Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah menahan seorang lelaki kerana melakukan aktiviti jual beli burung pelbagai spesies melalui laman sosial Facebook 'Geng Jual Beli Burung Penduduk Kedah'.
Pengarah Perhilitan Kedah Mohamad Hafid Rohani berkata, hasil siasatan ke atas laman sosial tersebut, anggota penguat kuasa Perhilitan melakukan serbuan ke atas kediaman lelaki berusia 32 tahun itu di Kampung Sawa Kecil, Pendang petang tadi dan menemui 14 ekor burung pelbagai spesies.
"Sebanyak 12 ekor burung Mata Putih/Kelicap Kunyit (status dilindungi), seekor burung serindit (status dilindungi) dan seekor burung Merbah Luris Leher (status dilindungi sepenuhnya) ditemui di kediaman tersebut," katanya menerusi satu kenyataan.
Mohamad Hafid berkata kejadian itu merupakan yang kedua dalam bulan ini, apabila seorang remaja juga turut ditahan pada 3 Jun lalu kerana memiliki sembilan burung pelbagai spesies antaranya burung ayam-ayam, lang sewah, burung sintar, dan burung daun.
Sekiranya disabitkan kesalahan, lelaki tersebut boleh didakwa mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716), katanya.
Bernama
Mon Jun 13 2016
Burung serindit adalah antara jenis burung yang ditemui di kediaman lelaki berkenaan ketika diserbu Perhilitan. - Foto AFP
Bayi tujuh bulan meninggal dunia di rumah pengasuh
Seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan maut selepas ditemukan tidak sedarkan di dalam buaian ketika berada dalam jagaan pengasuhnya.
Fasiliti daif jejas pengisian pegawai perubatan
Lukanisman berkata cabaran besar yang berlaku di Sabah adalah penempatan atau pengisian jawatan pegawai perubatan tidak mencapai jumlah yang optimum berikutan masih terbeban dengan fasiliti yang daif.
KKM laksana pelbagai strategi rapatkan jurang nisbah doktor di Sabah
Keutamaan kepada pegawai perubatan anak kelahiran Sabah untuk berkhidmat di negeri itu, antara strategi dan inisiatif Kementerian Kesihatan (KKM) dalam merapatkan jurang nisbah doktor khususnya di Sabah.
Enam isu rakyat diangkat ahli Parlimen Sipitang
Enam isu rakyat terutama masalah infrastruktur asas di kawasan Sipitang dibangkitkan Ahli Parlimen itu, Datuk Matbali Musah ketika membahaskan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat.
Tiada perjumpaan bersama Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands - KP Kastam
Jabatan Kastam Diraja Malaysia nafi adanya perjumpaan antara Ketua Pengarah Kastam dan Pengarah-Pengarah Kastam bersama dengan Ketua Pesuruhjaya SPRM di Genting Highlands.
Polis nafi dakwaan gagal siasat kes dokumen palsu hak milik tanah di Kedah
Polis menyifatkan dakwaan yang disebarkan melalui akaun TikTok 'Abuismailabuyaziz' itu adalah tidak benar dan berniat jahat.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
Trump - China: Pelabur mungkin cenderung kepada Jepun, India
Pemerhati pasaran melihat kemungkinan dana mengalir ke India dan Jepun ketika pelabur menilai pendirian anti-China Trump, termasuk ancaman untuk mengenakan tarif sebanyak 60 peratus ke atas barangan China.
Beli rumah apabila tawaran harga berbaloi dengan keadaan kewangan - Pakar
Keputusan yang bijak bagi pembeli rumah pertama adalah untuk membeli hartanah apabila tawaran harga yang diterima adalah munasabah dan berbaloi dengan keadaan kewangan.
Rangkaian 5G kedua dijangka dorong IIoT, sektor lebar jalur tinggi - BMI
BMI berkata rangkaian itu juga boleh menyediakan keperluan kandungan digital lebar jalur tinggi dan penyedia infrastruktur seperti penyiar dan pengendali pusat data bagi mengisi permintaan yang semakin meningkat dalam perkhidmatan dipacu data.
Perhilitan Kedah tahan lelaki buat jual beli burung melalui Facebook
Hasil siasatan ke atas laman sosial tersebut, anggota penguat kuasa Perhilitan melakukan serbuan ke atas kediaman lelaki berusia 32 tahun itu di Kampung Sawa Kecil.