Kepesatan ekonomi negara dan kekerapan pergerakan keluar masuk penduduk di sempadan Malaysia-Thailand banyak menyumbang kepada kegiatan penyeludupan terutama senjata api.
Kegiatan itu dikesan kembali merajalela di kawasan sempadan dan kini menjadi topik perbualan masyarakat apabila kes bunuh menggunakan senjata api mencatat peningkatan.
Sempadan Malaysia-Thailand berkeluasan 640 kilometer itu terdiri daripada 551 kilometer sempadan darat manakala selebihnya merupakan sempadan perairan yang menjadi sarang kepada beberapa aktiviti penyeludupan yang didalangi kongsi gelap kedua-dua negara.
Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/Operasi) Polis Bukit Aman, Datuk Mazlan Mansor berkata faktor kelemahan pemeriksaan di kawasan sempadan menjadi punca kegiatan penyeludupan mudah dilakukan kumpulan penjenayah ini.
Beliau berkata hasil risikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati pemeriksaan di kawasan sempadan Malaysia-Thailand hanya dijalankan secara rawak membolehkan kumpulan penjenayah menyeludup senjata api dengan mudah.
Namun, katanya, perkara itu tidak boleh dipersalahkan kepada pasukan keselamatan semata-mata kerana ia terjadi disebabkan faktor kepesatan ekonomi di kawasan sempadan yang menjadikan pemeriksaan dilakukan secara rawak.
"Pernah dahulu satu ketika pasukan keselamatan terdiri daripada PDRM, dan Kastam memeriksa bas-bas ekspres dan lori-lori ikan yang memasuki negara ini secara ketat, hasilnya berlaku kesesakan sejauh berkilometer. Akibatnya masyarakat dan peniaga di kawasan terbabit membuat aduan," katanya kepada
Bernama, baru-baru ini.
Mazlan berkata pergerakan keluar masuk masyarakat kedua-dua negara secara kerap selain aktiviti ekonomi yang pesat di kawasan sempadan membuka peluang kepada segelintir kumpulan penjenayah mengambil kesempatan menyeludup dadah dan senjata api ekoran daripada pemeriksaan yang longgar di kawasan sempadan.
Hasil risikan PDRM mendapati selain wujudnya lorong-lorong tikus di kawasan sempadan faktor geografi Sungai Golok yang menjadi pemisah antara Malaysia-Thailand turut menjadi sebab mudahnya berlaku penyeludupan, katanya.
"Kalau kita lihat, Sungai Golok itu tak besar mana pun, kalau bukan musim hujan orang boleh menyeberang tanpa menggunakan bot pun, dan ia menjadi punca mengapa mudahnya berlaku aktiviti penyeludupan di negara ini," katanya.
Oleh yang demikian, katanya, satu langkah yang konkrit perlu dilaksanakan kerajaan selain memperketat beberapa akta sedia ada bagi menangani kumpulan penyeludup ini yang rata-ratanya didalangi kumpulan kongsi gelap.
Menyedari permasalahan itu, PDRM merangka beberapa langkah baharu termasuk memantapkan maklumat risikannya di kawasan sempadan selain melipatgandakan kerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan juga Unit Pencegahan Penyeludupan.
Penubuhan pasukan operasi cantas (ops cantas) yang berperanan membasmi kegiatan kumpulan kongsi gelap di negara ini terutama membabitkan gangsterisme, senjata api, peras ugut dan bunuh secara tidak langsung menyekat kumpulan-kumpulan ini daripada aktif seterusnya membantutkan usaha mereka melakukan kegiatan penyeludupan.
Katanya, analisis yang diperoleh PDRM baru-baru ini mendedahkan sebanyak 573 senjata api dirampas termasuk 212 pistol jenis semi-automatik, 134 pistol buatan sendiri, 80 revolver, 15 butir bom tangan, 14 'pump gun' dan 71 pistol angin yang diseludup melalui negara jiran.
Sambil mencadangkan setiap agensi penguatkuasaan yang bertugas di sempadan memperkukuh kekuatan masing-masing, Mazlan berkata setiap agensi penguatkuasa perlu bertukar-tukar maklumat risikan selain menjalin kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand.
Beliau berkata masalah penyeludupan ini dapat diatasi secara berkesan sekiranya semua pihak mengambil bahagian menyelesaikan perkara ini dan tidak meletakkan di bahu pasukan keselamatan semata-mata.
"Saya berpendapat kementerian yang berwajib boleh menggunakan kaedah perang saraf bagi mengatasi masalah penyeludupan ini, guna jabatan-jabatan yang ada untuk mendidik masyarakat terutama di kawasan sempadan agar tidak berurusan dengan para penyeludup," katanya.
Bernama
Tue Nov 05 2013
Kerajaan teliti kaedah baharu lantikan tetap, pastikan kewangan negara lebih mampan
Kerajaan sedang meneliti kaedah baharu lantikan tetap bagi memastikan pengurusan kewangan negara yang lebih mampan.
PDRM gerak unit skuba forensik, K9 cari telefon, rantai Nur Farah Kartini hari ini
Proses mencari bahan bukti akan dimulakan sekitar jam 9 pagi di kawasan parit berhampiran ladang kelapa sawit berkenaan.
Bangkai pesawat MH17 tanpa sayap imbau kekejaman tragedi menyayat hati
Keadaan serpihan pesawat MH17 Malaysia Airlines (MAS) yang cuba dibina semula tanpa sayap, tayar, ekor dan tempat duduk penumpang cukup menggerunkan sekali gus mengingatkan pada kekejaman yang meragut
VOP akan diselesaikan dalam tempoh sebulan - Ahmad
Pelaksanaan Syarat Perubahan Harga (VOP) susulan penyasaran subsidi diesel dijangka diselesaikan dalam tempoh sebulan lagi, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
Industri minyak sawit disaran guna semula sisa untuk bahan api penerbangan mampan - Liew
Industri minyak sawit perlu mengkaji penggunaan semula sisa sebagai stok suapan penting untuk bahan api penerbangan mampan (SAF), di luar penggunaan tradisional minyak sawit.
SDG: UTP lahir pelajar berkemahiran, tinggi tanggungjawab sosial
UTP berhasrat mendidik pelajar bukan sahaja untuk mahir dalam aspek teknikal tetapi juga untuk menjadi warganegara yang bertanggungjawab.
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
Semua laluan Malaysia-Thai di daerah Tak Bai, Sungai Golok, Weng ditutup sementara
Jalan ke Sungai Golok dari daerah Tak Bai ditutup untuk pemeriksaan selepas skuad pemusnah bom menemukan paku bertaburan di jalan raya.
IMT-GT JBC Malaysia alu-alukan pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
IMT-GT JBC Malaysia juga mengalu-alukan keputusan Kerajaan membuka dua pintu sempadan darat iaitu Bukit Kayu Hitam-Sadao dan Wang Kelian-Wang Prachan.
Pasukan Khas ditubuhkan sempena pembukaan sempadan Malaysia-Thailand
Laluan di sempadan Malaysia-Thailand menerusi pintu Bukit Kayu Hitam dijangka mulai sibuk selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, Mei depan.
Pembukaan sempadan Malaysia-Thailand bakal tingkat aktiviti rentas libatkan tenaga kerja, barangan
Ketibaan sumber manusia dari Thailand dijangka memberi impak ke atas beberapa sektor perniagaan seperti perkhidmatan, perladangan dan perikanan.
SOP kemasukan sempadan darat Thailand-Malaysia jamin kesihatan awam
Pelancong yang memasuki Thailand melalui pintu masuk Sadao boleh membawa kenderaan persendirian dari Malaysia.
ATM, PGA kekal kawal sempadan meskipun banjir, pos dinaiki air
Kesemua anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang ditempatkan di sempadan Malaysia-Thailand di sini, akan dikekalkan, meskipun ada beberapa pos mereka dinaiki air.
Tembak anggota PGA: 52 suspek direman 28 hari di bawah SOSMA - Polis
Siasatan berhubung kes berkenaan dibuka dibawah Seksyen 130V, BAB VIB Jenayah Terancang Kanun Keseksaan.
Tembak anggota PGA: 15 suspek tempatan ada kaitan kes lain di Kedah
Semua suspek itu disyaki mempunyai kaitan dengan kes tembakan di sempadan berhampiran Bukit Kayu Hitam, sebelum ini.
Polis tubuh pasukan khas bawa pulang 3 suspek tembak anggota PGA dari Thailand
Datuk Huzir Mohamed, semua mereka termasuk seorang yang dikenal pasti sebagai ketua sindiket diperlukan bagi melengkapkan siasatan.
Sarjan Norihan yang ditembak penyeludup sudah boleh bernafas tanpa alat bantuan
Sahabudin berkata, menurut pihak hospital, setakat hari ini Norihan tidak memerlukan alat bantuan pernafasan.