Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesyorkan agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun di setiap kerajaan negeri sebagai satu daripada usaha untuk membendung bencana banjir.
Beliau berkata kerajaan persekutuan mahupun kerajaan negeri harus bekerjasama untuk mengisytiharkan Malaysia sebagai negara 'bebas balak', jika ingin melihat negara ini terselamat daripada bencana banjir.
"Saya cadangkan berhentilah melakukan pembalakan. Mereka (kerajaan negeri) kena berbincang dengan kerajaan pusat untuk cari sumber pendapatan lain (selain daripada balak)," katanya kepada kepada pemberita selepas melawat enam keluarga yang terjejas akibat banjir di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Batu Badak, di sini, Selasa.
Beliau berkata kerajaan memandang serius isu pembalakan yang berlaku di sesetengah tempat seperti di Marang (Terengganu), Jerantut dan Cameron Highlands (Pahang) serta Gua Musang (Kelantan).
"Melihat contoh di Kelantan sahaja, banyak kawasan hutan yang cantik-cantik, tetapi sayang disebabkan ada tangan-tangan manusia, tempat ini rosak hingga tidak bernilai apa-apa lagi," kata beliau.
Shahidan juga menempelak kerajaan negeri yang mendakwa kononnya banjir tidak berkait dengan pembalakan dan penerokaan tanah secara melampau kerana beliau sendiri mempunyai fakta mengenai perkara itu.
"Bukti itu lebih berbentuk bergambar, ia cukup jelas menggambarkan keadaan itu (pembalakan haram)," katanya.
Katanya, beliau akan cuba berjumpa Peguam Negara esok, bagi melihat jenis tindakan yang boleh diambil terhadap mereka yang terbabit dengan pembalakan haram.
Bernama
Wed Jan 14 2015
![Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361839560_295x200.jpg)
Shahidan juga menempelak kerajaan negeri yang mendakwa kononnya banjir tidak berkait dengan pembalakan dan penerokaan tanah secara melampau kerana beliau sendiri mempunyai fakta mengenai perkara itu. - Gambar Fail
![RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/81678788517_MahkamahUtama.jpg)
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
![Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-02/41361839560_295x200.jpg)
Perangi aktiviti pembalakan selama 10 tahun, bendung bencana banjir
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini mengesyorkan agar aktiviti pembalakan dihentikan selama 10 tahun.