KUCHING: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memuji Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak menguruskan Program Vaksinasi COVID-19, kata Timbalan Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
"Perdana Menteri sangat gembira melihat kemudahan vaksinasi kami dan bilangan vaksin yang dilakukan serta kelancaran program vaksinasi kami," kata Uggah yang juga Pengerusi JPBN.
Beliau berkata semasa perbincangan jawatankuasa itu dengan Muhyiddin, yang dalam rangka kerja dua hari ke Sarawak, JPBN telah menunjukkan kepada perdana menteri kesediaannya untuk menjalankan program vaksinasi di seluruh negeri.
Menurut beliau, lebih 1.2 juta rakyat Sarawak atau 66.7 peratus daripada keseluruhan 2.8 juta penduduk negeri itu sudah mendaftar untuk suntikan vaksin tersebut.
"Kami merayu kepada beliau (perdana menteri) supaya Kuala Lumpur mempercepatkan bekalan vaksin ke Sarawak kerana rakyat Sarawak bersedia untuk menerima vaksin," katanya kepada pemberita selepas mengiringi Muhyiddin melawat pusat vaksinasi itu di Stadium Perpaduan, Petra Jaya di sini hari ini.
Turut mengiringi perdana menteri dalam lawatan itu, Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, Timbalan Ketua Menteri III Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Seri Dr Sim Kui Hian dan Pengarah Kesihatan Sarawak Dr Chin Zin Hing.
"Kami juga telah menyampaikan kepada beliau (Muhyiddin) bahawa kami memerlukan bekalan vaksin dan berharap Kuala Lumpur (kerajaan Persekutuan) akan mempertimbang untuk mempercepatkan proses vaksinasi di zon merah Sarawak. Beliau bersetuju tetapi ia bergantung kepada bekalan vaksin dari luar negara," kata Uggah.
Beliau berkata kerajaan Sarawak juga menjalankan inisiatif sendiri untuk membeli vaksin itu bagi mencukupkan bekalan dari Putrajaya dengan Dr Sim dan pasukannya kini meneruskan inisiatif itu dan telah berhubung dengan kontak mereka.
Beliau juga berkata kerajaan Sarawak sentiasa mengiktiraf peranan yang dimainkan media sebagai petugas barisan hadapan dan kini berusaha untuk membolehkan petugas media diberi suntikan vaksin COVID-19 sama seperti petugas barisan hadapan yang lain.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 01 2021
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) kelihatan beramah mesra dengan orang ramai yang sedang menerima suntikan vaksin ketika melawat Pusat Vaksinasi COVID-19 di Stadium Perpaduan hari ini. - BERNAMA
Sektor pendidikan terima RM64.1 bilion, tertinggi dalam sejarah
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Kementerian Pendidikan diberi peruntukan RM64.1 bilion peruntukan tertinggi dalam sejarah.
Kerajaan meluluskan Forest City sebagai Pulau Bebas Cukai - PM
Skim Pejabat Keluarga Tunggal telah diluncurkan untuk Zon Kewangan Khas Forest City bagi menggalakkan pengurusan dana Keluarga, kata PM Anwar Ibrahim
Belanjawan 2025: Ada ibu bapa warga emas? Ini manfaat membabitkan mereka
Belanjawan 2025 menaikkan bantuan bulanan untuk warga emas serta memperluaskan pelepasan cukai berkaitan penjagaan kesihatan dan sukan.
Peruntukan RM6.7 bilion pacu pembangunan Sabah
Cadangan peruntuk RM6.7 bilion untuk Sabah 2025 memadai untuk meneruskan projek pembangunan pada tahun akhgir Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Perkhidmatan komuniti bergerak di Sabah, Sarawak diperluas
Tambahnya Bank Simpanan Nasional (BSN) bergerak ditambah empat lagi menjadikan 12 buah terutamanya untuk Sabah dan Sarawak bagi memudahkan penyaluran bantuan kerajaan.
Usaha memperkasa pembangunan ekonomi masyarakat luar bandar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata setiap pedesaan, miskin bandar, di kampung, pedalaman dan rumah panjang diberi peruntukan antara RM50,000 hingga RM100,000
Pembangunan fasiliti di Sabah, Sarawak terus jadi fokus kerajaan
Ini apabila sejumlah RM 253 juta diperuntukkan untuk projek pembesaran Lapangan Terbang Tawau dan Lapangan Terbang Miri. Selain itu, Kerajaan Persekutuan dan Sarawak bekerjasama membangunkan Pusat Kanser Sarawak yang dianggarkan 1 bilion ringgit.
Pemberian Khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta
Kerajaan bercadang menaikkan kadar Pemberian Khas Sarawak dan Sabah sekali ganda kepada RM600 juta.
Atur kemasukan warga asing, SPRM tahan dua pegawai penguat kuasa dan ejen
Mereka dipercayai terlibat mengatur kemasukan warga asing menerusi laluan kaunter khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP).
Belanjawan 2025: Gred Turus tidak ambil kenaikan gaji tujuh peratus
Barisan Pengurusan Tertinggi penjawat awam Gred Utama iaitu Turus bersetuju untuk tidak menerima lagi kenaikan gaji sebanyak tujuh peratus dalam SSPA yang bermula 1 Disember depan.
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan petang ini, Perak, Johor kekal
Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin berkurangan setakat 4 petang ini berbanding pagi tadi, manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor kekal.
Jumlah mangsa banjir di Kedah, Perlis semakin berkurangan malam ini
Jumlah mangsa banjir di Kedah dan Perlis semakin berkurangan setakat 8 malam ini berbanding petang tadi manakala bilangan penduduk terjejas di Perak dan Johor tidak berubah.
Banjir: Jumlah PPS dan mangsa di Sarawak meningkat petang ini
Situasi banjir di kawasan selatan Sarawak mencatatkan pertambahan jumlah mangsa dan pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 5.30 petang tadi.
Banjir: Mangsa terus meningkat, Sabah dan Johor pula dilanda banjir
Kesemua mangsa yang terdiri daripada 8,355 keluarga itu ditempatkan di 210 pusat pemindahan sementara.
Sarawak siap siaga hadapi Monsun Timur Laut
JPBN mempunyai kekuatan sumber manusia seramai 5,501 anggota dalam menghadapi keadaan cuaca bermusim itu.
Banjir Perak: Jumlah mangsa terus meningkat pagi ini
Kesemua mangsa ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Kerian dan Hilir Perak.
Mangsa banjir di Perak meningkat pagi ini
Jumlah mangsa banjir di Perak meningkat kepada 329 orang daripada 94 keluarga setakat 8 pagi ini.
Mangsa banjir di Batu Pahat menurun kepada 13,872 orang malam ini
JBPN memaklumkan penutupan itu menjadikan jumlah PPS yang masih beroperasi setakat ini ialah 59 yang menempatkan 3,985 keluarga.
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menurun
Jumlah mangsa banjir di tiga negeri terus menyaksikan penurunan kepada 43,198 orang setakat 8 malam ini berbanding 45,302 orang petang tadi.
40,854 mangsa banjir di enam negeri ditempatkan di PPS
Mangsa banjir di beberapa negeri terus meningkat setakat petang ini dengan lebih 40,854 orang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).