Jabatan Perhilitan Terengganu mempergiatkan usaha memburu dua lelaki termasuk seorang warga asing yang dipercayai suspek utama yang mencuri taring harimau belang betina yang mati dirempuh di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), pada 6 Februari lalu.
Pengarah Jabatan Perhilitan Terengganu Mohd Hasdi Husin berkata kedua-dua suspek yang berusia antara 20 dan 30 tahun itu mempunyai kaitan dengan kecurian terbabit selepas gambar mereka bersama harimau berkenaan menjadi viral sejak beberapa hari lalu.
"Kita harap orang ramai yang mempunyai maklumat mahupun mengenali individu ini dapat tampil bagi membantu siasatan...kita memandang serius perbuatan seperti ini kerana ia merupakan jenayah berat di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar," katanya kepada Bernama di sini.
Sejak kejadian rempuhan spesies haiwan terancam berkenaan, Perhilitan memanggil tujuh individu termasuk pemandu yang merempuh harimau berkenaan dan petugas lebuh raya.
"Lakaran wajah kedua-dua suspek telah kita peroleh dan kini usaha mengesan sedang dijalankan dan imej berkenaan sedang dianalisis bahagian pengecaman," katanya.
Difahamkan dua batang gigi taring sepanjang antara 6.4 hingga 7.6 sentimeter pada bahagian kiri mulut harimau betina berkenaan telah dicuri pada hari kejadian.
Mohd Hasdi berkata pihaknya juga sedang menganalisis rakaman kamera tertutup (CCTV) yang diletakkan di setiap rumah tol di sepanjang LPT2 berkenaan bagi mendapatkan nombor pendaftaran kenderaan yang digunakan kedua-dua suspek.
Justeru, beliau meminta kerjasama orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian itu, agar tampil ke Jabatan Perhilitan atau menghubungi talian 09-622 1460.
Dalam kejadian 1 pagi itu, harimau betina seberat kira-kira 100 kilogram itu dikatakan cuba melintas di KM321.2 lebuh raya berkenaan sebelum dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna dari arah Kuala Lumpur ke Kuala Terengganu.
Bernama
Wed Feb 17 2016
Dua suspek dipercayai telah mencuri taring harimau ini yang mati dilanggar di LPT2. - Gambar fail
Wanita 19 tahun korban keenam keracunan arak metanol
Pelancong wanita warga Australia yang dirawat akibat keracunan metanol di Vientiane, Laos, telah disahkan meninggal dunia pada Jumaat.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Ini menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat minuman keras beracun itu meningkat kepada enam individu, lapor kerajaan Thailand dalam kenyataan.
Pertabalan Raja Charles telan kos hampir RM424 juta
Pertabalan Raja Charles menelan belanja sebanyak 72 juta pound (hampir RM424 juta).
Aktivis tuang baja di Pejabat Kementerian Dalam Negeri Itali
Di Rom...pejuang iklim diketuai extinction rebellion pada Jumaat ada cara tersendiri untuk memperjuangkan kesihatan planet bumi khusus dengan perubahan iklim global yang semakin merosot.
Kualiti udara di New Delhi menjunam ke paras berbahaya
Kualiti udara di New Delhi India terus menjunam ke tahap berbahaya setakat Jumaat mengakibatkan rutin harian penduduknya terjejas selain risiko kesihatan yang terus meningkat. Berdasarkan angka indeks kualiti udara (AQI) oleh agensi pemantau kesihatan udara berpangkalan di Switzerland IQAir, kualiti udara di bandar itu terus merosot pada angka 545.
AS8.5 bilion komitmen diperoleh daripada syarikat UK
Indonesia meraih komitmen pelaburan sebanyak 8.5 bilion dolar Amerika daripada 19 syarikat terkemuka United Kingdom (UK) semasa lawatan Presiden Prabowo Subianto ke negara itu.
Polis UK laksana 'letupan terkawal' pada bungkusan misteri
Polis United Kingdom (UK) pada Jumaat bergegas ke Kedutaan Amerika Syarikat untuk melaksanakan prosedur letupan terkawal susulan penemuan bungkusan mencurigakan di perkarangan pejabat itu. Polis Metropolitan London menerusi laman media sosial X pada Jumaat mengesahkan bunyi letupan kuat yang didengari di kawasan itu adalah merupakan hasil dari proses letupan terkawal yang dilaksanakan anggota-anggotanya.
Bangunan di Lubnan runtuh akibat ledakan tepat misil Israel
Tentera rejim Zionis Israel pada Jumaat meletopkan sebuah bangunan yang terletak di Chiyah, di selatan Beirut dalam siri keganasan terbaharunya di Lubnan. Dalam visual menggerikan yang dikongsikan oleh Reuters menyaksikan orang ramai menjerit ketakutan serta terkejut dengan ledakan misil yang berlaku amat pantas.
Makaf sasar sembilan pingat emas Sukan SEA 2027
Skuad karate negara sedang mengatur strategi sebagai persediaan Malaysia menjadi tuan rumah temasya Sukan SEA 2027 dengan sasaran sembilan pingat emas.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
Presiden Persekutuan Karate Malaysia (Makaf), Datuk Nur Azmi Ahmad berkata, pencapaian pada 2001 di Kuala Lumpur perlu dijadikan sandaran berbanding kutipan enam pingat emas ketika temasya 2017.
KTMB sediakan 2 ETS tambahan KL Sentral-Padang Besar
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan dua perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bagi laluan pergi balik KL Sentral-Padang Besar, sempena sambutan Hari Natal dan cuti sekolah penggal ketiga tahun ini.
Subsidi: Wajar diteruskan, ambil langkah banteras penyelewengan
Dr Barjoyai berkata, subsidi harus diteruskan namun perlu memberi penekanan terhadap usaha membanteras penyelewengan.
Perhilitan Terengganu giat buru dua suspek curi taring harimau
Kedua-dua suspek mempunyai kaitan dengan kecurian terbabit selepas gambar mereka bersama harimau berkenaan menjadi viral sejak beberapa hari lalu.