Malaysia mahu Agensi Antarabangsa Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (IRENA) memainkan peranan bagi memastikan negara Barat memenuhi janji mereka untuk memberikan bantuan dan sokongan kepada negara-negara membangun dalam mengurangkan perubahan iklim.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili, berkata terdapat keperluan bagi pelaksanaan Sumbangan Ditentukan Negara Seperti Yang Dihasratkan (INDC) untuk setiap negara bagi mengurangkan perlepasan Gas Rumah Hijau (GHG).
"Pihak barat perlu menyediakan sokongan yang diperlukan bagi membolehkan setiap negara melaksanakan INDC mereka. Tanpa bantuan ini, INDC tidak boleh ditukar kepada matlamat dan dasar-dasar untuk diguna pakai oleh negara-negara terbabit," kata beliau dalam satu kenyataan di sini pada Isnin.
Ongkili yang bercakap semasa mesyuarat meja bulat peringkat negara sesi ke-6 perhimpunan IRENA selama dua hari yang berakhir semalam memberitahu Malaysia kesal kerana negara barat yang diketuai oleh Amerika Syarikat, tidak memenuhi janji mereka.
INDC merupakan satu tindakan sukarela yang terbit selepas kesemua negara menandatangani Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai Perubahan Iklim (UNFCC) yang membawa kepada Persidangan Perubahan Iklim PBB 2015 di Paris (COP21).
Ongkili menyertai sesi bersama menteri-menteri mengenai "Selepas COP21: Tindakan Bersepadu Ke Arah Perlaksanaan Tenaga Boleh Diperbaharui" dan sesi "Selepas COP21 : Pembiayaan Tenaga Boleh Diperbaharui -- Meningkatkan Pelaburan".
Malaysia telah menetapkan 'matlamat' untuk mengurangkan intensiti pelepasan GHG keluaran dalam negara kasar sebanyak 45 peratus pada tahun 2030 berbanding dengan paras pada 2005.
"Malaysia setakat ini telah mencapai pengurangan sebanyak 33 peratus. Di bawah sasaran kami, 35 peratus sepatutnya dicapai tanpa syarat dan pengurangan 10 peratus lagi tertakluk kepada keadaan kewangan, pemindahan teknologi dan bantuan pembangunan kapasiti," katanya.
Katanya, bagaimanapun, kisah kejayaan Malaysia bukan tanpa cabaran dan kewangan menjadi cabaran yang utama.
"Tetapi dengan COP15, Malaysia telah mengakui bahawa perubahan iklim adalah benar-benar berlaku dan mula menetapkan sasaran perlepasan karbonnya.
"Sejak itu, kami meletakkan instrumen yang diperlukan bagi mengurangkan perubahan iklim dalam usaha untuk memastikan pembangunan kami berkekalan," katanya.
Ini termasuk Dasar Biobahan Api Negara (2006), Dasar Tenaga Boleh Diperbaharui (2010), Akta Tenaga Boleh Diperbaharui dan Akta Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari 2011, manakala mekanisme Tarif Galakan diperkenalkan pada 2011, katanya.
"Dengan dasar dan langkah-langkah ini, tenaga boleh diperbaharui di Malaysia kini membentuk 24 peratus dalam jumlah kapasiti dan terdiri daripada 10.1 peratus penghasilan gabungan tenaga kami, termasuk hidro," katanya.
Malaysia juga komited untuk menyediakan RM4.6 bilion bagi Skim Pembiayaan Teknologi Hijau 2010-2017, katanya.Di bawah skim ini, kerajaan memberi subsidi sebanyak dua peratus daripada jumlah keseluruhan kadar faedah dan memberikan jaminan sebanyak 60 peratus ke atas jumlah pembiayaan melalui Credit Guarantee Corp Malaysia Bhd, dengan baki 40 peratus ditanggung oleh institusi kewangan yang mengambil bahagian.
Ongkili juga menyatakan kepada mesyuarat itu bahawa inisiatif terbaru Malaysia melibatkan Pemeteran Tenaga Bersih serta pembangunan Solar PV Berskala Besar dengan sasaran 250MW setiap tahun untuk empat tahun akan datang.
Menteri dan delegasi yang terdiri daripada pegawai-pegawai dari kementerian dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari dan Suruhanjaya Tenaga turut menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi dan mengambil bahagian dalam Sidang Kemuncak Tenaga Masa Depan Dunia 2016 yang akan berakhir pada 20 Jan 2016.
Bernama
Tue Jan 19 2016

ONGKILI: Terdapat keperluan bagi pelaksanaan Sumbangan Ditentukan Negara Seperti Yang Dihasratkan (INDC) untuk setiap negara bagi mengurangkan perlepasan Gas Rumah Hijau (GHG).

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Malaysia sokong peralihan kepada tenaga hijau berasaskan keperluan, realiti
Hab setempat dalam kalangan negara-negara anggota ASEAN akan memastikan kemajuan dalam peralihan itu.

Peranan IRENA diperlukan bagi pastikan negara Barat beri bantuan - Ongkili
Malaysia mahu Agensi Antarabangsa Tenaga Yang Boleh Diperbaharui (IRENA) main peranan bagi pastikan negara Barat penuhi janji mereka untuk memberi bantuan dan sokongan.