Anak-anak yang menerima pendidikan daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), berpeluang untuk bertemu serta mengenali dengan lebih dekat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu majlis yang dinamakan Himpunan “Saya Anak MARA”.
Himpunan bertemakan "Menggenggam Langit Biru" akan diadakan Ahad ini dan dianjurkan Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (Muafakat).
Presiden Muafakat Datuk Rizal Mansor berkata himpunan itu juga dilihat menjadi antara medan pertemuan terbesar pemimpin dan warga agensi itu.
Rizal juga objektif himpunan itu antara lain bagi menghimpunkan anak-anak MARA yang berjaya, sekali gus dapat memperlihatkan hasil disumbangkan MARA selama ini, selain bagi mendorong untuk meningkatkan serta memperkasakan lagi agensi berkenaan setanding peredaran zaman.
"Lantaran itu kita pilih tema "Menggenggam Langit Biru", kerana selepas ini kita mahu MARA melahirkan lebih ramai pakar dalam bidang aeroangkasa pula," katanya.
Beliau yang juga Pegawai Khas kepada Perdana Menteri berkata selama ini banyak sumbangan dan bantuan diberikan MARA dalam bidang pendidikan yang secara tidak langsung membantu anak-anak MARA melakar kejayaan dalam karier masing-masing.
Berlangsung di hangar Kampus Subang Universiti Kuala Lumpur-Malaysian Institute of Aviation Technology (UniKL-MIAT) bermula 3 hingga 6 petang, himpunan itu dijangka dihadiri kira-kira 5,000 peserta.
Ia terbuka kepada semua anak-anak MARA termasuk warga Muafakat, Persatuan Bekas Pelajar Maktab Rendah Sains MARA (Ansara), pendidik serta warga kerja MARA di samping ibu bapa pelajar tajaan.
Ibu bapa dan bekas pelajar serta usahawan MARA turut dipelawa hadir bagi memeriahkan acara kerana selain berkesempatan berkongsi kegembiraan serta bertemu pemimpin nombor satu negara, ia juga dapat menjadi medan mengeratkan hubungan.
MARA, sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil daripada resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.
Tujuan penubuhannya antara lain membangunkan usahawan berjaya dan inovatif, melahirkan modal insan global dan berintegriti, menyumbang kepada pemilikan ekuiti dan memudahkan sistem penyampaian.
Astro Awani
Fri Apr 13 2018

Presiden Muafakat Datuk Rizal Mansor berkata himpunan itu juga dilihat menjadi antara medan pertemuan terbesar pemimpin dan warga agensi itu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: Lori sedang ditunda kemalangan di Pendang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [9/3/2025] – Komen Rasis | Kekacauan Berulang Di Selatan Thailand | Amaran Keselamatan | Penilaian Tempoh Sebulan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Pia Ernadya
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini:
- Perkauman di media sosial, polis beri amaran tindakan tegas
- Serangan di Sungai Golok, sengaja cetus huru hara
- Jangan ke selatan Thailand tempoh terdekat, amaran Kementerian Luar
- Bakar ibu, mahkamah arah anak jalani penilaian psikiatri
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

SUKMA: KBS perlu tetap dasar kekal sukan teras, tindakan pengguguran merugikan - Exco Johor
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu menetapkan satu dasar bagi mengekalkan sukan teras yang mampu menyumbang pingat pada kejohanan antarabangsa, agar tidak digugurkan pada temasya SUKMA.

Dua lelaki didenda miliki mercun, bunga api secara haram
Dua lelaki didenda di Mahkamah Majistret Dungun di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki pelbagai jenis mercun dan bunga api tanpa permit.

Dana beli ubat kanser cukup, bapa Nur Sumayyah ucap terima kasih
Bapa kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun yang menghidap kanser neuroblastoma berterima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang menyumbang dana pembelian ubat khas bagi rawatan penyakit itu.
Awani Global: Gaza - Gencatan Senjata Penuh Dan Pelan Pembangunan Semula
Sejauh mana akan berlaku rundingan gencatan senjata sepenuhnya dalam menuju pelan pembangunan semula Gaza? Apakah strategi dan komitmen pelaksanaan pelan pembinaan semula Gaza yang berlandaskan prinsip undang-undang dan rangka kerja politik yang lebih jelas? Diskusi dan analisis bersama hos Nazri Kahar dalam AWANI Global 9 malam ini

61 kawasan di Seberang Perai lakukan aktiviti tambun tanah tanpa kebenaran
Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) mengesan 61 kawasan di seluruh Seberang Perai melakukan aktiviti menambun tanah tanpa kebenaran atas kawasan bendang sejak tahun lepas.

202 lokasi PJRM di Negeri Sembilan sempena Ramadan - KPDN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sembilan melaksanakan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) di 202 lokasi di seluruh negeri sempena Ramadan.
Budaya berbuka puasa di luar
Wartawan Khalis Kadir melakukan tinjauan orang ramai berbuka puasa di Dataran Merdeka, Kuala LUmpur.

Selaraskan perundangan CCUS, elak pertindihan persekutuan dan Sarawak - TPM
Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri kini sedang berusaha untuk menyelaraskan undang-undang mengenai pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).

Asyraf Wajdi dedah ramai peminjam jumpa beliau mohon hapus hutang MARA
Duit MARA adalah duit rakyat, jadi tidak boleh sewenang-wenangnya minta hapuskan hutang, tegas Asyraf Wajdi.

Bajet 2023: RM400 juta tambah baik perkhidmatan awam, MY50 diteruskan
Ia termasuk peruntukan RM180 juta yang disediakan antara lain bagi menambah baik capaian bas awam untuk penduduk di Melaka, Kota Kinabalu dan Kuching.

TIdak wujud desakan pecat Ahli Parlimen Bera dari pimpinan parti - Mahdzir
Naib Presiden UMNO Datuk Seri Mahdzir Khalid hari ini menafikan dakwaan bahawa wujud desakan dalaman untuk memecat Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, daripada kepimpinan parti itu.

Teliti semula elaun pelajar luar negara tajaan MARA
MARA sedang meneliti kadar elaun pelajar luar negara berdasarkan kos yuran pengajian, lokasi pengajian dan kadar pembayaran utiliti.

Isu MARA: SPRM rakam keterangan tujuh individu, beberapa lagi akan dipanggil
SPRM telah merakam percakapan tujuh individu bagi membantu siasatan dakwaan salah laku dan integriti melibatkan beberapa pegawai kanan MARA.

Isu integriti pegawai kanan: MARA akan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Datuk Seri Azizah Mohd Dun memaklumkan mereka tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk salah guna kuasa dan penyelewengan.

89 peratus pelajar tajaan MARA daripada golongan B40, nafi dakwaan utamakan T20
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaja 89 peratus pelajar daripada golongan B40 tahun ini sekali gus menafikan dakwaan tajaan itu mengutamakan pelajar daripada keluarga T20.

Bayar zakat melalui Yayasan Pelajaran Mara
Keistimewaan menyumbang dengan YPM adalah individu boleh menyalurkan sumbangan secara umum ataupun spesifik kepada skim atau program yang dikendalikan oleh YPM.

MARA Corp perlu diurus golongan profesional
Masa sudah tiba untuk MARA Corp melabur dalam program perindustrian dan komersial sektor pertanian dan penternakan berasaskan makanan secara serius dan menyeluruh.

53 buah MRSM dibuka semula sejak Sabtu
Sebanyak 53 buah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh negara telah dibuka semula untuk 8,105 pelajar Tingkatan Lima pada Sabtu dan Ahad.