KUALA LUMPUR: Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan pertuduhan membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak, menutup kesnya hari ini selepas memanggil dua saksi.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan menetapkan 5 April untuk mendengar hujahan lisan daripada kedua-dua pihak selepas peguam Datuk Jagjit Singh, yang mewakili Rosmah, memaklumkan bahawa pembelaan menutup kesnya.
"Saya akan meluangkan masa sepanjang hari untuk mendengar hujahan. Dengan ini, perbicaraan yang berlangsung selama 42 hari dengan 25 saksi (23 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Rosmah) dalam beberapa pusingan PKP (Perintah kawalan Pergerakan) berakhir.
"Terima kasih kepada semua pihak atas bantuan sepanjang perbicaraan," katanya.
Beliau turut menetapkan 9 Mac untuk pendakwaan memfailkan hujahan bertulis dan 30 Mac untuk pembelaan menjawab hujah itu.
Pada 18 Feb 2021, Mohamed Zaini mengarahkan Rosmah membela diri atas tiga pertuduhan rasuah membabitkan projek solar hibrid bagi 369 sekolah luar bandar di Sarawak bernilai RM1.25 bilion selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadapnya.
Rosmah berdepan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta dan dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Saidi Abang Samsudin melalui Rizal, sebagai ganjaran membantu Jepak Holdings mendapatkan Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic Hibrid serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi sekolah luar bandar di Sarawak secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.
Pada prosiding hari ini, Mohamed Zaini menolak permohonan pasukan pembelaan Rosmah untuk memanggil saksi penting iaitu Saidi untuk memberi keterangan berhubung pengeluaran RM1.5 juta yang didakwa diberikan kepada Rosmah.
Beliau berkata pembelaan tidak membangkitkan sebarang alasan yang wajar untuk memanggil semula saksi pendakwaan ke-17 itu.
Terdahulu, peguam Datuk Akberdin Abdul Kader berhujah keterangan Saidi di mahkamah adalah bercanggah dengan kenyataan yang diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berkata saksi itu telahpun disoal balas secara ekstensif selama tiga hari dan menyifatkan tindakan pembelaan sebagai cuba melengah-lengahkan perbicaraan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 23 2022
Pasukan pembelaan Datin Seri Rosmah Mansor, yang berdepan pertuduhan membabitkan projek solar hibrid untuk sekolah luar bandar di Sarawak, menutup kesnya hari ini selepas memanggil dua saksi. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Mahkamah Sesyen beri kebenaran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Malaysia: TFC elak permainan bertahan hadapi JDT
Terengganu FC (TFC) tidak akan sesekali menampilkan corak permainan bertahan pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta'zim (JDT).
RM12 bilion perolehan aset ATM tahun ini - Mindef
Sebanyak RM12 bilion diperuntukkan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk perolehan aset bagi meningkatkan keupayaan pertahanan negara pada tahun ini.
Perkembangan banjir di Sandakan
Wakil Astro Awani Rebecca Chong, melaporkan perkembangan banjir, hampir semua kawasan di Sandakan, ditenggelami air.
Johari mulakan lawatan rasmi ke Thailand
Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul, memulakan lawatan rasmi di Thailand semalam bagi memperkukuh kerjasama dan hubungan antara Parlimen kedua-dua negara.
Tahap buruk di Sabah sehingga Jumaat
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk yang dijangka berlaku di Sabah.
Hujan lebat berterusan, bandar Sandakan terjejas
Hujan lebat tanpa henti sejak pukul 8.30 pagi telah menyebabkan banjir kilat yang menjejaskan hampir kesemua kawasan bandar di Sandakan.
Mahkamah benar permohonan pesara kerajaan untuk pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi membenarkan pelarasan bayaran pencen berdasarkan gaji akhir kepada pesara mengikut Pekeliling Jabatan Perkhidmatan Awam 2016, yang berkuat kuasa, mulai Januari 2022.
Johor catat hasil RM2.1 bilion tahun lepas, tertinggi pernah direkodkan - Onn Hafiz
Beliau berkata pencapaian itu sekali gus menyaksikan jumlah tersebut melebihi sasaran yang ditetapkan kerajaan negeri sebanyak RM1.9 bilion.
Malaysia perlu jadi lokasi penting dalam radar pelabur dunia - PM
Anwar menekankan bahawa pentadbiran Malaysia ketika ini disifatkan sebagai stabil dan mempunyai satu dasar yang konkrit.
Mahdzir tulis surat kepada Najib
Melalui surat Mahdzir yang dihantar kepada Najib, Mahdzir mengajukan memohon kelulusan Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu untuk mengecualikan dokumen tertentu.