PUTRAJAYA: Perarakan replika bersenjata dalam suatu himpunan anjuran sebuah parti politik di Setiu, Terengganu pada Jumaat lepas telah menimbulkan suatu kegusaran awam kepada masyarakat, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau yang memandang serius acara itu berkata perarakan berkenaan menimbulkan kegusaran awam terutama ketika suhu politik di beberapa negeri yang bakal berdepan dengan pilihan raya negeri (PRN) dilihat semakin memuncak.
"Umum mengetahui bahawa negara sedang berhadapan dengan cabaran suasana politik 3R (race, religion, royalty) yang masih belum reda sejak Pilihan Raya Umum ke-15 lepas.
"Ini menuntut semua pihak agar menjadi lebih sensitif dan bertanggungjawab terhadap sebarang elemen yang boleh 'memanaskan' keadaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini video serta gambar perarakan menggunakan replika pedang, lembing dan perisai yang dipercayai dianjurkan di sebuah kawasan resort di Setiu, Terengganu pada Jumaat lepas itu menjadi tular di media sosial.
Saifuddin Nasution berkata apa jua tindakan yang mempamerkan serta meluahkan semangat dengan diselangi apa-apa simbol berupa senjata atau 'military' amatlah tidak wajar dan tentunya akan mengundang keresahan awam.
"Insiden ini kemudian disiar dalam bentuk 'video clip' dengan latar belakang nasyid dalam bahasa Arab yang jelas menekankan tema peperangan. Ini mengundang pertanyaan adakah perarakan ini bermaksud menyuntik semangat perang," katanya.
Sehubungan itu, Saifuddin Nasution memberi amaran kepada semua pihak agar menghentikan apa jua perbuatan yang berpotensi menimbulkan huru hara kepada rakyat dan negara.
"Tindakan tegas akan diambil kepada sebarang elemen yang mengancam ketenteraman, keharmonian dan keselamatan rakyat.
"Malaysia sebuah negara demokrasi yang memberikan hak kepada rakyat untuk membuat pilihan dan keputusan, namun ia sama sekali tidak boleh melanggar garis yang menggugat kerukunan negara," katanya.
Beliau berkata segala pendapat atau pandangan mestilah diuruskan dengan cermat dan disalurkan melalui ruang demokrasi yang ada, bukan melalui tindakan bersifat provokatif.
Ketua Polis Terengganu Datuk Rohaimi Md Isa sebelum ini dilaporkan berkata pihaknya akan menyiasat program perarakan membabitkan sebuah parti politik itu bagi mengenal pasti kesalahan yang dilakukan dan mengambil tindakan sewajarnya.
Menurutnya siasatan awal mendapati perarakan itu merupakan antara acara yang dipertandingkan pada program berkenaan iaitu reka cipta bertemakan pakaian, senjata dan warisan Islam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 20 2023
![Perarakan replika bersenjata di Terengganu timbulkan kegusaran awam - Saifuddin Perarakan replika bersenjata di Terengganu timbulkan kegusaran awam - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676891847_SaifuddinNasution.jpg)
Saifuddin berkata, perarakan berkenaan menimbulkan kegusaran awam terutama ketika suhu politik di beberapa negeri yang bakal berdepan PRN dilihat semakin memuncak. - Gambar fail
![Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739742893_PrincessAmina.jpg)
Puteri Jordan sambut kelahiran anak pertama
Pasangan itu menamakan bayi perempuan mereka, Aminat.
![Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739742765_giantpandatwincub.jpg)
Penampilan pertama kembar panda gergasi kelahiran Hong Kong, pukau pengunjung
Pelawat berlari ke tempat pameran yang menempatkan panda gergasi sebaik sahaja taman hiburan dibuka.
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
![Perarakan replika bersenjata: Pas tunggu butiran hasil siasatan Perarakan replika bersenjata: Pas tunggu butiran hasil siasatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51677013748_TBPERARAKANSENJATA.jpg)
Perarakan replika bersenjata: Pas tunggu butiran hasil siasatan
Program membawa replika dan simbolik adalah program biasa yang dibuat sebelum ini dalam pelbagai acara di negara ini.
![Perarakan replika bersenjata di Terengganu timbulkan kegusaran awam - Saifuddin Perarakan replika bersenjata di Terengganu timbulkan kegusaran awam - Saifuddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51676891847_SaifuddinNasution.jpg)
Perarakan replika bersenjata di Terengganu timbulkan kegusaran awam - Saifuddin
Perarakan replika bersenjata dalam suatu himpunan anjuran sebuah parti politik di Setiu, Terengganu pada Jumaat lepas telah menimbulkan suatu kegusaran awam kepada masyarakat.
![Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/41673262180_RohaimiMdIsa.jpg)
Perarakan replika bersenjata: 12 individu sudah diambil keterangan - Polis
Polis Terengganu telah merakam keterangan 12 individu berhubung perarakan membawa replika senjata ketika Himpunan Pemuda Islam Terengganu (Himpit) baru-baru ini.