Kerajaan Negeri Perak menerusi Sekretariat Mahasiswa Perak membentuk Jawatankuasa Penaja Persatuan Anak Perak di United Kingdom (UK), dengan hasrat menubuhkan sebuah persatuan khusus menjadi penghubung antara kerajaan negeri Perak dengan pelajar di UK dalam hal ehwal kebajikan, pendidikan dan pembangunan jati diri pelajar.
Pengerusi Sekretariat Mahasiswa Perak, Khairol Najib Hashim berkata delegasi sekretariat berkenaan yang diketuai Pengerusi Yayasan Perak, Datuk Asmuni Awi telah mengadakan pertemuan bersama Pengarah Education Malaysia (EM) London, Prof Madya Dr Shafie Mohamed Zabri bagi merealisasikan hasrat itu pada 20 Dis lalu.
Beliau berkata Persatuan Anak Perak itu juga disasar menjadi platform untuk kerajaan menyalurkan sebarang maklumat dan perkembangan semasa termasuk inisiatif dan insentif kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar.
"Dalam pertemuan itu, Dr Shafie menzahirkan sokongan terhadap hasrat kerajaan negeri untuk menubuhkan Persatuan Anak Perak di UK yang mana, pihak EM London akan memberi kerjasama dan perhatian penuh untuk menjayakan usaha itu," katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu.
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar bukan sahaja di UK, malah sebahagian besar di negara Eropah.
Beliau berkata kerajaan negeri berhasrat supaya persatuan itu berdaftar secara rasmi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 25 2019

Persatuan Anak Perak juga disasar menjadi platform untuk kerajaan menyalurkan sebarang maklumat dan perkembangan semasa termasuk inisiatif dan insentif kerajaan yang boleh dimanfaatkan oleh para pelajar. - Gambar hiasan

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Perak negeri pertama tubuh sekretariat anak negeri di United Kingdom
Khairol Najib berkata kewujudan persatuan berkenaan akan dapat membantu misi EM London memain peranan besar terutamanya sebagai pemudah cara dalam hal ehwal pelajar di Eropah.