ALOR GAJAH: Pelaksanaan percubaan 'Zon Bebas Kenderaan', yang melibatkan penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir di sini semalam selama enam jam, berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak.
Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh bagaimanapun berkata kerajaan negeri akan membuat kajian terperinci, berkaitan aliran trafik di laluan sekitar kawasan berkenaan berdasarkan percubaan pertama inisiatif berkenaan.
"Aliran trafik di kawasan terlibat nampaknya tidak begitu sesak, kerana jalan lingkaran luar dari kawasan yang ditutup terutama sekitar Bangunan Merah, dapat dikawal dengan baik.
"Perkara ini kita akan tambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan aduan atau respons daripada orang awam, sepanjang pelaksanaan 'Zon Bebas Kenderaan'," katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Melaka.
Turut hadir Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli Abdul Halim dan Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam.
Ab Rauf berkata berdasarkan tinjauan yang dilakukannya di lapangan semasa pelaksanaan inisiatif itu, kebanyakan peniaga dan pengusaha kecil dan sederhana di kawasan berkenaan, menyambut baik langkah tersebut yang dilihat memberi manfaat kepada mereka.
Beliau berkata penutupan jalan berkenaan memberi ruang kepada peniaga untuk berniaga di kaki jalan atau di luar premis mereka, sekali gus meningkatkan pendapatan.
"Rata-rata peniaga yang ditemui semalam memberi respons positif, kerana mereka dapat membuka kedai hingga lewat malam dan laluan yang ditutup itu membolehkan pelancong singgah ke kedai mereka," katanya.
Semalam, kerajaan negeri Melaka melaksanakan 'Zon Bebas Kenderaan' secara percubaan setiap Sabtu bermula 6 petang hingga 12 tengah malam.
Penutupan jalan sejauh kira-kira 2.3 kilometer itu, melibatkan Jalan Istana, Jalan Mahkamah, Jalan Gereja, Lorong Gereja, Jalan Laksamana serta sebahagian Jalan Tun Khalil Yaakob dan Jalan Merdeka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 20 2023

Pelaksanaan percubaan 'Zon Bebas Kenderaan', yang melibatkan penutupan sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir di sini semalam selama enam jam, berjalan lancar dan mendapat kerjasama baik daripada semua pihak. - Foto FB Ab Rauf Yusoh

AirBorneo: Sarawak bakal peroleh model pesawat jenis ATR 72-600 baharu
Sarawak telah membuat persiapan untuk memperoleh model pesawat ATR 72-600 yang baharu bagi operasi perkhidmatan udara luar bandar (RAS) di negeri itu.

Google Photos kelak tidak akan menyimpan imej RAW secara automatik
Imej DNG akan disimpan dalam folder tersendiri dan dikenal pasti sama ada telah diproses atau belum.

Kiosk Sentuhan Madani kedua di KL Sentral akan dilancar esok
Kerajaan akan memperluaskan inisiatif Kiosk Sentuhan Madani ke lokasi strategik kedua di Stesen Sentral Kuala Lumpur (KL Sentral).

Lelaki langgar mati suami isteri mengaku tidak bersalah memandu bawah pengaruh dadah
Tertuduh, Ng Ju Han, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi.

Kes kolej vokasional: Tertuduh pertama dakwa hanya tolak, tepis bahu mangsa
Tertuduh pertama dalam kes bunuh pelajar Kolej Vokasional Lahad Datu memberitahu bahawa dia tidak memukul mangsa ketika di bilik asrama, sebaliknya hanya menolak serta menepis bahu.
Suruhanjaya Eropah umum langkah balas terhadap tarif AS
Suruhanjaya Eropah pada Rabu mengumumkan pelaksanaan langkah balas terhadap tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat terhadap blok negara berkenaan.
[TERKINI] Bukan 'bailout', pelaburan dalam Sapura Energy langkah strategik
Kerajaan menafikan pembiayaan RM1.1 bilion kepada Sapura energy sebagai tindakan 'bailout' terhadap syarikat berkenaan, sebaliknya ia merupakan langkah pelaburan strategik.

ACLE: Jaringan Obregon dibatal VAR, ini penjelasan Subkhiddin
JDT terpaksa akur jaringan Suphanat Mueanta di separuh masa kedua bertindak sebagai pemisah sekali gus menyingkirkan JDT daripada kejohanan.

Projek LRT Laluan Mutiara: 100 lot tanah akan diambil
Kerja fizikal projek LRT dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini, dengan tender untuk Pakej Tiga Projek LRT telah dibuka sejak Disember 2024.

Zayn Rayyan alami masalah pertuturan serius - Doktor
Zayn Rayyan didiagnosis sebagai receptive and expressive language delay.

Zon Bebas Kenderaan alternatif, bebaskan bandar daripada kenderaan bermotor
Ia bukan sahaja sebagai kaedah mengurangkan kesesakan lalu lintas, tetapi juga komitmen terhadap kelestarian dan kesejahteraan rakyat.

Zon Bebas Kenderaan: MBMB tambah baik pengeluaran notis perubahan laluan
MBMB akan menambah baik aspek pengeluaran notis pemakluman perubahan laluan atau lencongan jalan di sekitar Banda Hilir, sepanjang pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan,

Penambahbaikan sentiasa dilakukan di Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir - Exco
Setakat ini pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan menunjukkan kesan positif khususnya peniaga di kawasan sekitar sejak inisiatif berkenaan dilakukan pada 19 Ogos tahun lepas.

Zon Bebas Kenderaan kini 21 jam hingga Februari
Pelaksanaan itu bagaimanapun masih dilakukan selama tiga hari iaitu Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 1 pagi.

Melaka tambah baik kemudahan, fasiliti pastikan zon bebas kenderaan berjalan lancar
Kerjasama dengan pihak polis turut dipertingkatkan bagi membantu mengatasi dengan segera masalah kesesakan lalu lintas.

Zon Bebas Kenderaan: Sebahagian jalan di Banda Hilir akan ditutup setiap Sabtu
Sebahagian jalan di sekitar Banda Hilir akan ditutup selama enam jam setiap Sabtu bermula minggu ini sebagai langkah percubaan pelaksanaan "Zon Bebas Kenderaan".