PUTRAJAYA: Dua rakyat Malaysia yang berada di Sudan telah dibawa keluar dari tempat mereka dan dipindahkan ke lokasi selamat, kata Menteri Luar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir.
Beliau berkata operasi pemindahan berkenaan adalah sebagai langkah persediaan Kedutaan Malaysia di Khartoum, Sudan untuk mengumpul rakyat Malaysia di satu lokasi yang selamat bagi proses pemindahan keluar dari Khartoum kelak.
"Alhamdulillah, semalam, setelah membuat penilaian yang mendalam dan dengan mandat daripada Pasukan Khas Wisma Putra, pegawai Kedutaan Besar kita di Khartoum telah berjaya membawa keluar dua rakyat Malaysia dari tempat mereka ke lokasi selamat.
"Dalam operasi berkenaan, pegawai kita turut membantu membawa dua warga Kanada, satu warga Amerika Syarikat dan dua warga United Kingdom dari kawasan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan.
Zambry berkata meskipun operasi berkenaan amat berisiko tinggi, namun ia perlu dilaksanakan bagi menjamin keselamatan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan.
Situasi di Sudan terutama di kebanyakan lokasi di ibu negara Khartoum semakin meruncing sepanjang masa dengan pertempuran antara Tentera Sudan (SAF) dan Rapid Support Forces (RSF).
Mengulas lanjut, Zambry berkata situasi di Sudan amat kompleks dan ia berubah setiap masa dengan kedua-dua pihak yang bertelagah masih meneruskan pertempuran.
Katanya, gencatan senjata yang diusulkan beberapa kali oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Afrika (AU), Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Amerika Syarikat langsung tidak dipatuhi.
"Marilah kita memanjatkan doa dan memohon kepada Yang Maha Esa untuk menjaga dan melindungi keselamatan rakyat kita di Sudan dan operasi membawa mereka pulang ke tanah air dipermudahkan-Nya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 21 2023
Zambry berkata, situasi di Sudan ketika ini amat kompleks dan berubah setiap masa dengan kedua-dua pihak yang bertelagah masih meneruskan pertempuran. - Fail/BERNAMA
KL bersiap untuk ekspo bandar pintar pertama Asia Tenggara - Gobind
Malaysia akan menjadi negara pertama di Asia Tenggara yang akan menganjurkan Ekspo Bandar Pintar (SCE) di Kuala Lumpur mulai 17 hingga 19 Sept tahun ini.
Thailand terima 29 juta pelancong, jangka lebih ramai ketika musim puncak bermula
Thailand telah menerima ketibaan lebih 29.08 juta pelancong asing, menjana pendapatan kira-kira 1.358 trilion baht dari 1 Januari hingga 3 November tahun ini.
Sanggar Puisi 2024 usaha membugarkan budaya membaca
Objektif utama penganjuran Sanggar Puisi Perpaduan 2024 ini adalah untuk menyemarak dan membugarkan budaya membaca menerusi wahana sastera dan budaya.
KPKM bangunkan semula tanah sawah terbiar untuk tanaman padi
KPKM sedang menumpukan usaha membangunkan semula tanah sawah terbiar untuk penanaman padi sekali gus meningkatkan SSR beras negara.
KDN beri penjelasan lanjut di dewan rakyat Khamis ini
Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memberikan penjelasan lanjut mengenai Rang Undang-Undang (RUU) baharu berkaitan hukuman tahanan di rumah di Dewan Rakyat Khamis ini.
Mahasiswa diseru tidak terpengaruh dengan ideologi Khawarij
Biar pun Khawarij secara mazhab sudah hampir pupus, namun ideologi dan fahamannya yang ekstrem masih wujud, baik daripada sekecil persaingan demokrasi di pilihan raya, sehingga pertumpahan darah yang berlaku di Timur Tengah.
Kementerian Pertahanan tiada kompromi, siasatan telus
Kementerian Pertahanan bersikap telus dalam siasatan kes buli dan penderaan melibatkan seorang pegawai kadet di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) baru-baru ini.
China akan naik taraf zon perdagangan bebas
Berucap pada Majlis Pembukaan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7, Premier China, Li Qiang berkata pembukaan ekonomi adalah "kemestian" dalam memerangi peningkatan uni-lateralisme di seluruh dunia.
PM Anwar lancar Pavilion Malaysia, ACCCIM di Shanghai
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan Pavilion Malaysia sempena Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ketujuh di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shangai.
Hubungan China seperti 'sahabat yang hebat' - Anwar
Dalam pertemuan dengan Premier China, Li Qiang pada Selasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Malaysia dan China kini seperti 'sahabat yang hebat'.
Pesawat kargo ditembak jatuh disangka milik tentera, tiada mangsa selamat
Pasukan Rapid Support Forces (RSF) yang terlibat dalam konflik di Sudan dipercayai secara tidak sengaja menembak jatuh sebuah pesawat kargo selepas disangka sebagai pesawat tentera.
WFP sambut baik pembukaan semula lintasan sempadan Adre dari Chad ke Sudan
WFP sedang memperluaskan bantuan ke 14 kawasan berisiko dilanda kebuluran di Sudan, terutamanya Darfur, Kordofan, Khartoum dan Gezira.
Hampir 26 juta orang di Sudan alami krisis makanan yang teruk - PBB
Katanya, hampir 26 juta penduduk Sudan termasuk lelaki, wanita dan kanak-kanak mengalami masalah kekurangan makanan yang teruk.
WFP PBB umum segera luaskan bantuan makanan kecemasan di Sudan
WFP memperluaskan bantuan makanan kecemasan dan pemakanan di #Sudan dengan segera di tengah-tengah ancaman kebuluran yang semakin mendesak.
Angka pelarian dunia cecah hampir 76 juta orang
Bilangan penduduk hilang tempat tinggal di sempadan negara mereka sendiri meningkat kepada lebih 50 peratus dalam tempoh lima tahun lalu.
Ketua PBB gesa gencatan senjata sebelum Ramadan di Sudan
Setiausaha Agung PBB menyeru untuk gencatan senjata dalam konflik antara tentera dan kumpulan separa tentera di Sudan menjelang Ramadan.
Sudan: 700,000 kanak-kanak diancam kekurangan zat makanan
UNICEF memberi amaran bahawa puluhan ribu kanak-kanak Sudan mungkin terkorban akibat kekurangan zat makanan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sudan gesa pengunduran segera pasukan pengaman PBB
Sudan menggesa pengunduran segera misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari negara itu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Wabak taun terus merebak di Sudan - PBB
Wabak taun di Sudan terus menular di saat akses kepada penjagaan kesihatan berdepan kekangan manakala perang saudara berterusan.