JOHOR BAHRU: Insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, dilihat boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing.
Beliau berkata insiden seumpama itu tidak sepatutnya berlaku, dan penganjur program berskala besar yang bertaraf antarabangsa seharusnya lebih profesional dan bijak dalam mengendali sebarang isu atau situasi sepanjang program berlangsung bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Saya belum lagi terima laporan lebih lanjut. Bagaimanapun nasihat untuk mana-mana penganjur terutama melibatkan program-program antarabangsa, kita mesti jujur, apa-apa isu mesti duduk semeja, bincang selesaikan dan janganlah buat kecoh kerana imej negara yang baik akan terjejas di mata dunia.
"Kita tidak akan campur tangan kerana sudah menjadi siasatan polis untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Petugas Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram di Hotel Thistle, di sini malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kejadian pergaduhan ketika acara DIBW 2023 di Kota Tinggi, tiga hari lepas.
Terdahulu, tular beberapa video di media sosial dipercayai insiden pergaduhan sekumpulan individu di acara berkenaan sehingga melibatkan kerusi dan kayu.
Semalam, Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat dilaporkan berkata pihaknya telah menahan dua lelaki tempatan masing-masing yang berusia 30 dan 50 tahun, dipercayai terlibat dalam pergaduhan dan sedang mengesan mereka yang lain.
Menurut beliau pergaduhan kira-kira pukul 9 malam itu dipercayai berpunca daripada salah faham antara kumpulan peserta motosikal tempatan dan Amerika Syarikat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2023

Tular beberapa video di media sosial dipercayai insiden pergaduhan sekumpulan individu di acara berkenaan sehingga melibatkan kerusi dan kayu. - Gambar/ Media sosial
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kertas siasatan insiden gaduh DIBW sedang dilengkapkan
Polis Johor sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi.

Pergaduhan di Desaru International Bike Week boleh jejas imej pelancongan negara
Insiden pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, Sabtu lepas, dilihat boleh menjejaskan imej industri pelancongan negara.

Dua lagi lelaki ditahan disyaki terlibat insiden pergaduhan DIBW
Dua lelaki berusia 20-an dan 50-an itu ditahan ketika hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi, petang semalam.

2 ditahan disyaki terlibat pergaduhan di Desaru International Bike Week
Dua lelaki tempatan ditahan dipercayai terlibat pergaduhan ketika acara Desaru International Bike Week (DIBW) 2023 di Kota Tinggi, malam tadi.