KUALA TERENGGANU: Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini.
Mohamad Fazley Jaafar, 29, membuat pengakuan itu setelah pertuduhan dibacakan semula di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli.
Bagaimanapun, rakannya yang juga seorang guru, Mohd Hasfyanizam Mansor, 48, mengekalkan pengakuan tidak bersalah dalam kes sama.
Susulan itu, Timbalan Pendakwa Raya Iffah Nabihah Mohd Ishak memohon mahkamah menetapkan tarikh lain untuk sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Semasa prosiding, Iffah Nabihah memohon agar tiada jaminan diberikan namun peguam Ghazali Ismail memohon budi bicara mahkamah untuk memberikan jumlah yang rendah atas alasan kedua-dua anak guamnya adalah ketua keluarga dan mempunyai isteri serta anak-anak masih bersekolah yang perlu ditanggung.
Mohd Zul Zakiqudin membenarkan setiap tertuduh diikat jamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan Mohamad Fazley serta Mohd Hasfyanizam masing-masing melapor di Balai Polis Kerteh dan Balai Polis Kuala Terengganu setiap bulan.
Mahkamah kemudian menetapkan 22 April ini sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen.
Pada 21 Mac lepas, Mohamad Fazley mengaku bersalah selepas tiga kali menukar pengakuan bagi kesalahan itu dan mahkamah menetapkan hari ini untuk menjatuhkan hukuman ke atasnya dan sebutan semula kes bagi Mohd Hasfyanizam yang diarah mendapatkan khidmat peguam untuk permohonan jaminan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah kondominium di Jalan Sultan Omar di sini pada 2.35 pagi 11 Mac lepas mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh berdepan hukuman maksimum penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 31 2024

Mohamad Fazley dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini. - Gambar/ Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Suami isteri didakwa perdagang tiga wanita ke Yaman
Sepasang suami isteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan memperdagangkan tiga wanita tempatan ke Yaman, sejak Mei tahun lepas.

Perdagang wanita untuk eksploitasi seks: Buruh tukar pengakuan kepada tidak bersalah
Seorang buruh binaan yang didakwa memperdagang seorang wanita berusia 29 tahun bagi tujuan eksploitasi seks pada 11 Mac lepas hari ini menukar pengakuan kepada tidak bersalah.