IPOH: Kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak memperuntukkan sejumlah RM600,000 kepada Tabung Simpanan Anak Perak (TASPEN) yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 bayi dilahirkan di negeri ini sepanjang 2024.
Yayasan Perak dalam kenyataan memaklumkan peruntukan itu melibatkan sumbangan dalam bentuk simpanan pendidikan sebanyak RM200 seorang ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) Prime.
"Sumbangan itu merupakan inisiatif kerajaan negeri dalam menggalakkan simpanan pendidikan bagi anak-anak kelahiran Perak. Inisiatif ini juga merupakan sebahagian daripada Program Tuisyen Cikgu Saarani," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan kerajaan negeri telah memperuntukkan kira-kira RM6.47 juta dengan 32,351 bayi kelahiran Perak menerima manfaat tersebut sejak ia diwujudkan pada 2010 dan Yayasan Perak diamanahkan menguruskan sumbangan berkenaan bersama Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Yayasan Perak memaklumkan setiap RM200 disumbangkan akan disimpan dalam Akaun SSPN Prime, yang direka khusus sebagai akaun tabungan pendidikan jangka panjang dengan kadar pulangan dan kelebihan tertentu ditawarkan pihak PTPTN.
"Menjadi harapan kerajaan negeri melalui Yayasan Perak agar simpanan permulaan sebanyak RM200 ini terus ditambah dari semasa ke semasa hingga anak-anak ini mencapai usia 18 tahun.
"Sebagai contoh, dengan simpanan RM50 sebulan atau RM600 setahun, ibu bapa akan mempunyai tabungan hampir RM16,000 berdasarkan kadar pulangan empat peratus setahun (pada usia anak 18 tahun) dan jumlah ini tentu akan meningkat jika simpanan setiap bulan itu lebih tinggi," menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad yang juga Pengerusi Yayasan Perak meraikan bayi yang dilahirkan pada Tahun Baharu 2024 dengan menyampaikan baucar TASPEN sebanyak RM200 seorang di Wad Bersalin, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini pada Selasa.
HRPB merekodkan 18 kelahiran 'bayi tahun baharu' semalam dan sebagai permulaan sebanyak RM10,000 telah disampaikan kepada bayi yang dilahirkan di hospital itu.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 02 2024

Saarani meraikan bayi yang dilahirkan pada Tahun Baharu 2024 dengan menyampaikan baucar TASPEN sebanyak RM200 seorang di Wad Bersalin, HRPB pada Selasa. - Foto BERNAMA
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Perak peruntuk RM600,000 untuk bayi lahir tahun ini
Kerajaan negeri menerusi Yayasan Perak memperuntukkan sejumlah RM600,000 kepada TASPEN yang dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 3,000 bayi dilahirkan di negeri ini sepanjang 2024.