Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen di sini bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505', tiga tahun lepas.
Mohd Rafizi, 39, yang juga anggota Parlimen (MP) Pandan, MP Seremban Anthony Loke Siew Fook, 39, bekas anggota Sekretariat PKR Muhammad Adib Ishar, 27, dan anggota Dewan Undangan Negeri Batu Burok Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, 54, dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan hari ini.
Hakim Mat Ghani Abdullah memerintahkan kesemua tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda dan memberi mereka masa hingga 3 petang esok untuk membayar denda itu.
Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan iaitu sebagai penganjur perhimpunan itu di Padang Merbok di sini, didapati telah gagal menyertakan sesalinan persetujuan kepada pemilik padang berkenaan iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Mereka juga gagal memaklumkan pemberitahuan bertarikh 12 Jun 2013 kepada pegawai polis yang menjaga Daerah Dang Wangi, iaitu ACP Zainuddin Ahmad, dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan itu diadakan di Padang Merbok, Jalan Parlimen di sini, antara 2 petan dan 6 petang pada 22 Jun 2013.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 9(5) akta sama yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM10,000, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Mohd Nor memohon hukuman sewajarnya dikenakan terhadap kesemua tertuduh berikutan berlaku kekecohan semasa perhimpunan itu diadakan.
Katanya berdasarkan keterangan saksi pihak pendakwaan, terdapat cubaan untuk orang ramai menghalang DBKL daripada menanggalkan khemah yang dipasang.
"Hujahan pihak pembelaan bahawa perhimpunan itu diadakan secara aman tanpa sebarang kekecohan adalah tidak benar kerana terdapat lebih 8,000 orang berkumpul dalam perhimpunan tersebut," katanya.
Mohd Rafizi dan Loke diwakili peguam Gobind Singh Deo, Muhammad Adib oleh peguam Eric Paulsen dan Syed Azman oleh peguam Azizul Shariman Mat Yusoff. - Bernama
Bernama
Tue Nov 01 2016
![Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950 Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463985647_RafiziRamli.jpg)
Mohd Rafizi (gambar) dan tiga yang lain dijatuhi hukuman denda itu selepas mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan yang dibacakan hari ini. - Gambar fail / Astro AWANI
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
[TERKINI] Sidang media khas FAM
FAM adakan satu sidang media khas petang nanti, difahamkan berkaitan rombakan. Kepimpinan tertinggi FAM atau barisan kejurulatihan skuad Harimau Malaya?
![Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950 Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-05/51463985647_RafiziRamli.jpg)
Perhimpunan 'Blackout 505': Rafizi dan tiga lain didenda RM1,950
Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan tiga yang lain masing-masing didenda RM1,950 oleh Mahkamah Sesyen bagi kesalahan menganjurkan perhimpunan 'Blackout 505'.
![Nik Nazmi didakwa anjur Perhimpunan Blackout 505 Nik Nazmi didakwa anjur Perhimpunan Blackout 505](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-10/51444125668_NikNazmiNikAhmad.jpg)
Nik Nazmi didakwa anjur Perhimpunan Blackout 505
Pertuduhan yang dikemukakan terhadap Nik Nazmi, 33, hari ini merupakan kali ketiga dia didakwa terhadap pertuduhan sama.
![Chegubard dilepas tanpa membebaskan daripada tuduhan anjur perhimpunan Chegubard dilepas tanpa membebaskan daripada tuduhan anjur perhimpunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-04/61365678490_295x200.jpg)
Chegubard dilepas tanpa membebaskan daripada tuduhan anjur perhimpunan
Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas tanpa membebaskan bekas Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Rembau Badrul Hisham Shaharin atau dikenali sebagai 'Chegubard' daripada tuduhan
![Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/51369479442_295x200.jpg)
Blackout 505: Dua anggota parlimen pohon dilepas tanpa dibebaskan
Hakim bagaimanapun menangguhkan keputusannya selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya untuk menangguhkan perbicaraan kes itu.
![Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505 Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/41375760513_295x200.jpg)
Ahli Parlimen Bukit Katil didakwa berhubung Blackout 505
Dia didakwa menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat larangan iaitu dalam perkarangan Masjid Ar-Rahman Universiti Malaya pada 22 Jun.
![Blackout 505 belum berakhir - Anwar Blackout 505 belum berakhir - Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-05/61367892772_295x200.jpg)
Blackout 505 belum berakhir - Anwar
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melaporkan bahawa himpunan Blackout 505 masih belum berakhir.