Pemilik syarikat perancang perkahwinan ‘Zurin Jundi’ didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan menipu seorang wanita membabitkan kerugian berjumlah RM8,500 pada tahun ini.
Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memperdaya Nor Ika Nadzirah Sirajudin supaya menyerahkan wang tunai berjumlah RM8,500 sebagai bayaran pendahuluan bagi kos upah pakej perkahwinannya yang telah berlangsung pada 16 Sept lepas.
Kesalahan itu dilakukan di butik Zurin Jundi Wedding Planner di Bandar Baru Uda di antara 22 Mac hingga 13 Mei tahun ini.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum di bawah seksyen sama iaitu penjara tidak lebih daripada 10 tahun dan dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda.
Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 17 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen.
Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Mohd Nasir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 20 2017
Mahkamah menetapkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin terhadap tertuduh dan 17 Dis depan sebagai tarikh sebutan semula untuk penyerahan dokumen. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
AWANI Tonight: Clear gig worker sector categories needed for stronger protection
ISIS Malaysia's Farah Nabilah Abdul Rahman calls for clearer categorising of gig work sectors to enable better protection and regulations.
AWANI Tonight 22 Nov 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt, not private companies, funded PM's overseas travel, clarifies Fahmi
2. Significant or symbolic? Impact of the ICC's arrest warrant for Netanyahu
#AWANIEnglish #AWANINews
Polis siasat dakwaan cubaan culik di tadika Bandar Baru Uda
Polis menyiasat dakwaan tular cubaan culik seorang murid sekolah tadika di Bandar Baru Uda.
Lelaki letak vape pada mulut bayi direman lima hari
Laporan dibuat oleh ibu bayi berkenaan terhadap suspek yang juga kenalan kepada adik perempuan pengadu.
Tiga warga Indonesia ditahan jaja jeruk di lampu isyarat
Mereka yang berusia 26 hingga 40 tahun ditahan menerusi Op Bersepadu Khas Penjaja Jalanan pada 12.15 tengah hari.
Kanak-kanak lelaki enam tahun terperangkap dalam kereta
Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun terperangkap kira-kira 30 minit di dalam sebuah kereta selepas kenderaan itu terkunci sendiri ketika ibunya keluar ke rumah jiran.
Remaja 15 tahun cedera tangan tertusuk besi pagar
Seorang remaja lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir setengah jam apabila tangan kanannya tertusuk besi pagar di rumahnya.
Perancang perkahwinan Zurin Jundi didakwa tipu wanita
Zurina Ahmad Zundi, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan itu selepas dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Shah Mohd Allias.