Perbuatan menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, yang dikenal pasti sebagai sebuah jet komersial, merupakan tindakan yang secara jelas mencabuli undang-undang, standard dan konvensyen antarabangsa, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Ketua pengarah dan ketua pegawai eksekutifnya Tony Tyler berkata pesawat Boeing 777 itu diletupkan di udara ketika memperkenalkan diri dan memaklumkan kehadirannya di koridor terbuka dan sibuk pada ketinggian yang dikira selamat.
Menurut beliau, kerajaan dan penyedia perkhidmatan pandu arah memaklumkan kepada syarikat penerbangan tentang laluan yang boleh dilalui mereka serta sekatan yang ada, manakala syarikat penerbangan pula akan mematuhi panduan yang diberi itu.
"Itulah yang terjadi kepada MH17," katanya dalam kenyataan mengenai penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur itu, yang dipercayai ditembak jatuh oleh misil permukaan bumi ke udara Khamis lepas ketika terbang di ruang udara wilayah Donetsk di timur Ukraine.
Pesawat Malaysia itu membawa 298 penumpang dan anak kapal.
Tyler berkata segala usaha perlu dilakukan untuk memastikan "pencabulan seperti ini tidak berulang".
Kerajaan, katanya, perlu menerajui usaha untuk menilai kembali cara risiko ruang udara dilakukan selama ini.
"Dan industri pula akan berusaha sedaya upaya untuk memberi sokongan kepada kerajaan melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dalam tugas rumit yang akan dihadapi itu," katanya.
Bernama
Tue Jul 22 2014
TYLER: Kerajaan perlu menerajui usaha untuk menilai kembali cara risiko ruang udara dilakukan selama ini. -gambar fail
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Pesawat KLM berpatah balik selepas alami masalah teknikal
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dikendalikan syarikat penerbangan Belanda, KLM berpatah balik ke Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam sejurus berlepas selepas dipercayai mengalami masalah teknikal.
Pesawat MH17 ditembak jatuh peluru berpandu buatan Rusia - Mahkamah Belanda
Mahkamah Belanda memutuskan pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh pada 2014 oleh peluru berpandu buatan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
COVID-19: Penunjuk perasaan bantah langkah sekatan kerajaan Belanda
Pihak berkuasa tempatan melarang perhimpunan berkenaan dan mempunyai petunjuk bahawa penunjuk perasaan merancang keganasan.
Banjir di Belanda, rakyat Malaysia selamat - Kedutaan
Semua rakyat Malaysia yang berada di bandar Maastricht dan Valkenburg, Belanda yang dilanda banjir, dilaporkan selamat, kata Kedutaan Malaysia di The Hague.
Negara anggota JIT memperingati ulang tahun ke-7 nahas MH17
Pasukan penyiasat bersama (JIT) MH17 merangkumi lima negara umum kekal komited mencari keadilan dan membawa ke muka pengadilan.
Wartawan jenayah Belanda cedera parah ditembak
Peter R De Vries ditembak selepas membuat kemunculan dalam sebuah rancangan bual bicara di televisyen.
Euro 2020: Lapan negara sah benarkan penonton
Venue di Amsterdam, Baku, Bucharest, Budapest, Copenhagen, Glasgow, London dan St Petersburg akan membenarkan kemasukan penonton dengan tahap kapasiti yang berbeza.
Suspek serangan kereta api Paris dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
Tertuduh, Ayoub El Khazzani, 31 tahun, yang berasal dari Maghribi, dipenjara seumur hidup dengan jaminan 22 tahun.
MH17: Suspek nafi terlibat insiden tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines
Salah seorang suspek yang didakwa dalam perbicaraan kes tembak jatuh pesawat Malaysia Airlines MH17 menafikan penglibatannya.