KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke perasmian buku mengenai perjuangannya, 'Anwar Triumph' di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Ahad.
Buku nukilan peguam jenayah dan penulis dari Australia, Mark Trowell KC itu berkisarkan perjalanan Anwar dalam perjuangan beliau, yang turut menggambarkan betapa rumitnya politik Malaysia.
Karya itu juga menceritakan kejatuhan dramatik gabungan Pakatan Harapan (PH) dan gejolak politik selepas tindakan yang diambil pihak tertentu untuk mengukuhkan kuasa.
Buku setebal 195 halaman itu turut mengandungi sejarah yang berlaku kepada Anwar dalam meniti perjalanan politiknya yang penuh warna-warni.
Menurut Trowell, tajuk 'Anwar Triumph' tidak hanya menggambarkan Anwar menjadi Perdana Menteri, tetapi juga untuk menghargai gerakan reformasi, yang telah diperjuangkan oleh Presiden PKR itu selama bertahun-tahun.
Tambahnya, buku itu juga menceritakan perjalanan luar biasa Anwar yang disulami dengan kemenangan, pengkhianatan politik, dan inisiatif berani untuk memperkukuhkan negara.
Turut hadir dalam majlis pelancaran buku itu ialah isterinya yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Pada 24 November tahun lalu, PM Anwar mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 itu berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara.
Ridauddin Daud
Sun Oct 29 2023

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan) melancarkan buku ‘Anwar Triumphs’ di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

KPBKL, IKB digabungkan, dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP - Mohd Na'im
Kolej Profesional Baitulmal Kuala Lumpur (KPBKL) dan Institut Kemahiran Baitulmal (IKB) akan digabungkan dan dikenali sebagai Kolej Profesional MAIWP.

AKPK beri manfaat kepada 1.4 juta individu sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan
AKPK telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui PPK sehingga Disember 2024.

Hampir 1 daripada 10 warga emas di Korea Selatan hidap penyakit Alzheimer
Jumlah pesakit demensia di Korea Selatan juga dijangka melebihi satu juta orang tahun depan, menurut data yang dikeluarkan.

Pendatang asing disaran manfaat Program Repatriasi Migran - Saifuddin Nasution
Pendatang asing yang berhasrat pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri diminta memanfaatkan Program Repatriasi Migran yang dilanjutkan hingga April ini.

Polis Melaka galak penduduk daftar VSP
Polis Melaka akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) bagi menggalakkan lebih ramai penduduk negeri ini mendaftar dalam aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP).

KDN kaji model perjanjian antarabangsa selesai isu pencerobohan nelayan Vietnam
KDN sedang mengkaji model kerjasama antarabangsa melibatkan eksplorasi hasil laut sebagai antara usaha menyelesaikan isu pencerobohan oleh nelayan Vietnam di perairan negara.
Individu pertama dibenar keluar hospital guna jantung titanium
Seorang lelaki berusia 40-an menjadi individu pertama dibenarkan keluar dari hospital setelah dipasang jantung tiruan sepenuhnya pada Rabu.
Doktor di Sri Lanka lancar mogok, tuntut keadilan mangsa rogol
Sekumpulan doktor di Sri Lanka melancarkan mogok sehari bermula pagi Rabu sebagai tanda solidariti terhadap seorang doktor wanita yang dipercayai dirogol ketika bertugas di Hospital Pengajar Anuradhapura pada Isnin.
Perkhidmatan stesen kereta api Quetta dihentikan buat sementara waktu
Penggantungan operasi ini bertujuan meningkatkan lagi keselamatan orang ramai susulan serangan ke atas sebuah kereta api penumpang dari Quetta ke Peshawar pada Selasa yang meragut beberapa nyawa.
Tujuh negara memenuhi piawaian kualiti udara WHO
Menurut firma pemantauan kualiti udara, Switzerland IQAir, Chad dan Bangladesh adalah negara paling tercemar di dunia pada 2024, dengan purata paras asap lebih 15 kali lebih tinggi daripada garis panduan WHO.

PM Anwar seru semua pihak jadi ejen perpaduan, satukan rakyat pelbagai kaum
Perdana Menteri mengajak seluruh rakyat Malaysia agar bersama-sama menjadi ejen perpaduan dan membantu usaha Kerajaan Madani menyatukan seluruh rakyat Malaysia.

PM Anwar sampaikan sumbangan TabungKasih@HAWANA kepada pengamal media veteran
Sumbangan itu disampaikan Perdana Menteri ketika menyantuni pengamal media berkenaan pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Pengamal Media di Angkasapuri.

KBS perlu kaji semula kursus, latihan kemahiran agar selari kehendak industri - PM Anwar
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) perlu mengkaji semula kursus dan latihan kemahiran agar memenuhi kehendak industri.

Projek pembangunan dan kebajikan rakyat diteruskan di semua kawasan - PM Anwar
Perdana Menteri memberi jaminan segala projek pembangunan dan kebajikan rakyat di semua kawasan akan diteruskan.

PM Anwar ucap takziah kepada mangsa banjir di Beaufort - Shamsul Iskandar
Kerajaan persekutuan menyalurkan sumbangan RM1,000 kepada mangsa banjir melalui NADMA dan menyeru kerjasama agensi persekutuan serta negeri dalam misi pascabanjir.

Kerajaan mahu guna kepakaran anak tempatan tingkat keselamatan siber negara
Mesyuarat Keselamatan Siber Negara membincangkan trend penurunan insiden keselamatan siber dan pelaksanaan Akta Keselamatan Siber 2024.

PM Anwar dijadual terima kunjungan hormat Duta AS ke Malaysia petang ini
Mereka akan membincangkan hubungan dan kerjasama antara Malaysia dan AS, serta kepengerusian ASEAN 2025.

PM arah PETRA kemuka cadangan cara manfaatkan air hujan
Fadillah menyatakan bahawa kajian dan cadangan mengenai perkara ini sudah dilaksanakan dan akan dikaji untuk pelaksanaan projek.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

LHDN tumpu pelaksanaan e-Invois, pembesaran asas cukai dan inisiatif baharu
Sistem taksir sendiri bagi duti setem dan sistem taksir sendiri cukai keuntungan harta tanah serta cukai aktiviti perniagaan Labuan juga akan diberikan penekanan.