KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoal tindakan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang tidak membuat sebarang laporan polis mengenai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Sewaktu menyoal balas Pegawai Teknologi Forensik SPRM Nor Fadhilah Mohd Salleh, Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Saddiq berkata, rakaman video yang didapati oleh saksi pendakwaan itu menunjukkan Muhyiddin juga telah mengeluarkan wang tanpa melalui mesyuarat.
Ketika ditanya mengapa tiada laporan polis dibuat, Nor Fadhilah menjawab, tugasnya sebagai pegawai forensik hanya untuk mengeluarkan video tersebut.
Gobind: Di situ ada sebut tentang mesyuarat. adakah puan dengar wang dikeluarkan Presiden Bersatu?
Nor Fadhilah: Ya
Gobind: Siapa Presiden Bersatu waktu itu?
Nor Fadhilah: Saya tak pasti
Gobind: Tan Sri Muhyiddin Yassin?
(Tiada jawapan)
Gobind: Dikatakan ada wang dikeluarkan tanpa mesyuarat, ada kamu buat laporan polis?
Nor Fadhilah: Tidak
Gobind: Bila ada jenayah, kamu berhak buat laporan SPRM, dalam laporan tersebut presiden PPBM
(Muhyiddin) keluarkan wang tanpa mesyuarat. Kenapa melindungi Tan Sri Muhyiddin Yassin?
Nor Fadhilah: tugas saya sebagai forensik hanya mengeluarkan video ini sahaja
Gobind: kamu sendiri kata ada maklumat itu, kenapa tak buat laporan terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin? Saya minta MACC beri penjelasan, kenapa lindungi Perdana Menteri?
(Nor Fadhilah tidak menjawab)
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid: Saya mengambil maklum tiada jawapan dari saksi.
Terdahulu Bernama melaporkan seorang lagi saksi, Muhammad Khairi Muhammad Rodi sebagai berkata, SPRM tersebut tidak pernah menyalahgunakan kuasanya untuk mengenakan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
BACA: SPRM tidak pernah salah guna kuasa kenakan Syed Saddiq - Pegawai penyiasat
Pegawai Penyiasat SPRM itu dilaporkan sebagai berkata, siasatan dijalankan bagi mencari sumber wang yang dilaporkan hilang, selain untuk mengetahui sama ada terdapat kesalahan di bawah Akta SPRM 2009.
Katanya lagi, sebarang aduan dan maklumat yang diterima oleh SPRM akan disiasat terlebih dahulu dan oleh yang demikian, tiada seksyen spesifik di bawah Akta SPRM diletak ketika aduan dibuat.
"Saya tidak setuju siasatan ini adalah untuk kenakan YB Syed Saddiq kerana apa jua aduan dan maklumat yang diterima, kami akan teruskan dengan siasatan. Jadi, tiada siasatan terpilih atau siasatan untuk mengenakan orang di dalam kes ini.
"Saya pergi ke rumah YB Syed Saddiq untuk mendapatkan dokumen atau maklumat yang boleh membantu siasatan saya ketika itu," katanya ketika pemeriksaan semula oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin pada perbicaraan kes Syed Saddiq, pada Selasa.
Muhammad Khairi selanjutnya dilaporkan berkata, aduan yang dibuka terhadap Syed Saddiq di bawah Akta SPRM 2009 adalah secara am namun siasatannya menjurus kepada Seksyen 27 Akta SPRM 2009 iaitu berkaitan laporan palsu.
Syed Saddiq, 29, didakwa bersubahat dengan Rafiq Hakim Razali iaitu Penolong Bendahari Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia yang diamanahkan dengan dana berjumlah RM1 juta, untuk melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana itu di CIMB Bank Berhad, Menara CIMB KL Sentral, Jalan Sentral 2 di sini pada 6 Mac 2020.
Bagi pertuduhan kedua, Syed Saddiq didakwa menyalahgunakan RM120,000 daripada akaun Maybank Islamic Berhad milik Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk diri sendiri dengan menyebabkan Rafiq Hakim melupuskan wang itu di Malayan Banking Berhad, Jalan Pandan 3/6A, Taman Pandan Jaya di sini antara 8 hingga 21 April 2018.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan melibatkan diri dalam aktiviti pengubahan wang haram iaitu memindahkan wang masing-masing RM50,000 dalam akaun Maybank Islamic Berhad miliknya ke akaun Amanah Saham Bumiputera miliknya, yang merupakan hasil aktiviti haram, di sebuah bank di Jalan Persisiran Perling, Taman Perling, Johor Bahru pada 16 dan 19 Jun 2018.
Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Azhar Abdul Hamid bersambung esok.
Astro Awani
Tue Jul 19 2022
Ditanya mengapa tiada laporan polis, Pegawai Teknologi Forensik SPRM Nor Fadhilah Mohd Salleh menjawab, tugasnya sebagai pegawai forensik hanya untuk mengeluarkan video bukti. - Gambar fail
Israel, Hezbollah setuju terima perjanjian gencatan senjata - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata akan berkuat kuasa mulai 4 pagi Rabu (waktu tempatan).
Mohon maaf kepada rakyat Jepun, China bukan isu papan tanda - Menteri Pelancongan
Permohonan maaf yang dibuat kepada rakyat Jepun dan China baru-baru ini ialah berhubung insiden kemalangan, kata Tiong King Sing.
Pasca Pemilu: 207 juta rakyat Indonesia kembali memilih dalam Pilkada serentak hari ini
Proses pasca Pemilihan Umum (Pemilu) dan Pemilihan Presiden (Pilpres) itu akan melibatkan 37 provinsi, 415 kabupaten dan 93 kota di seluruh Indonesia.
[ANALISIS] Jokowi lawan Megawati
Sepatutnya pertandingan merebut jawatan Gabenor Jateng adalah proses pemilihan biasa tetapi terdapat drama dan intrig politik tersendiri.
Penyokong Imran Khan tiba di Islamabad walaupun berlaku kematian dan pertempuran
Pertempuran penyokong Imran Khan dengan polis dan renjer separa tentera meragut beberapa nyawa memaksa kerajaan meminta bantuan tentera.
Imigresen, MPAJ gempur apartmen Pandan Mewah, 119 pendatang tanpa izin ditahan
Jabatan Imigresen tahan 119 pendatang dalam operasi bersepadu bersama MPAJ, PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara di Apartmen Pandan Mewah.
Piala Remaja Asia Lelaki: Young Tigers bermula garang, belasah China 5-2
Skuad remaja negara memulakan kempen Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) 2024 dengan cemerlang apabila membelasah China 5-2 dalam aksi pembukaan.
31 diselamatkan, 4 mayat ditemukan selepas bot pelancong karam di Laut Merah
Bot berkenaan yang membawa 44 orang, karam berhampiran bandar pesisir pantai Marsa Alam pada awal pagi Isnin.
Negara EU perlu patuhi waran tangkap ICC terhadap Netanyahu - Ketua Dasar Luar EU
Josep Borell berkata bahawa dwi-standard seperti ini akan membawa kepada kritikan teruk terhadap EU.
PKS perlu segera sepadukan amalan ESG dalam operasi perniagaan - BNM
Penguatkuasaan global dalam peraturan ESG oleh negara tertentu beri kesan kepada pengeksport Malaysia yang terlibat dalam rantaian bekalan.
Perbicaraan Syed Saddiq: Gobind persoal mengapa tiada tindakan SPRM terhadap Muhyiddin
Pasukan pembelaan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mempersoal tindakan seorang pegawai SPRM yang tidak membuat sebarang laporan polis mengenai Pengerusi Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.