KUALA LUMPUR: Malaysia perlu mengambil pendekatan berasaskan risiko dalam pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) ketika kerajaan memperhebatkan usaha vaksinasi, demikian pandangan pakar kesihatan awam, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman.
Menurut beliau yang juga profesor kesihatan awam dan Pro Naib Canselor Universiti Perubatan Antarabangsa, Kuala Lumpur, bagi memaksimumkan bekalan vaksin yang ada, vaksinasi penduduk warga tua dan mereka yang mempunyai komorbiditi perlu dipercepatkan.
Usaha vaksinasi juga perlu ditumpukan ke kawasan bandar yang padat dengan penduduk dan aktiviti ekonomi yang tinggi.
Dr Lokman berkata, memandangkan kebanyakan kes COVID-19 adalah penularan tempatan, mereka yang tinggal dan bekerja di kawasan berkenaan berhadapan dengan risiko tinggi jangkitan.
"Kita boleh mula dengan mensasarkan program vaksinasi di kawasan bandar serta pinggir bandar di negeri yang menanggung beban kes COVID-19 serta kes kematian yang tinggi, " beliau memberitahu Bernama baru-baru ini, sambil menambah, beban itu juga tidak sepatutnya berasaskan nombor sahaja tetapi juga kadar kebolehjangkitan.
Dalam perkara ini, beliau menjelaskan, Labuan perlu diberi keutamaan untuk vaksinasi besar-besaran kerana kadar kebolehjangkitan COVID-19 yang tinggi untuk setiap 100,000 orang penduduk.
"Labuan adalah pusat ekonomi luar pesisir yang penting tetapi infrastruktur penjagaan kesihatan yang sederhana sahaja dan hanya di peringkat Hospital Daerah sahaja. Memandangkan penduduknya hanya kira-kira 100,000 orang, semua yang layak boleh diimunisasi dalam tempoh sehari atau dua sahaja, " katanya.
Menurut Dr Lokman Hakim, kerajaan juga perlu fokus kepada program vaksinasi di Lembah Klang, terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Seremban, yang menyumbang lebih daripada 50 peratus kes harian baharu COVID-19 di Malaysia.
"Jika kita dapat mengawal penularan COVID-19 di Lembah Klang, kita mampu mengendalikannya di seluruh Malaysia.
"Dengan mengawal kadar jangkitan di Lembah Klang, kita akan juga meminimumkan risiko jangkitan menular ke negeri lain menerusi pergerakan rentas negeri," kata beliau yang juga ahli Kumpulan Penasihat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), untuk Program Kesiapsiagaan Pandemik Influenza.
Keberkesanan vaksin
Mengulas tentang keberkesanan vaksin terhadap jangkitan akibat varian COVID-19 yang lebih ganas iaitu Delta dan Alpha, Dr Lokman Hakim berkata, data yang diterbitkan baru-baru ini hasil kajian Public Health England pada April dan Mei, menunjukkan kadar keberkesanan vaksin Pfizer-BioNTech terhadap varian Delta adalah 88 peratus, iaitu dua minggu selepas dos kedua diberi. Ini berbanding kadar keberkesanan 93 peratus terhadap varian Alpha.
Public Health England adalah agensi eksekutif Department of Health and Social Care di United Kingdom.
Sementara itu, dua dos vaksin AstraZeneca mempunyai kadar keberkesanan 60 peratus terhadap simptomatik penyakit dari varian Delta, berbanding 66 peratus keberkesanan untuk varian Alpha.
Kedua-dua vaksin didapati mempunyai kadar keberkesanan 33 peratus terhadap simptomatik varian Dekta, tiga minggu selepas dos pertama diberi, berbanding sekitar 50 peratus keberkesanan menentang varian Alpha.
"Ketika ini, kita hanya ada data awal yang dterbitkan untuk vaksin AstraZeneca dan Pfizer, tetapi kita tak tahu data untuk vaksin lain, " kata Dr Lokman Hakim sambil menekankan bahawa, meskipun sesetengah vaksin mungkin menunjukkan kadar keberkesanan yang rendah, vaksin berkenaan secara umumnya masih berkesan sebagai alat perlindungan intervensi kesihatan awam untuk mencegah jangkitan COVID-19.
Beliau berkata, WHO menganggap sebarang vaksin dengan kadar keberkesanan sekurang-kurangnya 50 peratus sebagai cukup baik untuk intervensi kesihatan awam.
Delta (B.1.617.2, India) adalah salah satu daripada empat varian of concern (VOC) COVID-19 yang sedang dipantau di peringkat global. Varian lain adalah Alpha (B.1.1.7, UK), Beta (B.1.351, Afrika Selatan) dan Gamma (P.1, Brazil).
Varian terkini COVID-19 yang diketengahkan oleh WHO adalah Lambda (C.37), yang pertama kali muncul di Peru pada Ogos 2020.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam ciapan pada 5 Julai menyatakan, varian Lambda dikesan di lebih 30 buah negara dan adalah "lebih ganas daripada Delta".
Varian Delta gelombang maut d India
Mengulas tentang varian Delta, Dr Lokman Hakim berkata, ia dikaitkan dengan gelombang ganas COVID-19 di India pada April dan Mei tahun ini apabila negara itu melaporkan lebih daripada 400,000 kes harian baharu.
Varian ini juga dikaitkan dengan kemunculan jangkitan koronavirus itu di United Kingdom, Nepal and negara Asia Tenggara yang lain.
Bagaimanapun, tambah beliau, secara epidemiologinya, adalah sukar untuk memastikan secara tepat peranan varian ini memandangkan terdapat faktor lain yang mengelirukan, seperti perhimpunan serta aktiviti beramai-ramai, untuk kemunculan kes COVID-19 di negara berkenaan.
"Varian Delta dikatakan 60 peratus lebih mudah berjangkit berbanding varian Alpha yang pertama kali dikesan di UK pada penghujung tahun 2020, " katanya.
Beliau menyatakan, perkara paling dibimbangkan dengan varian Delta ialah ia paling "ganas" berbanding varian yang muncul.
"Ini bermakna, varian Delta mudah menyebabkan jangkitan sekiranya varian itu dapat melekat kepada hos baharu. Mereka yang mudah terdedah kepada penyakit, mudah juga menjadi sakit dan menderita jangkitan yang teruk serta mungkin maut kerananya, " katanya, sambil menambah, varian Delta mungkin boleh menyebabkan jangkitan meskipun mengamalkan peraturan penjarakan satu meter dan tanpa bersembang dekat lebih daripada 15 minit.
"Anda mungkin memakai pelitup muka tetapi dalam keadaan tertutup dengan pengudaraan yang lemah, anda mungkin tidak dapat melindungi mata anda kerana zarah virus yang terampai mungkin boleh masuk ke dalam badan anda menerusi konjunktiva mata.
"Oleh yang demikian, dalam persekitaran kecil yang tertutup seperti tandas atau bilik mesyuarat yang kecil, dengan pengudaraan yang lemah, virus mungkin terampai di udara untuk jangka masa yang panjang, yang meningkatkan jangkitan. Memandangkan varian ini mudah menjangkiti orang, risiko untuk anda dijangkiti juga tinggi, " jelasnya.
Ditanya bagaimana orang ramai boleh melindungi diri mereka daripada varian baharu itu, Dr Lokman Hakim berkata, daripada perspektif kesihatan awam, orang ramai mesti terus berjaga-jaga untuk melindungi diri mereka dengan memakai pelitup muka, mengelakkan diri daripada tempat yang sesak serta bilik yang lemah pengudaraannya.
"Mereka juga perlu segera mengambil vaksin. Kerajaan mengambil langkah terbaik dengan melaksanakan program vaksinasi secepat mungkin sebelum varian baharu boleh mencetuskan masalah yang teruk, " tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 12 2021
Usaha vaksinasi juga perlu ditumpukan ke kawasan bandar yang padat dengan penduduk dan aktiviti ekonomi yang tinggi. - Bernama
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Setahun solidariti, sokongan global untuk Palestin di tengah-tengah genosid berterusan Israel
Ribuan manusia di seluruh dunia turun ke jalanan untuk menyuarakan sokongan kepada Palestin dan menuntut keadilan.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
Rai ulang tahun ke-125, alumni Convent Bukit Nanas anjur majlis makan malam 2 November
Sejak pandemik COVID-19 bermula, Persatuan Alumni Convent Bukit Nanas (CBN) memulakan inisiatif memberi sokongan kepada pelajar terkesan dengan melancarkan program bantuan untuk pelajar B40.
Felda mahu pupuk hubungan perniagaan Malaysia dan Indonesia
Felda bersedia untuk menghubungkan syarikat Malaysia, khususnya unit perniagaannya dengan firma dalam KEIND untuk meneroka peluang baharu di kedua-dua negara dan antarabangsa.
COVID-19 jejas kemajuan dalam mengurangi kemiskinan - KRI
Kemiskinan mutlak meningkat dari 2019 hingga 2022, terutamanya dalam kalangan isi rumah bandar, menokok kepada 4.5 peratus menjelang 2022 berbanding hanya 3.8 peratus pada 2019.
Invest Malaysia Iskandar 2024: Gerbang pertumbuhan ekonomi Asia Tenggara
Menjelang Invest Malaysia Iskandar 2024 esok, jangkaan semakin meningkat untuk acara penting ini yang telah meletakkan kedudukannya sebagai platform utama dalam membentuk masa depan pelaburan.
Perintah Mahkamah Majistret halang Siti Kasim daripada perhimpunan 2022 adalah sah
Hakim memutuskan perintah itu dikeluarkan untuk mengawal atau mencegah penyebaran virus COVID-19 pada masa itu.
Amazon arahkan pekerja kembali bekerja di pejabat lima hari seminggu
Pekerja Amazon diarah kembali bekerja sepenuh masa di pejabat, dengan menekankan kepentingan bekerja secara bersemuka.
Makanan tradisional Bajau Seri Semporna ubati kerinduan perantau
Meskipun nasib tidak menyebelahi Azreena apabila terpaksa menutup restoran ketika musim pandemik, setahun kemudian mereka mampu bangkit kembali.
Pesta Air Kuala Perlis medium rapatkan hubungan masyarakat
Pesta Air Kuala Perlis antara acara tradisi di Perlis sejak tahun 50-an, kini kembali selepas kali terakhir dianjurkan pada 2019.
MyPELINDUNG 2024: Jamin kehidupan selamat bersama COVID-19
Kempen MyPELINDUNG 2024 terus membantu rakyat Malaysia untuk menyesuaikan diri dengan norma baharu.
Konsulat Malaysia di Pontianak anjur majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67
Konsulat Malaysia di Pontianak, Kalimantan Barat mengadakan majlis resepsi Hari Kebangsaan ke-67 pada malam Sabtu yang dihadiri 300 tetamu termasuk Pemangku Gabenor Kalimantan Barat, Harisson dan iste