IPOH: Jabatan Pendidikan Negeri Perak bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan bagi memastikan tiada penjualan cecair vape untuk rokok elektronik di kawasan sekolah seluruh negeri ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan negeri Khairudin Abu Hanipah berkata kerjasama itu melibatkan pihak polis dan Jabatan Kesihatan negeri, manakala pihak disiplin sekolah akan melakukan pemantauan khusus dalam kalangan pelajar asrama bagi membanteras kegiatan menghisap vape dan rokok.
"Kerajaan Perak tidak bersetuju penjualan vape di peringkat sekolah malah di kawasan berhampiran juga dilarang. Jabatan Pendidikan dan pihak sekolah telah menjalankan kempen secara meluas termasuk di dalam kelas pada sesi pembelajaran.
"Ini adalah peranan guru bimbingan dan kaunseling serta pihak pentadbiran sekolah yang perlu memastikan penjualan vape di sekolah tidak berlaku kerana Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan garis panduan bahawa tidak ada penjualan bahan rokok di kawasan sekolah," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Pameran Pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam Tahun 2023 yang dirasmikan Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini hari ini.
Khairudin mengulas mengenai isu penjualan vape dalam kalangan pelajar sekolah dan kebimbangan banyak pihak terutama ibu bapa terhadap kegiatan anak-anak mereka yang bebas membeli vape mengandungi nikotin susulan kerajaan mengeluarkan bahan itu daripada Akta Racun 1952.
Pada 1 April lepas, media melaporkan kerajaan menerusi notis warta kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml).
Pengerusi Biro Wanita, Keluarga dan Penawar Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Datuk Jamelah A. Bakar dilaporkan menyeru kerajaan memperhebatkan kempen advokasi kesedaran bahaya merokok dan penyalahgunaan rokok elektronik kerana bimbang dengan data yang menunjukkan 43,019 pelajar sekolah menengah didapati terlibat dengan kegiatan itu.
Sementara itu, Khairudin berkata Jabatan Pendidikan Negeri Perak mempunyai pelan kontigensi mengatasi masalah ketagihan menghisap vape dalam kalangan pelajar sekolah serta menghindarkan mereka daripada menjadikan budaya itu sebagai amalan.
"Kerajaan negeri secara dasarnya memang tidak setuju vape dijual di sekolah kerana institusi pendidikan ini adalah tempat pembentukan sahsiah pelajar dan memberi nilai yang baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 07 2023
Pada 1 April lepas, media melaporkan kerajaan menerusi notis warta kerajaan Persekutuan melaksanakan cukai ke atas penjualan cecair vape untuk rokok elektronik pada kadar 40 sen setiap mililiter (ml). - Gambar hiasan
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama.
Malaysia sokong Pakistan jadi rakan dialog penuh dengan ASEAN
Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Malaysia berada dalam kedudukan untuk membuka peluang kepada hasrat Pakistan dalam menjadi rakan dialog.
Deklarasai Doha seru gencatan senjata di Gaza
Deklarasi Doha, yang dikeluarkan pada Sidang Kemuncak Dialog Kerjasama Asia Ketiga dengan tumpuan pada 'Diplomasi Sukan', menekankan keperluan mendesak untuk gencatan senjata segera dan menyeluruh di Gaza.
3 hospital di Lubnan henti operasi, rosak akibat serangan Israel
Tiga hospital di Lubnan, termasuk satu di pinggir kawasan selatan Beirut mengumumkan pemberhentian operasi pada Jumaat susulan pengeboman berterusan oleh Israel.
Penjualan vape pada individu bawah umur akan dikenakan tindakan
Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana individu yang didapati menjual rokok elektronik atau vape kepada remaja bawah umur 18 tahun, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye.