Perbicaraan kes saman Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail terhadap Naib Presiden PKR Mohd Rafizi Ramli dan Malaysiakini berhubung kenyataan berkaitan pinjaman membeli hartanah KL Eco City, akan bermula 8 Dis ini.
Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Azizul Azmi Adnan menetapkan tarikh itu dengan dihadiri peguam Noor Farhah Mustaffa mewakili Mohamad Salleh yang merupakan pengerusi eksekutif National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) dan syarikat berkenaan selaku plaintif.
Prosiding di dalam kamar itu turut dihadiri peguam Razlan Hadri Zulkifli, mewakili Mohd Rafizi dan pemilik portal berita Malaysiakini iaitu Mkini Dotcom Sdn Bhd yang dinamakan sebagai defendan dalam kes saman fitnah yang difailkan pada 3 Jun 2013.
Razlan Hadri ketika ditemui pemberita berkata mahkamah menetapkan 8, 9, 10, 11 dan 16 Dis untuk perbicaraan kes itu sebelum tarikh bicara sebelum ini pada 26 Okt dilapangkan.
Dalam pernyataan tuntutannya, Mohamad Salleh mendakwa pada 7 Mac 2012, Mohd Rafizi mengeluarkan kenyataan fitnah pada sidang akhbar di ibu pejabat PKR berhubung pembelian hartanah KL Eco City dan berita itu disiarkan dalam Malaysiakini pada hari sama.
Mohamad Salleh mendakwa saman itu dibuat berikutan kerugian yang ditanggung beliau berikutan pembohongan, maklumat yang mengelirukan, pendedahan maklumat sulit perbankan dan fitnah oleh defendan.
Sehubungan itu, Mohamad Salleh memohon ganti rugi am, teladan dan ganti rugi teruk, faedah, kos dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Beliau juga memohon injunksi bagi menghalang defendan daripada terus mengelirukan dan menipu orang ramai berhubung isu pinjaman itu.
Bernama
Fri Oct 16 2015
Kes ini berkaitan pembelian hartanah KL Eco City.
Wanita Vietnam ditahan susulan kebakaran tiga rumah di Manjung
Semakan CCTV mendapati kelibat seorang lelaki bawa dua tong berisi cecair bahan bakar ke arah rumah mangsa dan melarikan diri selepas api mula menyala.
Banduan Islam di penjara Narathiwat dihidang makanan halal - Jurucakap
Enam tahanan Malaysia yang berada di penjara berkenaan berkeadaan baik dan mereka tidak membuat apa-apa aduan setakat ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [9 November 2024]
Antara fokus Awani Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
1. MTL dijangka kemuncak pada penghujung November
2. PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
3. SPRM: Siasatan menjurus ke arah kenal pasti aset diperoleh FashionValet
ARRC: Hafizh Syahrin manfaat fasiliti berkelas dunia JDT di Padang Seri Gelam
Hafizh sedang melakukan persediaan menjelang pusingan terakhir ARRC 2024 di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bermula 6 hingga 8 Disember depan.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Lawatan PM Anwar ke Mesir tingkatkan hubungan dua hala - Duta
PM Anwar mengadakan lawatan rasmi ke Mesir bermula hari ini hingga 12 November atas jemputan jemputan Presiden Abdel Fattah El-Sisi.
Trump peroleh AS$500 juta hanya dengan satu hantaran di media sosial
Selepas menulis beliau tidak berhasrat menjual kepentingannya, dengan serta-merta, nilai saham berkenaan melonjak sehingga hampir 15 peratus.
Mourinho didenda, digantung kerana kritik pegawai perlawanan di Turkiye
Tindakan Mourinho dianggap "bercanggah dengan semangat kesukanan, etika sukan atau konsep permainan adil" dan "mengurangkan nilai" bola sepak di Turkiye.
SPRM ambil keterangan bekas pegawai khas Najib
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah hari ini, selesai mengambil keterangan bekas pegawai khas mantan perdana menteri berhubung kes meminta dan menerima rasuah daripada seorang pendakwah selebriti.
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru, dari 14 hingga 16 November.
Perbicaraan kes saman terhadap Rafizi, Malaysiakini bermula 8 Dis
Mahkamah menetapkan 8, 9, 10, 11 dan 16 Dis untuk perbicaraan kes itu sebelum tarikh bicara sebelum ini pada 26 Okt dilapangkan.