IPOH: Perak bercadang untuk mengadakan sebuah pameran hasil projek tahun akhir berskala besar melibatkan industri dan pelajar universiti pada tahun hadapan.
Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri Mohd Azlan Helmi berkata pameran berkenaan secara tidak langsung dapat melahirkan bakat baharu dari negeri ini.
"Ia (pameran) selaras dengan gagasan pelan Perak Sejahtera 2030 bagi memberi penekanan terhadap elemen yang penting iaitu pendigitalan dan sumber teknologi untuk berkembang," katanya kepada Bernama selepas merasmikan program STARTLE, Design Architecture Technology Festival 2023 bertemakan "Reunite" di sini pada Ahad.
Turut hadir Dekan Fakulti Pengurusan dan Teknologi Maklumat, Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) Prof Datuk Dr Ahamed Kameel Mydin Meera dan Ketua Jabatan Teknologi Maklumat USAS Azizi Ahmad.
Program STARTLE, Design Architecture Technology Festival 2023 yang merupakan pameran hasil projek pelajar tahun akhir USAS itu turut disertai pelajar daripada universiti awam dan swasta termasuk Universiti Teknologi Petronas, Universiti Teknologi MARA, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Utara Malaysia dan Universiti Kuala Lumpur.
Mohd Azlan berkata program pada hari ini bertujuan memberikan pengalaman kepada pelajar untuk merasai suasana membentangkan dan menyampaikan maklumat ketika menyertai pameran penyelidikan selain mengasah minda mereka untuk menjadi lebih kreatif serta inovatif.
Beliau berkata hasil projek yang dipamerkan adalah gabungan antara disiplin komputeran dan multimedia serta seni bina landskap dan pertanian.
"Gabungan disiplin ini akan membawa pendekatan baharu terhadap media digital, pengalaman pengguna, kelestarian alam sekitar dan pengeluaran makanan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2023

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi (empat, kiri) melawat galeri pameran pada Program STARTLE 2023 (Design Architecture Technology Festival) di Mydin Mall Meru Ipoh. - Foto BERNAMA
SPRM sambung rakam keterangan Ismail Sabri pada Jumaat
Proses mengambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan disambung pada pagi Jumaat.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi berkata, arahan itu selepas Ismail Sabri selesai direkod keterangan lebih lima jam pada Khamis.

Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah Belanda
Bekas Presiden Filipina Rodrigo Duterte tidak akan dibicarakan di mahkamah tempatan Belanda, kata Duta Filipina ke Belanda J. Eduardo Malaya pada Khamis.
AWANI Borneo [13/3/2025] – MTPMA63| Luruan monsun| Aneka juadah, bersih, meriah
AWANI Borneo Khamis, 13 Mac 2025 bersama Syaff Shukri
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
1. Sembilan tuntutan selesai, enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis MA63.
2. Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa.
3. Bazar Ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung.
KPT nilai semula moratorium atasi kekurangan peguam di Sabah dan Sarawak
Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menyampaikan memorandum kabinet bagi memudahkan pengenalan program undang-undang sebagai fakulti baharu di Sabah dan Sarawak.
Pengawal keselamatan dituduh bunuh ibu mentua
Totoh Amin, seorang pengawal keselamatan di sandakan, didakwa membunuh norina sapuri antara jam 9.00 pagi hingga 4.40 petang pada 2 Mac 2025 di kawasan perumahan setinggan Bukit Batu Dua Setengah, Sandakan.
Risiko hujan berterusan di Sabah, Sarawak, Selatan Semenanjung bermula Selasa
Sabah, Sarawak dan selatan Semenanjung berpotensi menghadapi fenomena hujan berterusan bermula 18 hingga 21 Mac ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).
Bazar ramadan Bataras tidak pernah lengang dengan pengunjung
Katakanlah apa sekalipun mengenai bazar ramadan, harga mahal, atau makanan tidak kena dengan tekak, namun Bazar ramadan di Sandakan terutamanya di Bataras tidak pernah lengang dengan orang ramai yang mahu mendapatkan juada berbuka puasa.
MTPMA63: Enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis
Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof pada Khamis memutuskan enam perkara akan dibawa ke peringkat Mesyuarat Majlis untuk dipertimbangkan.
ASEAN 2025 | 13 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Pantau Agenda Reformasi: SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang
Bersama Jose Rizal, Ketua Aktivis, Gerakan E-Hailing Malaysia membincangkan tentang SEGiM pastikan ekosistem ekonomi gig berkembang.

Perak cadang anjur pameran hasil projek pelajar tahun akhir universiti berskala besar
Perak bercadang untuk mengadakan sebuah pameran hasil projek tahun akhir berskala besar melibatkan industri dan pelajar universiti pada tahun hadapan.