KUALA LUMPUR: Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid.
Beliau berkata perhimpunan yang dihadiri kira-kira 850 peserta itu, gagal memenuhi butiran diperlukan oleh Jadual 4 dalam Seksyen 10 akta berkenaan.
"Mengikut Seksyen 9 penganjur perlu kemukakan permohonan dan Jadual 4 dalam Seksyen 10 pula ada format yang penganjur kena patuhi yang telah diperuntukkan undang-undang, mereka kena ikut format itu.
"Antaranya kena nyatakan dengan jelas siapa penganjur, kena dapatkan kebenaran pemilik premis dan tanah di kawasan perhimpunan diadakan, seterusnya sertakan sekali kebenaran itu dalam permohonan yang dibuat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, di sini hari ini.
Allaudeen berkata kesemua maklumat tersebut penting kepada polis, dalam memudah cara sesuatu perhimpunan, namun kekeliruan ditimbulkan penganjur terutamanya berkenaan lokasi perhimpunan menyukarkan polis menjalankan tugas mereka.
Sehubungan itu, beliau berkata polis akan melihat kembali tindakan susulan sewajarnya atas kegagalan perhimpunan yang bermula pada 1.15 tengah hari dan berakhir pada 3.30 petang di Kompleks Sogo itu dalam mematuhi APA 2012.
"Kami akan melihat kepada kesemua aspek yang kami percaya menyebabkan perhimpunan hari ini tidak mematuhi kepada akta," katanya.
Dalam pada itu, Allaudeen mengesahkan menerima satu laporan polis dibuat penganjur berdasarkan tuntutan yang dibuat dalam perhimpunan tersebut, dan pihaknya akan mengkaji terlebih dahulu laporan itu untuk tujuan pengelasan kandungan.
"Kami akan panggil sesiapa sahaja yang boleh membantu siasatan, termasuk 16 individu yang berucap sepanjang perhimpunan tadi," katanya.
Beliau juga menafikan dakwaan mesej tular yang mengatakan terdapat beberapa Ahli Parlimen 'dikepung' polis, sehingga tidak dapat menyertai perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mendedahkan, polis telah menerima 22 laporan polis daripada individu yang tidak bersetuju dengan perhimpunan anjuran Pemuda Perikatan Nasional (PN) itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 16 2023
![Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694863156_TBAllaudeen.jpg)
Allaudeen (kiri) bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi mengenai sebuah perhimpunan yang diadakan di ibu negara hari ini disahkan polis sebagai tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman 2012. - Foto Bernama
DBKL tubuh jawatankuasa persiapan Kuala Lumpur
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif berkata, usaha ini bagi memastikan Kuala Lumpur benar-benar bersedia dari segi kebersihan, keindahan, kesejahteraan bandar, lalu lintas, penguatkuasaan serta penyelenggaraan infrastruktur.
KKM adakan libat urus dapatkan maklum balas tempoh bekerja syif 45 jam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan sesi libat urus di seluruh negara sebelum memuktamadkan keputusan berhubung pelaksanaan tempoh bekerja 45 jam bagi petugas syif termasuk jururawat, penolong pegawai perubatan dan pemandu ambulans.
Terapkan semangat pemakaian kain sarung dalam usaha perkukuh persahabatan kaum - PM
Pemakaian kain sarung yang merupakan budaya terkenal seantero alam Melayu perlu terus diterap semangatnya dalam usaga memperkukuhkan persahabatan dalam kalangan rakyat pelbagai kaum, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
Pada masa yang sama beliau menggesa seluruh rakyat supaya jangan sekali-sekali mengizinkan mana-mana pihak untuk merosakkan keamanan negara.
![3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739009435_FahmiFadzil.jpg)
3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam bagi fasa pertama - Fahmi
Sebanyak 3,149 titik akses wi-fi siap dipasang di tiga universiti awam menerusi fasa pertama dalam usaha meningkatkan capaian internet di institusi pendidikan tinggi awam (IPTA).
Sultan Selangor tidak setuju cadangan garis panduan hadiri majlis perayaan bukan Islam
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan pendirian tegas untuk tidak bersetuju dengan cadangan mewujudkan garis panduan kepada umat Islam yang menghadiri majlis perayaan orang bukan Islam khususnya di negeri itu.
Terengganu catat kerugian lebih RM40 juta akibat 'scammer' tahun lalu
Ketua Polis Terengganu, Datuk Khairi Khairuddin berkata, meskipun pelbagai inisiatif telah diambil, kesedaran masyarakat berhubung penipuan dalam talian dilihat masih rendah.
Bomoh disyaki cabul kanak-kanak disambung reman enam hari
Tempoh tahanan reman seorang bomoh yang disyaki mencabul kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun disambung enam hari sehingga Jumaat depan.
JPVPP siasat dakwaan 10 bangkai kucing dalam plastik hitam
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) menyiasat laporan berhubung dakwaan penemuan 10 bangkai kucing yang dibungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong, George Town.
Mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sarawak menunjukkan pengurangan manakala Sabah kekal, setakat pukul 8 malam Sabtu.
![2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS 2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/61705481095_TBTANSRIABDULAZ.jpg)
2,076 individu terkait GISB sertai program pemulihan MAIS
Sebanyak 2,076 individu termasuk 1,345 kanak-kanak yang terkait dengan GISB bersetuju menyertai program pemulihan kelolaan MAIS bermula 15 Feb ini.
![Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/61694863156_TBAllaudeen.jpg)
Perhimpunan di ibu kota gagal patuhi Akta Perhimpunan Aman 2012 - Polis
Satu perhimpunan yang berlangsung di ibu negara hari ini, tidak mematuhi Akta Perhimpunan Aman (APA) 2012.
![Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/41694517028_AllaudeenAbdulMaji.jpg)
Belum ada permohonan permit 'Perhimpunan Selamatkan Malaysia' - Polis
Polis masih belum menerima sebarang permohonan berhubung penganjuran "Perhimpunan Selamatkan Malaysia" yang dirancang diadakan di ibu negara, Sabtu ini, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen A