KEMAMAN: Kerajaan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian sedia ada akan terus merancang dan melaksanakan perbagai inisiatif bagi berdepan dengan pelbagai ancaman global seperti bencana alam.
Ini kerana menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bencana alam akibat perubahan iklim global dan krisis geopolitik telah memberi kesan kepada rantaian bekalan makanan.
“Kerajaan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian-kementerian akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif untuk kemakmuran seluruh Keluarga Malaysia yang terjejas akibat kesan krisis global tersebut.
“KETENGAH (Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah) sendiri telah diberikan mandat untuk membangunkan ekonomi dan sosial di luar bandar supaya kawasan kurang berdaya maju akan mempunyai nilai komersial setanding dengan kawasan bandar,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ramah Mesra Bersama Warga KETENGAH di Kemaman pada Jumaat.
Sementara itu sebagai persiapan menghadapi musim tengkujuh Ismail Sabri berkata anak syarikat KETENGAH iaitu KETENGAH Holding Sdn Bhd telah menyumbang bot fiber dan peralatan penyelamat kepada pasukan Bomba Sukarela Kampung Jongok Batu.
Jelasnya sumbangan yang bernilai lebih RM36,000 itu adalah sebagai melaksanakan tanggungjawab sosial korporat mereka.
Dalam pada itu Ismail Sabri turut merakamkan ucapan tahniah keatas kejayaan KETENGAH dalam melaksanakan program pembangunan ekonomi dan sosial apabila berjaya memajukan kawasan luar bandar melebihi 650,000 hektar yang memberikan manfaat kepada lebih 168,000 penduduk
Jelasnya, bagi tujuan peningkatan ekonomi melalui pembangunan keusahawanan, KETENGAH memperkenalkan Program Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bagi menggalakkan penduduk luar bandar menceburi bidang perniagaan dengan kemudahan sokongan disediakan.
Astro Awani
Fri Oct 21 2022

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada Program Ramah Mesra Bersama Warga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) di Kompleks Sukan Bandar Seri Bandi, hari ini. - Foto BERNAMA
Pengeluaran akaun fleksibel cecah RM12.07 bilion
Jumlah pengeluaran Akaun Fleksibel Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencecah RM12.07 bilion setakat 31 Disember 2024, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Katanya, pengeluaran itu melibatkan sebanyak 4.11 juta ahli yang berumur bawah 55 tahun.
Pertumbuhan KDNK di rantau Asia-Pasifik diunjur perlahan kepada 3.7 peratus tahun ini
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) seluruh rantau Asia-Pasifik (APAC) diunjurkan perlahan kepada 3.7 peratus pada 2025 daripada jangkaan 3.9 peratus pada 2024 disebabkan ketegangan perdagangan, perubahan dasar, dan pemulihan tidak seimbang.

ACLE: Ini semua untuk 'Bangsa Johor' - Jordi Amat
Kapten JDT dedikasi kejayaan pasukan itu ke ACLE buat semua 'Bangsa Johor.'

Penguatkuasaan permit bagi pengendali dron jamin keselamatan ruang udara
Kerajaan perlu mengambil pendekatan tegas seperti negara-negara lain termasuk mengenakan hukuman denda yang tinggi serta penyitaan.

Lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan Perdana Menteri
Muhammad Sufi Abdul Aziz, 36, menerima sumbangan itu daripada wakil Perdana Menteri, Pengarah Pejabat ICU Kedah Zaiton Yahya.
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Rancangan kembalikan penerbangan terus Malaysia-Bahrain sedang dibincang - PM Anwar
Perkara itu antara dibangkitkan pada kunjungan hormat ke atas Putera Mahkota dan PM Bahrain Salman bin Hamad Al Khalifa di Istana Gudaibiya.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Amirul Aiman
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam
-Cadangan pembinaan sekolah 17 tingkat perlu diteliti aspek keselamatan
-Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
-Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

Diaspora perlu main peranan bersama, jaga imej negara di mata dunia - PM Anwar
Selain usaha pejabat kedutaan, penampilan dan pembawakan diri rakyat Malaysia di luar negara penting bagi mengekalkan nama baik sedia ada negara.

Hubungan AS-China perlu dipertingkat untuk atasi perubahan iklim - Setiausaha Perbendaharaan AS
Setiausaha Perbendaharaan AS Janet Yellen menggesa agar hubungan antara kuasa besar Amerika Syarikat dan China dipertingkatkan bagi menangani perubahan iklim dan ancaman global lain.

Perbagai inisiatif diambil demi bantu Keluarga Malaysia berhadapan ancaman global - PM
Kerajaan menerusi agensi-agensi di bawah kementerian sedia ada akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai inisiatif bagi berdepan dengan pelbagai ancaman global.