Peperiksaan ulangan pelajar Malaysia di institusi pengajian tinggi Mesir yang dijadualkan Ogos ini telah ditangguhkan ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini Education Malaysia Egypt (EME) telah mendapat pengesahan daripada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Mesir tentang penangguhan tersebut.
"Memandangkan terdapat sebahagian kecil pelajar yang perlu menduduki peperiksaan ulangan, maka usaha ini diambil bagi menjaga keselamatan dan kepentingan pengajian para pelajar Malaysia di Mesir," menurut kenyataan itu.
Menurutnya lagi, Kementerian Pengajian Tinggi Mesir juga akan mengambil tindakan kepada mana-mana universiti yang tidak mematuhi arahan tersebut.
Semalam, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata kerajaan memandang serius pergolakan di Mesir yang semakin meruncing dan langkah-langkah sedang diambil untuk memastikan keselamatan lebih 3,200 pelajar Malaysia di negara itu terjamin.
Krisis di Mesir semakin memuncak apabila tercetus pentempuran antara pihak berkuasa keselamatan dengan penyokong bekas presiden Mesir Mohamed Morsi, menyebabkan ramai yang terkorban dan ribuan lain cedera.
Ketika dihubungi Bernama hari ini, Pengarah Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar Jabatan Pengajian Tinggi KPM Ibrahim Ali berkata pada keseluruhannya terdapat 11,145 pelajar Malaysia di Mesir. Bagaimanapun, 7,845 pelajar Malaysia sudah pulang bercuti semester di tanah air ketika ini dan terdapat 3,300 pelajar Malaysia yang masih berada di sana kerana mereka perlu menduduki peperiksaan ulangan.
Kebanyakan mereka adalah pelajar jurusan perubatan dan pengajian Islam, katanya.
Menurut kenyataan itu, ibu bapa dan pelajar dinasihatkan agar merujuk kepada KPM berhubung status terkini berkenaan pengajian di Mesir. Sebarang pertanyaan dan maklumat terkini boleh menghubungi bilik operasi KPM di talian 03-88706611 dan 03-88706627, atau e-mel ke egyptcrisis@mohe.gov.my
Bernama
Sun Aug 18 2013
![Peperiksaan ulangan pelajar Malaysia di Mesir ditangguhkan Peperiksaan ulangan pelajar Malaysia di Mesir ditangguhkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-08/81376808715_295x200.jpg)
![JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61719746052_TBVapingjpg.jpg)
JKNT keluar lebih 5,000 notis bawah kawalan rokok sehingga Julai tahun ini
JKNT keluarkan 5,431 notis bernilai RM1.3 juta berkaitan pelbagai kesalahan hasil pemeriksaan ke atas 15,356 premis melalui 831 operasi penguatkuasaan di seluruh negeri Terengganu.
![Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723719935_tbPekSumberKebajik.jpg)
Pek sumber kebajikan terap budaya sayangi haiwan
DVS bangunkan pek sumber kebajikan haiwan sebagai bahan sokongan pengajaran dan pembelajaran di semua prasekolah di bawah KPM seluruh negara.
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
![Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81710130288_PUTRAJAYA.jpg)
Minggu pertama persekolahan mampu pupuk motivasi pelajar hadir ke sekolah
Sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) dalam bilik darjah akan ditangguh terlebih dahulu pada minggu pertama.
![KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/41710046407_KPMPelajarVape.jpg)
KPM teliti cadangan peraturan khas bendung pelajar hisap vape
Kementerian Pendidikan Malaysia meneliti cadangan mewujudkan peraturan khas bagi membendung trend penggunaan vape dalam kalangan pelajar sekolah.
![18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM 18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41703306098_Bangunan.jpg)
18,792 guru baharu dilantik tahun lepas - KPM
Seramai 18,792 orang guru baharu telah dilantik sepanjang tahun lepas, menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
![Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023 Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699632327_WorldRobotOlympiad.jpg)
Malaysia juarai pertandingan antarabangsa World Robot Olympiad 2023
Pasukan KPM berjaya muncul Juara Keseluruhan Pertandingan Antarabangsa World Robot Olympiad (WRO) 2023 yang berlangsung di Panama City, Panama, bermula 7 Nov hingga semalam.
![Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-06/71655821967_PkharuddinGhazali.jpg)
Sekolah K9 dan K11 solusi masalah murid keciciran - KPM
Faktor jarak antara tempat tinggal dan sekolah juga menyebabkan ramai murid yang tercicir persekolahan.
![Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71698899413_KementerianPendidik.jpg)
Murid berkeperluan pendidikan khas layak peroleh Sijil Kemahiran Malaysia
KPM mengamalkan prinsip pendidikan untuk semua golongan tanpa mengira latar belakang dan ketidakupayaan melalui bidang pendidikan dan kemahiran.
![Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697187311_Duitjutakela.jpg)
Bantuan Awal Persekolahan disalur mulai Januari depan
Bantuan Awal Persekolahan diberikan RM150 kepada setiap murid secara sekali bayar.
![SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/51693102564_SKNANGGAKLASSEN.jpg)
SK Nanga Klassen berwajah baharu selepas 60 tahun
Program baik pulih Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Klassen, Sri Aman, salah satu projek pembinaan semula bangunan daif sekolah di Sarawak yang dibiayai melalui peruntukan RM1 bilion.
![Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-08/71691576625_AnuarAhmad.jpg)
Ibu bapa wajar persoal, teliti dasar pendidikan negara - Anuar Ahmad
Dr Anuar Ahmad berpendapat ibu bapa perlu lebih bersedia berbincang mengenai dasar dalam menuju ke arah sistem pendidikan inklusif.
![Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683449978_FadhlinaSidek.jpg)
Guru Bahasa Melayu, Inggeris paling ramai bersara awal - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris antara paling ramai yang memohon bersara awal sejak dua tahun lalu.