tipu isteri pelawak selesai
Kertas siasatan berhubung kes penipuan berjumlah RM95,180 melibatkan isteri kepada seorang pelakon dan pelawak sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR).

Cubaan curi dalam pesawat, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berumur 52 tahun kerana disyaki terlibat dalam cubaan mencuri di dalam pesawat, semalam.